Tuesday, November 25, 2025

World Prematurity Day

 



PREEMIE GRADUATION DAY SEMPENA WORLD PREMATURITY DAY ANJURAN NICU, JABATAN PEDIATRIK HOSPITAL PUTRAJAYA

🌟
Program World Prematurity Day merupakan acara tahunan yang diraikan di seluruh dunia pada 17 November setiap tahun.
Preemie Graduation Day di Hospital Putrajaya telah berlangsung pada 22 November 2025 sebagai acara kemuncak tahunan hasil kerjasama NICU Jabatan Pediatrik Hospital Putrajaya, Persatuan Perubatan Pakar, Jabatan Farmasi, Jabatan Dietetik Hospital Putrajaya, serta Unit Pergigian Klinik Kesihatan Presint 18. Seramai 30 orang kanak-kanak pramatang bersama keluarga diraikan dalam majlis penuh bermakna ini.
Sambutan ini bertujuan meraikan pencapaian anak-anak pramatang, pengorbanan dan ketabahan yang telah ditempuhi oleh pihak ibubapa, di samping menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kerja NICU Hospital Putrajaya yang telah bertungkus-lumus menjaga dan merawat mereka sejak hari pertama mereka lahir.
Majlis telah dirasmikan oleh Dr Arini Nuran binti Md Idris, Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Putrajaya. Manakala pengerusi program adalah Dr Maslina binti Mohamed, Pakar Perunding Paediatik & Neonatologi Hospital Putrajaya dengan sokongan pasukan yang diketuai oleh Pakar Perubatan Paediatrik Dr Ong Kah Hooi dan dianggatoi oleh para Pakar Pediatrik , Pegawai Perubatan, Ketua Jururawat, , Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat serta Penolong Perawatan Kesihatan.
✨ Tema tahun ini, “Reach for the Stars,” membawa mesej bahawa setiap bayi pramatang adalah bintang kecil yang kuat , yang melalui permulaan yang sukar, tetapi mempunyai potensi yang tidak terbatas pada masa hadapan.
Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan, antaranya:
⭐ Ceramah pemakanan sihat oleh pegawai-pegawai dietetik
⭐ Story telling & persembahan muzikal oleh unit pergigian
⭐ Aktiviti dan permainan melibatkan kanak-kanak serta keluarga
⭐ Preemie Graduation Day
Program ini telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya. Terima kasih kepada semua yang hadir, menyokong, dan menyumbang dalam menjayakan Preemie Graduation Day 2025.
💜 Sama-sama lah kita terus memberi sinar kepada bintang-bintang kecil ini. 🌟



Ahli yang menjayakan


Siap tenguk citer Upin Ipin lagi


Boleh check gigi. Kerjasama dengan Jabatan Dental


Seronok kan main macam ni. Acik pun teruja tenguk. hehehe


Perasmiaan oleh Dr Arini Ketua Jabatan Paediatrik


BUdak-budak teruja mak budak pun teruja tenguk. Macam nak join sama je


Seronok dapat belon


Melukis atau mewarna ni wajib ada. Budak-budak suka


Sedikit information buat famili


Comel pulak bantal gigi tu.


Kek pun ado


Ramai juga mereka yang hadir


Semua teruja.

Assalamualaikum,

KKM ni banyak hari kena buat sambutan. Kalau di listkan dalam dairi KKM memang berderet hari hari yang kena sambut dan meraikan. Jadi bila tenguk FB HPJ ada event ni wah best lah. Baru tahu rupanya ada sambutan kanak-kanak yang pramatang dan bagaimana kedua ibu bapa menjaga anak-anak tersebut. Banyak cabarannya tau bila anak lahir tak cukup matang dengan kondisi badan lemah serta penyakit yang boleh cepat berjangkit. Memang famili kena jaga betul-betul sehingga proses membesar dia.

Jadi bila ada sambutan macam ni mereka rasa di hargai apalagi famili yang ada anak pramatang. Apa pun semuga anak-anak pramatang ni membesar menjadi anak yang soleh dan solehah ya. Aamiin

No comments:

Post a Comment