2 DIS 2025 - MISI SUKARELAWAN BANJIR HOSPITAL PUTRAJAYA 2025
Sebagai tanda prihatin dan semangat kekitaan, Hospital Putrajaya bersama Kelab Sukan dan Kebajikan HPj menganjurkan Misi Sukarelawan Banjir melibatkan kakitangan dari pelbagai unit. Kehadiran para sukarelawan dalam membantu mencuci, menyisih, mengemas kawasan rumah membuktikan tanda sokongan kepada rakan-rakan yang ditimpa musibah.
Setinggi penghargaan kepada barisan AJK yang terlibat dan tahniah kepada semua sukarelawan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga. Semoga usaha bersama ini sedikit sebanyak memberi keringanan serta menjadi sumber kekuatan untuk yang rakan-rakan kita.









Semoga dipermudahkan buat mereka yang mengahdapi dugaan bencana banjir...bagus pasukan sukarelawan HP berusaha meringankan beban
ReplyDeleteTu lah kesian kan bila terkena musibah.
DeleteAlhamdulillah..bagus macam ni, ada lah fungsi nya..
ReplyDeleteKelab sukan kena aktif untuk kesejahteraan staf HPJ
DeleteBanjir tahun ini sangat tak terduga berlaku di kampung halaman kak ana di Teluk Intan, Alhamdulillah rumah abah dan mak saudara tidak di masuki air sedangkan sekitar kampung dan jalan-jalan utama habis tenggelam separas dada airnya di sesetengah kawasan. Semoga di permudahkanNYa jua untuk mereka yang di uji dengan musibah, aamiin .
ReplyDeleteTeruk nampaknya Perak kan. Semuga mereka tabah hadapi bencana alam ni. Kali ni macam cepat musibah datang dek kerana taufan yang pelbagai nama datang menjengah.
DeleteSyabas buat AJK dan sukarelawan bertugas.
ReplyDeleteNampak macam rumah baru je..
Semoga dipermudahkan buat semua yang terlibat.
Tu lah alhamdulillah mereka cepat membuat tindakan. Sian mereka yang di timpa musibah
DeleteAlhamdulillah ringan sedikit beban mereka yg terlibat. Tahniah semua yg terlibat.
ReplyDeleteSemuga staff HPJ giat membantu persekitaran dan stafnya
DeleteSemoga menjadi catatan pahala dan inspirasi kepada yang lain juga
ReplyDeleteAamiin. Pengarah pun banyak menyokong semua aktiviti HPJ.
DeleteAlhamdulillah.. Usaha yang bagus..
ReplyDeleteSemoga mereka yang terkesan akibat banjir sabar dan kuat semangat..
kali ini lain macam banjirnya..
Tu lah tak pernah dengo Taufan Senyar yang datang tanpa di undang. Yang kita jaga-jaga taufan dari Filipina sekali eh dari Indonesia dia menjengah.
Delete