Tuesday, December 2, 2025

Misi Sukarelawan Banjir Hospital Putrajaya 2025

 



2 DIS 2025 - MISI SUKARELAWAN BANJIR HOSPITAL PUTRAJAYA 2025

Beberapa kawasan seperti Salak Tinggi, Dengkil dan sekitar Bandar Baru Salak Tinggi terjejas akibat hujan berterusan dan banjir baru-baru ini. Seramai 9 kakitangan Hospital Putrajaya turut terkesan apabila kediaman dimasuki air dan berdepan dengan pelbagai kerosakan rumah dan barangan.
Sebagai tanda prihatin dan semangat kekitaan, Hospital Putrajaya bersama Kelab Sukan dan Kebajikan HPj menganjurkan Misi Sukarelawan Banjir melibatkan kakitangan dari pelbagai unit. Kehadiran para sukarelawan dalam membantu mencuci, menyisih, mengemas kawasan rumah membuktikan tanda sokongan kepada rakan-rakan yang ditimpa musibah.
Setinggi penghargaan kepada barisan AJK yang terlibat dan tahniah kepada semua sukarelawan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga. Semoga usaha bersama ini sedikit sebanyak memberi keringanan serta menjadi sumber kekuatan untuk yang rakan-rakan kita.❤️💪🏼










Semuga mereka yang di timpa musibah banjir bersabar menerima dugaan yang melanda satu malaysia kerana banjir.

14 comments:

  1. Semoga dipermudahkan buat mereka yang mengahdapi dugaan bencana banjir...bagus pasukan sukarelawan HP berusaha meringankan beban

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bagus macam ni, ada lah fungsi nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelab sukan kena aktif untuk kesejahteraan staf HPJ

      Delete
  3. Banjir tahun ini sangat tak terduga berlaku di kampung halaman kak ana di Teluk Intan, Alhamdulillah rumah abah dan mak saudara tidak di masuki air sedangkan sekitar kampung dan jalan-jalan utama habis tenggelam separas dada airnya di sesetengah kawasan. Semoga di permudahkanNYa jua untuk mereka yang di uji dengan musibah, aamiin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk nampaknya Perak kan. Semuga mereka tabah hadapi bencana alam ni. Kali ni macam cepat musibah datang dek kerana taufan yang pelbagai nama datang menjengah.

      Delete
  4. Syabas buat AJK dan sukarelawan bertugas.
    Nampak macam rumah baru je..
    Semoga dipermudahkan buat semua yang terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah alhamdulillah mereka cepat membuat tindakan. Sian mereka yang di timpa musibah

      Delete
  5. Alhamdulillah ringan sedikit beban mereka yg terlibat. Tahniah semua yg terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga staff HPJ giat membantu persekitaran dan stafnya

      Delete
  6. Semoga menjadi catatan pahala dan inspirasi kepada yang lain juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Pengarah pun banyak menyokong semua aktiviti HPJ.

      Delete
  7. Alhamdulillah.. Usaha yang bagus..
    Semoga mereka yang terkesan akibat banjir sabar dan kuat semangat..
    kali ini lain macam banjirnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tak pernah dengo Taufan Senyar yang datang tanpa di undang. Yang kita jaga-jaga taufan dari Filipina sekali eh dari Indonesia dia menjengah.

      Delete