JOM MERIAHKAN GEMA RAYA PUTRAJAYA 2026 DI PICC PUTRAJAYA
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Gema Raya Putrajaya 2026 kini sedang berlangsung bermula 15 Februari hingga 19 Mac 2026 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan suasana Ramadan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga perkhidmatan awam dan masyarakat setempat. Sepanjang tempoh penganjuran, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung, antaranya:
- Jualan dan bazar Ramadan
- Program kerohanian dan pengisian rohani
- Persembahan kebudayaan dan hiburan patuh syariah
- Aktiviti kekeluargaan dan komuniti
- Program Jualan Agro MADANI
- Jualan Kombo Agro MADANI pada setiap Sabtu dan Ahad
Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah utama dengan hadiah sebuah Proton e-Mas 5 Prime untuk dimenangi sepanjang tempoh program berlangsung.
Waktu Operasi Program:
Isnin – Khamis : 11.00 pagi – 12.00 tengah malam
Jumaat – Ahad : 11.00 pagi – 2.00 pagi
Kemudahan Pengunjung:
- Parkir percuma sehingga 1,200 petak
- Mesra kerusi roda (wheelchair friendly)
- Mesra kanak-kanak & keluarga
- Kemudahan solat dan solat tarawih disediakan
- Kemudahan untuk menunaikan Solat Jumaat turut disediakan

boleh meriahkannya mengikut kehendak n keperluan putrajaya kan lokasi penjawat awam
ReplyDeleteMacam-macam ada sis. Siap duit je. hehehehe
Deletewahhh..Menarik nih =)
ReplyDeleteMesti ramai artis ni.
DeleteMacam2 jualan & program ada tu mesti meriah.
ReplyDeleteAkak up je nak pi emmmm berchinta nak harung ramai-ramai hari minggu
DeleteAda artis tu. Menarik event-nya.
ReplyDeleteTu lah mesti ada artis yang meniaga raya
DeleteWaaaah meriiaaaah. Lama juga jam bukanya yaaa 😍😍. Jualan bazar ramadhan memang menarik lah. Pasti banyak yg beli
ReplyDeleteKat Putrajaya ni macam-macam ado.
DeleteMemang sesuai sangat bawa satu keluarga datang jalan-jalan, berbuka puasa, shopping raya dan isi masa dengan aktiviti bermanfaat. Kalau dah sampai Putrajaya tu, boleh terus plan sekali singgah. Mana tahu rezeki menang kereta raya tahun ni kan?
ReplyDeleteKan mana tahu ada rezeki
DeleteMenarik event ni :)
ReplyDeleteTarikan putrajaya bulan Ramadan
DeleteSapelah yg bertuah bakal dapat proton e-mas tu kan
ReplyDeleteNI mesti yang shopping kaw-kaw punya lah
DeleteMeriah putrajaya.. tp kalau hari raya meriah ke x eh kat sini? ke semua org balik kampung??
ReplyDeleteMeriah bila part hari raya rumah terbuka para menteri di putrajaya. Orang putrajaya yang ada kampung balik kampung lerrrr.
DeleteAda dengar dekat radio tadi pasal program ni... Best la orang belah² sana
ReplyDeleteSapa suka shopping seronok le
DeleteMenarik ni tapi bukan puasa ni macam tak balik Putrajaya
ReplyDeletePenat kan nak berulang pahang ke Putrajaya.
DeleteSeronok ni
ReplyDeleteBnayak betul Program di HPJ sepanjang Ramadhan ni kak...meriah
ReplyDeleteuishh.. meriah event gitu nanti.
ReplyDelete