Tuesday, March 31, 2026

Selamat Hari Doktor Sedunia 2026

 


Selamat Hari Doktor Sedunia 2026!

Tugas dalam bidang ini menuntut pengorbanan luar biasa, namun kepuasan sebenar muncul apabila setiap rawatan berjaya mengukir senyuman pada wajah pesakit. Dedikasi barisan wira ini menjadi tunjang utama kekuatan hospital dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
Untuk tatapan anda. Dikongsikan sedikit daripada ribuan coretan manis terkini diterima daripada para pesakit tentang pengalaman mendapat rawatan dengan doktor di Hospital Putrajaya. Terima kasih Doktor. Andalah kebanggaan kita semua.






Besar jasamu Doktor. Semuga ianya menjadi saham akhirat buat yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam pula sentiasa cemerlang memberikan perkhidmatan buat semua yang memerlukan.

26 comments:

  1. Uish..patient nya bukan kaleng².. itu yang dapat perkhidmatan terbaik..

    Apa pun, selamat hari doktor.. hanya Allah dapat membalas segala jasa mereka..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu pengurusan HPJ memang menjaga apa juga berkaitan dengan HPJ sebab kawasan Putrajaya buka kaleng-kaleng orangnya. Kena memberikan perkhidmatan bertaraf VVIP.

      Delete
  2. Semoga para doktor semua terus bersemangat berkhidmat untuk pesakit pelbagai golongan dan umur. Besar jasa seorang doktor, macam cikgu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor menjaga kesihatan kita cikgu mengajar kita

      Delete
  3. Selamat hari doktor buat semua doktor2.

    ReplyDelete
  4. Wah, selamat hari doktor seduniaaaa. Semoga para doktor ini senantiasa mendapatkan semangat juang dan kesehatan untuk menjaga para pasien agar lekas pulih dan sembuh dimanapun ia berada. Amiiin

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Doktor Sedunia!
    Antara pekerjaan yang tough sebenarnya doktor ni. Barakallahu lakum 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu kerja yang mulia dan juga sukar kan.

      Delete
  6. Dulu berimpian nak jadi doktor.
    Bila dah dewasa baru sedar diri tak layak jadi doktor. Hahaha
    Bukan senang kerja doktor.
    Selamat Hari Doktor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bagus lah cita-cita cuya. Tapi betul tu bukan senang nak menjadi doktor yang berjaya

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih buat semua doktor di dunia dan malaysia

      Delete
  8. Xtau pulak hari doktor hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tak tahu kalau postmaster tak maklumkan. hehehe

      Delete
  9. Selamat hari Doktor sedunia..baru tahu ni..terima kasih infor

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas jasamu doktor. Harap negara kita hargai doktor2 yg ada. Sekarang ni ramai yg dah cabut lepas habis HO. tknak berkhidmat dalam KKM sebab tak setimpal :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kadang kerjaya doktor tidak setimpal imbuhan mereka dengan kerja yang mereka buat. Kesian doktor sekarang.

      Delete
  11. Waaah baru tahu ada hari dokter sedunia. Adik saya juga dokter spesialis ENT, tp Krn dia tak ada posting ttg hari dokter ini, makanya tak tahu 😅.

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Doktor Sedunia.
    Jasamu dikenang, sumbanganmu dihargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga jasa Doktor menyelamatkan orang menjadi saham akhirat mereka

      Delete