Sunday, March 8, 2026

Gotong Royong Bubur Lambuk Surau Ibnu Sina HPJ

 

Dr Suraya bersama Dr Hariati. 


6/3/2026 - GOTONG-ROYONG BUBUR LAMBUK SURAU IBNU SINA HPJ

Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya (HPJ) telah berjaya menganjurkan Program Gotong-Royong Bubur Lambuk bertempat di perkarangan hospital hari ini.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu melibatkan aktiviti 'rewang' memasak bubur secara beramai-ramai oleh jawatankuasa surau dan sukarelawan kakitangan.
Sesi edaran bubur lambuk kepada kakitangan Hospital Putrajaya telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Suraya binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memperkukuhkan lagi ukhuwah serta semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja HPJ.




Mereka yang merewang


Sessi Potong daging


Tu dia mengayuh sampan bagai.


Wah Mr Dinesh pun turut turun padang memotong bawang.


Tu dia Tn Haji dengan zura. Bawang tu satu dulang rasanya.


Seronok bila merewang macam ni. Ni kat parking Endokrine untuk ketua Jabatan.


Wakil Bhg Rekod CC jue turut sama membantu.


Yeh sudah masak. Sedia di bungkus untuk agihan pada Staf-staf HPJ


Tersusun untuk di agihkan. Sedap bubur lambuk hasil air tangan Staff yang memasak. Ada rasa daging dan rempah. Aku dapat satu. Lepas tu ada member bagi 2 bekas sebab banyak lebih. Memang balun buka dan sahur le gamaknya.

Alhamdulillah syukur dapat berkhidmat di HPJ ni. Dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan dan juga nanti Majlis Hari Raya. 

18 comments:

  1. Wahhh..Seronok ada aktiviti mcm ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam merewang kat kampung je ramai-ramai macam ni

      Delete
  2. wah seronoknya. hari last kat wad haritu diorang ada agih bubur lambuk juga. meriah gotong royong buat bubur lambuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang ada yang menderma. Kiranya rezeki le dapat

      Delete
  3. Awal puasa haritu dah melambuk. Rasa nak buat bubur lambuk lagi laaa.....sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka kalau bulan puasa banyak muncul bubur lambuk

      Delete
  4. Seronok semua berganding bahu menjayakan program...

    ReplyDelete
  5. Seronok melihat aktiviti seperti ini. Gotong-royong memasak bubur lambuk memang selalu menghidupkan suasana Ramadan dan pada masa yang sama dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat

    ReplyDelete
  6. Seronok merewang.. kami dgn student buat khamis ni

    ReplyDelete
  7. Gotong-royong masak bubur lambuk ni memang antara vibe Ramadan paling best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila buat ramai-ramai. Bukan senang nak berkumpul macam ni

      Delete
  8. Ya Allah rindu sangat makan bubur lambuk 😭😭😭. Dulu saat duduk kat Penang sukaaa saya beli bubur lambuk tiap ramadhan. Selesai study, balik JKT, walau rutin ke Malaysia tiap tahun, tp dah tak pernah saat ramadhan. JD tak pernah jumpa lagi bubur ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali cuba pulak jalan time Ramadan. Nanti dah nak raya balik le Jakarta.

      Delete
  9. Bila rewang cepat lah siap kerja. Team memasak yang lama nak siap.

    ReplyDelete