Dr Suraya bersama Dr Hariati.
6/3/2026 - GOTONG-ROYONG BUBUR LAMBUK SURAU IBNU SINA HPJ
Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya (HPJ) telah berjaya menganjurkan Program Gotong-Royong Bubur Lambuk bertempat di perkarangan hospital hari ini.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu melibatkan aktiviti 'rewang' memasak bubur secara beramai-ramai oleh jawatankuasa surau dan sukarelawan kakitangan.
Sesi edaran bubur lambuk kepada kakitangan Hospital Putrajaya telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Suraya binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memperkukuhkan lagi ukhuwah serta semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja HPJ.
Mereka yang merewang
Sessi Potong daging
Tu dia mengayuh sampan bagai.
Wah Mr Dinesh pun turut turun padang memotong bawang.
Tu dia Tn Haji dengan zura. Bawang tu satu dulang rasanya.
Tersusun untuk di agihkan. Sedap bubur lambuk hasil air tangan Staff yang memasak. Ada rasa daging dan rempah. Aku dapat satu. Lepas tu ada member bagi 2 bekas sebab banyak lebih. Memang balun buka dan sahur le gamaknya.
Alhamdulillah syukur dapat berkhidmat di HPJ ni. Dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan dan juga nanti Majlis Hari Raya.










Wahhh..Seronok ada aktiviti mcm ni =)
ReplyDeleteMacam merewang kat kampung je ramai-ramai macam ni
Deletewah seronoknya. hari last kat wad haritu diorang ada agih bubur lambuk juga. meriah gotong royong buat bubur lambuk
ReplyDeleteKadang ada yang menderma. Kiranya rezeki le dapat
DeleteAwal puasa haritu dah melambuk. Rasa nak buat bubur lambuk lagi laaa.....sedap!
ReplyDeleteSaya suka kalau bulan puasa banyak muncul bubur lambuk
DeleteSeronok semua berganding bahu menjayakan program...
ReplyDeleteSemua ikut terlibat
DeleteSeronok melihat aktiviti seperti ini. Gotong-royong memasak bubur lambuk memang selalu menghidupkan suasana Ramadan dan pada masa yang sama dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat
ReplyDeleteAlhamdulillah silaturahim semakin erat
DeleteSeronok merewang.. kami dgn student buat khamis ni
ReplyDeletewah mesti sedap bubur lambuk serawak
DeleteGotong-royong masak bubur lambuk ni memang antara vibe Ramadan paling best.
ReplyDeleteSeronok bila buat ramai-ramai. Bukan senang nak berkumpul macam ni
DeleteYa Allah rindu sangat makan bubur lambuk 😭😭😭. Dulu saat duduk kat Penang sukaaa saya beli bubur lambuk tiap ramadhan. Selesai study, balik JKT, walau rutin ke Malaysia tiap tahun, tp dah tak pernah saat ramadhan. JD tak pernah jumpa lagi bubur ini.
ReplyDeleteLain kali cuba pulak jalan time Ramadan. Nanti dah nak raya balik le Jakarta.
DeleteBila rewang cepat lah siap kerja. Team memasak yang lama nak siap.
ReplyDeletewahh bestnya merewang!
ReplyDelete