Tuan Haji wakil Surau Ibnu Sina menyampaikan juadah sahur kepada petugas malam.
7/3/2026 - KONGSI SAHUR
Daripada Anas bin Malik RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Bersahurlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Pihak Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya (HPj) meneruskan inisiatif kebajikan melalui Program Kongsi Sahur khusus buat para petugas yang sedang bertugas syif malam. Aktiviti agihan makanan sahur ini telah dimulakan seawal jam 3.00 pagi, menyasarkan kakitangan di pelbagai unit dan wad di HPj.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyantuni para petugas yang berkhidmat tanpa mengira waktu, di samping mengambil keberkatan bulan yang mulia ini.
Pihak surau merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang membantu menjayakan misi agihan awal pagi ini.
#KongsiSahur #SurauIbnuSina #HospitalPutrajaya #HPJ #Ramadan2026 #25tahunhpj
#hospitalputrajaya #hpj25
#hospitalputrajaya #hpj25
Alhamdulillah tidak di lupa juga warga kerja yang shift malam. Semuga Surau Ibnu Sina buat tiap-tiap Ramadan.



Tahniah buat semua penyumbang dan sukarelawan. Alhamdulillah, mudah-mudahan mendapat keberkatan di bukan mulia ini.
ReplyDeleteAamiin doanya
DeleteBagus inisiatif yang dilakukan oleh pengurusan HPJ...
ReplyDeleteTu lah warga shift malam pun tak lupa
Deletewaahh bagusnya pengurusan HPJ.. sekurang2nya dpt beri senyuman buat petugas kan sis.. moga teruskan lagi masa2 hadapan kan..
ReplyDeleteYang sahur ni macam baru. Tahun lepas tak nampak pulak pihak admin maklumkan. Kalau berterusan bagus kan. Ada juga orang ingat mereka wira yang tidak di dendang.
Deleteberkay sahur ramai2 meriah suasana jelang subuh
ReplyDeleteAlhamdulillah ada juadah untuk bersahur
DeleteTerbaik ๐๐ป
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteAlhamdulillah rezeki penerima. Penyumbang pun murah rezeki.
ReplyDeleteAlhamdulillah beramal di bulan yang mulia.
DeleteAlhamdulillah sudah ada juadah ketika sahur. Tidak perlu fikir lagi.
ReplyDeleteSekurangnya ada orang yang sedekah.
DeleteAlhamdulillah.. kebajikan staf terjaga di bln ramadan ni
ReplyDeleteCuma sedikit ingatan pada petugas malam
DeleteAlhamdulillah . Rezeki dikongsi bersama
ReplyDeleteTerima kasih juga buat penyumbang
DeleteBagusnyaaa aktifitas begini ❤️❤️. Memberi makan sahur kepada staff yg bekerja malam
ReplyDeleteAlhamdulillah tu lah semuga setiap tahun ada penyumbang.
DeleteSeronok staff shift malam.. terasa dihargai.
ReplyDeleteTahniah buat petugas dan sukarelawan.
kadang2 kesian tgok orang yg kerja shift malam. harapnya dgn kongsi sahur ni dpatlah gembirakan hati mereka
ReplyDeleteBagusnya surau, ada program kongsi sahur. Semoga murah rezeki dan diteruskan program begini.
ReplyDelete