Assalamualaikum,
Hari ke 2 rumah di kampung ada marhaban. Marhaban kampung selalunya 3 hari dan sampai tengahari je sebab belah petang depa nak beraya. Oleh kerana nama kita orang dah hujung-hujung jadi mesti sampai dah tengahari.
Menu kita orang buat sandwich sardin dan telur. Siap berpack. Lepas tu buat air balang vanila blue dan manggo. Siap dengan bekas dan straw lagi. Mudah nak tapau. Ada juga rebus ubi sikit layan dengan sambal tumis. Sediakan juga kuih muih.
Air balang rupanya serbuk perisa siap dengan resepi dia. Kita tinggal bancuh je. Kalau bubuh air batu time panas-panas ni emmm memang sedap. Glug glug glug je. hehehehe
Marhaban Kampung
Ada juga budak perempuan ikut bapanya pi ramadan. Selalunya budak lelaki je.
Lepas meraban hah pandai le depa minum dan makan.
Selesai marhaban Jol pun bagitahu ada lebih sandwich dan air siapa nak tapau hah tapau je. Laju depa bawak balik. Kita orang pun senang takde basuh gelas dan pinggan. Siap sediakan plastik beg lagi untuk tapau. Alhamdulillah. Ada sedikit bawak sama nanti nak bagi Kak limah, Kak jal dan Kak Nong.
Selesai marhaban baru lah kita orang siap nak beraya ke gersik melawat Paman Yasir. Satu-satunya paman belah mak yang masih ada. Tapi sedih sebab dah berapa tahun terlantar tak boleh jalan.
Rumah pertama - Rumah Kak Limah kat Tanjung Agas Muar
Masa kita orang update perjalanan Ijan dah sampai rumah Kak Limah. Adek dan Kak nong terus je ke Gersik.
Kak limah masak nasi dengan asam pedas dan ayam masak kicap. Makan sikit sebab dah tengahari.
Lepas tu kita orang ke Gersik. Ajak Meri dan har serta oney. Kak limah tak nak ikut sebab tak larat nak jalan nanti.
Sampai rumah Paman ada anak-anak dia sudah bersedia menanti kami. Sebelum aruah mak meninggal dulu keluarga Paman anak-beranak akan datang ke rumah Bakri pada Raya ke dua. Bila aruah mak meninggal keluarga kami pula berkunjung ke rumah paman. Jadi Kak miah mesti akan contact jol samada datang gersik atau tidak. Keluarga kita orang ramai sudah tentu Kak miah nak sedaiakn juadah buat kami. Selalunya makan nasi dengan lauk kampung.
Semua menjamu selera dengan santainya
Lauk dia sedap. Ada sambal goreng soohon dengan ikan keli berlado. Ikan keli kak ani yang bela. Sedap. Lain daripada yang kita biasa makan.
Lepas tu ada soto. Nasi impit dengan sup gearbox daging fresh dari ladang.Menantu Paman ada bela lembu, kambing untuk jualan korban dan aqiqah. emm rusa pun ada kut. Hah ikan keli pun di belanya. Jadi sup geabox tu sedap betul panas-panas baru masak lepas tu daging dia lembut. Selepas merasa nasi dengan sambal goreng soohoon dan keli berlada rasa lah pulak sup gearbox. Perghhhh sampai 2 kali aku menambah. Lepas tu letak sambal kicap fuh berpeluh-peluh makan. Sedap yum yum yum. hehehehe
Semua menunduk menikmati juadah yang disediakan.
Sebelum balik jenguk lah paman yang terlantar di biliknya.
Kita orang singgah kat masjid di Kg Tioung gersik sebelum menuju ke Parit sulong.
Masa lalu panchor sebelum ke pagoh jalan lancar. Sekali 5 km lagi nak sampai simpang Jalan kangkar senangar jalan jem. Dari pada terang sampai gelap kami berbaris.
Akhirnya sampai le ke simpang Parit Pulai. Meriah sungguh rupanya di simpang parit pulai ni.
Sampai je semuanya kelam kabut nak solat. Yang sampai awal sedang menikmati juadah. Lupa pulak nak ambil gambar. Pit masak nasi tomato rasanya.
Ada pulak adegan selingan yang buat semua ketawa.
Kita orang sampai Bakri dekat pukul 10 malam. Lepak semuanya. Besok nak berjalan rumah adik beradik di tangkak dan melaka pulak.
meriah betul..seronok...akak dah raya ke 2 update ni...SA blom habis lagi raya pertama...
ReplyDeleteLetak siap-siap dulu nanti lupa
Deletemeriah suasana beraya rumah saudara mara
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteRaya kan, memang jalan jem lah...
ReplyDeleteKalau anak kecik yang gegirl. Memang syok la ikut marhaban, baraan.. kalau dah besar, terperap dalam bilik je lah pula.. kikiki
Selalu anak lelaki yang suka mengikut ni anak perempuan dah le ramai lelaki suka pulak ngekor bapaknya.
Deleterasanya Johor je ada tradisi marhaban rumah ke rumah ni kan.
ReplyDeleteTak pasti pulak. Tradisi marhaban ni dari akak kecik lagi dah ada.
DeleteSelamat Hari Raya Kak Notie 🌹
ReplyDeleteMohon ampun maaf andai ada salah silap ye...
Seronoknya ada tradisi marhaban gitu.
Sedap² lauk tuan rumah masak, terliur pulak sup gear box tu haha
Selamat Hari raya juga Hazel. Sedap dagingnya sebab fresh dari ladang. Ternak sendiri
DeleteSelamat hari raya aidilfitri sis =D
ReplyDeleteSelamat hariraya nieza
Deletesalam kenal kak..selamat hari raya
ReplyDeletemeriahnya raya sebelah johor
Salam kenal dan selamat hari raya. Tempat lain pun meriah juga
Deletewaahhh syoknyaaaa menu mcm-mcm ada.. betul tu waktu raya ni je lah nak ziarah sedara mara..
ReplyDeleteSetahun hanya sekali dapat bertemu mesra
DeleteBestnya, rumah ada marhaban. Seronok dan meriah, rasanya. Elok tersusun makanan dan air, senang orang nak tapau. 👍
ReplyDeleteTapau tu memudahkan tuan rumah mengemas. hehehe orang pun suka sebab kadang dah kenyang jadi tapau bawak balik boleh makan di rumah
DeleteSyoknya raya... meriah betul.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSelamat Hari Raya buat Kak Notie. Maaf zahir batin ya, Kak Notie & mohon dihalalkan segala pemberian. Meriah raya kedua, sedap tu ada ubi rebus dengan sambal tumis. Dapat pulak bungkus sandwich dengan air balang bawa balik. Sy boleh bayangkan sedapnya soto guna daging lembu segar sebab kami pun biasa buat soto guna daging lembu. Semoga paman sihat² sahaja walaupun terlantar, InsyaAllah, Aminnn YRA.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya SK. Aamiin doanya. Sup atau apa pun kalau daging segar fresh dari ladang memang sedap
DeleteOh..orang Johor jugak rupanya. Hehe…
ReplyDeleteKalau marhaban di BP siap main preng preng motor dan bakar mercun, sabo jelah kita.
Kalau Batu Pahat seronok. Tang preng preng tu memang buat tanda dah kat rumah sapa
DeleteAlhamdulillah..masa raya ni la dapat berkumpul dengan saudara mara yang jauh
ReplyDeleteBetul tu. Kadang susah dapat bertentang mata
DeleteBiasa baca ada marhaban kat belah-belah Johor ni.
ReplyDeleteJauhlah beraya nya kak, lagi best kalau pergi ramai-ramai.
Tradisi marhaban daripada dulu sampai sekarang. Generasi tak putus.
DeletePernah sekali ikut roomate balik kampung di muar zaman belajar dulu, mlmnya ada org marhaban... kampung di parit bakri... kat kuching ni pun ada kampung gersik kak.. hahaha
ReplyDeleteMarhaban malam kadang ikut orang kampung tapi selalunya rumah special dan tak banyak rumah.
DeleteBeraya sambil marhaban ye :D
ReplyDeleteMarhaban kat rumah di kampung lepas habis marhaban kita orang beraya pulak.
DeleteTadi saya sempat ga fokus baca. Saya pikir kakak ke Gresik (kota di Jawa timur) . Ternyata Gersik yaa 😅.
ReplyDeleteKat muar ni ada 2 tempat satu kat gersik tangkak satu lagi kat gersik area Batu Pahat atau PArit Jawa
DeleteMeriahnya suasana marhaban di sana.
ReplyDeleteSemoga erat ukhuwah sesama penduduk.
Marhaban tu dari generasi tua ke muda lepas tu ke cucu masih jadi tradisi kampung.
Delete