Monday, March 9, 2026

Solusi Sihat di Bernama Radio - Hoarding Disorder


                                                                   Dr Nadia daripada HPJ

 Sekitar sesi Solusi Sihat di Bernama Radio. Satu kupasan yang kini membuka mata orang ramai untuk memahami dilema individu yang berdepan dengan Hoarding Disorder, saatu penyakit mental yang melibatkan kesukaran berterusan untuk membuang barangan sehingga menjejaskan fungsi ruang kediaman.

Menerusi perkongsian Dr. Nadia Amira Ashikin, penonton didedahkan tentang perbezaan nyata antara hobi mengumpul yang tersusun dengan gangguan hoarding yang tidak terkawal. Pendekatan berasaskan empati adalah kunci utama dalam membantu proses pemulihan.
Bagi anda yang terlepas intipati penting seperti Teknik Tiga Kategori (Simpan, Buang, Derma) atau ingin mengetahui cara mendapatkan akses bantuan profesional di Pusat Mentari, tonton rakaman penuh sesi ini melalui pautan YouTube https://www.youtube.com/watch?v=ji9eiqE1qac



Infografik yang menarik



Di Konti Bernama Radio




Contoh kejadian


Yang ni teruk sangat kan.


Yang ni kalau di lambakkan semua


Sampai luar rumah pun ada.

Assalamualaikum,

Baru-baru ni Dr Nadia Staff HPJ telah di jemput Radio Bernama untuk bercerita tentang tabiat manusia yang suka menyimpan barangan yang tidak perlu sehingga menganggu persekitaran orang lain.

Rupanya tabiat menyimpan barang yang tidak perlu boleh dikatakan satu tabiat yang tidak bagus malahan dikatakan pulak sejenis penyakit Hoarding disorder lah pulak. Kalau ayat disorder ni ianya tergolong dalam penyakit jiwa. Nampak je sihat walafiat tapi bila ada penyakit ini secara melampau boleh menganggu orang lain juga.

Sebenarnya penyakit jiwa ni ada macam-macam jenis. Orang kata kesihatan mental ni kalau tidak di jaga dengan elok emm kadang boleh meletup juga tau. Terutama isteri yang mempunyai tanggungjawab yang lebih didalam rumahtangga. Apa lagi di bulan Ramadan ni. Jenuh aktiviti kalau para suami tidak membantu emmm penat juga kan melayan urusan rumahtangga yang tidak pernah habis. Nak siapkan juadah berbuka, nak siapkan juadah bersahur. Bangun pukul 4 pagi kejut sahur. Lepas tu nak menyediakan baju raya, kasut raya hah juadah raya hah apa lagi. Tapi takpe kalau kita buat dengan ikhlas untuk keluarga tersayang insya Allah ada balasannya yang Allah beri. eh melalut pulak aku. hehehehe


Sambung semula cerita tadi. Aku tanya Ai hah ini dia jawapannya:-

Hoarding disorder is classified under ICD-10-CM code F42.3, which is used to diagnose persistent difficulty discarding possessions, resulting in significant clutter that compromises living spaces. It falls under the category of obsessive-compulsive and related disorders.

Siap ada kod ICD 10 lagi. hehehe


Selain daripada itu hangpa boleh juga jenguk rumah MIM dan tenguk apa senarai   100 barang negatif yang perlu di sishkan di rumah


Nampak gayanya kena sorting lah sikit-sikit barang yang sayang tapi tak pakai. Kalau elok kita sedekah kat orang kalau baru boleh di jual. Buku-buku yang agaknya tidak di baca lagi boleh lah sedekahkan kat perpustakaan KKM ke IKN ke kat HPJ tu pun ada aku nampak sudut membaca.

22 comments:

  1. Dulu ingat penyakit ni ada dekat luar negara je..rupanya, dekat Malaysia pun ada

    ReplyDelete
  2. Kadang kita pun kena tengok balik barang di rumah… koleksi ke, atau dah hampir jadi “stor mini” dalam rumah. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kumpul sikit-sikit sekali hah tu dia

      Delete
    2. Sikit sikit lama lama jadi bukit . Jenuh nak buat declutter barang²

      Delete
  3. baca entry akak ni, teringat last week berazam nak kemas barang2 dalam almari yg bersepah. pastu tak buat2 lagi.
    ya Allah, berikanlah ku kekuatan utk buang benda2 tak berguna tu haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena slow-slow buat. Sikit-sikit lama-lama banyak nanti dapat di kumpul

      Delete
  4. rajin membeli rajin menyimpan xrajin mengemas bersepah jadinya

    ReplyDelete
  5. Waktu itu ada kejadian di sini, sebuah rumah sampai terbakar, dan penyebabnya Krn korsleting listrik. Tp ternyata saat dibuka bagian dalamnya Allah dia juga penderita hoarding disorder kak. Sampah dalam rumah tuh dah macam tempat pembuangan sampah 😭. Saya sampai tak bisa berpikir, macam mana ada orang bisa hidup dalam tempat seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terlebih sangat tak tahu lah macamana dia duduk dalam tu kan.

      Delete
  6. Ehh…baru saya tau kewujudan MENTARI - Pusat Kesihatan Mental Masyarakat. Bagusnya ada pusat gini, mudah orang ramai nak dapatkan bantuan berkenaan kesihatan mental.

    ReplyDelete
  7. Saya baru lepas letak barang dalam tong oren untuk derma. Dulu saya suka tengok siri Horder di saluran HGTV tak silap, masa preview percuma. Kena ada pasukan khas tolong orang ada masalah ni, suka tengok dia bersihkan rumah sampai dah tak semak. Dekat oversea kalau rumah semak, pihak majlis boleh rampas sebab akibatkan penyakit dan binatang perosak macam tikus dan sebagainya.

    ReplyDelete
  8. Dulu kata nk buat koleksi bila dh jd makin byk itu dh bkn koleksi namanya, dh jadi penyakit pulak dah

    ReplyDelete
  9. oo dikira sejenis penyakit ya.

    ReplyDelete
  10. Dekat TikTok selalu Cuya tengok team dtg amik upah utk bersihkan rumah hoarder macam ni. Memang keadaan rumah teruk yg amat2.
    Tak sangka Malaysia ramai gila hoarder ni. Kalau tak dibantu memang kesian.

    Alhamdulilah Cuya dah buat utk simpan dan sedekah brg. Tapi tu pon ad lgi brg yg tk sorting. Perlahan2 buat..
    Cari motivasi dgn menonton video TikTok mengemas rumah hehe

    ReplyDelete
  11. Dulu SA ada kawan yang hoarder ni...jenuh satu family duduk dalam semak macam ni...peliknya diorang selesa plak...memang bagus campaign kesedaran di buat untuk mereka yang tergolong dalam masalah ni..

    ReplyDelete
  12. Hoarding ni, memang ada di kalangan keluarga. Tak dapat imagine macamana boleh hidup dengan sebegitu banyak barang di rumah. Lama2 baru tau ianya penyakit.

    ReplyDelete
  13. Allahu Akbar.
    Macamana nak hidup selesa kalau banyak lambakan barang-barang di rumah. Nak bernafas pun rasa susah.

    ReplyDelete