17 April 2026 – Hospital Putrajaya telah menerima kunjungan 35 pelajar kejururawatan bersama pensyarah pengiring dari MAHSA University & Hong Kong Metropolitan University yang terdiri daripada Assoc. Prof. Dr. Sandy Choi Pin Pin, Assoc. Prof. Dr. Lam Yun Wah, Assoc. Prof. Dr. Sarah Wong Suet Shan serta Mr. Nelson Chia Koon Kit.
Rombongan telah disambut oleh Dr. Nur Zulaikha Binti Nordin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan 1 mewakili Pengarah Hospital Putrajaya.
Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas kejururawatan oleh Matron Mastura Binti Ahmad, diikuti sesi lawatan ke Jabatan Kecemasan, ICU dan Wad Perubatan bagi memberi pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar serta amalan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan.
Terima kasih atas kunjungan. Diharapkan lawatan ini dapat memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar serta mengukuhkan hubungan dan perkongsian ilmu antara kedua-dua institusi.









Seronok bila ada lawatan dari luar negara kan kak..at least bertukar2 info..dari Malaysia ada tak yang pi melawat hospital diorang?
ReplyDeleteKalau nak pi luar negeri kena buat plan projek. Dulu Rekod ada buat lawatan ke Indonesia melawat Hospital di sana. Tapi kena keluarkan duit lah sebab budget terhad.
DeleteBetul² tinggi orang² HK ni ek, tapi tengok pelajarnya macam taklah tinggi sangat. Bagus lawatan macam ni, boleh bertukar² pandangan dalam bidang perkhidmatan kesihatan.
ReplyDeleteAgaknya orang tinggi ni makan apa ye menyebabkan depa tinggi mengalah macam tu.
DeleteBest juga ada lawatan luar ni. Dapat la berkongsi pengalaman dan pandangan.
ReplyDeleteKiranya bertukar-tukar pandangan dan pengalaman kerja
DeleteWahhh..Ramainya.Terus trigt cerita ghost doctor yg sy tgh repeat tgk skrg =D
ReplyDeleteWah layan citer KDrama ke. Korea kalau buat drama Medik bestkan.
Deleteramainya rombongan tu.. kekadang penat jugak kalau ada org melawat ni.. hihihi
ReplyDeletekak, jom jawab tag sy.. tgk di blog k
Tulah masa tahun 2023 banyak hospital datang melawat kat Jabatan rekod sebab HPJ dah lepas Akretasi MSQH jadi mereka belajar bagaimana nak buat persediaan bila kena audit.
DeleteBanyak juga berarti pertukaran knowledge antar negara dari fakultas keperawatan ini ya kak . Seru pastinya. Tp memang pasti budget pun besar sebab perjalanan luar negara
ReplyDeleteBanyak benda boleh di belajar. Budget besar tu yang pasti bener sih kalau mau ke obersea
DeleteBagusnya lawatan sebegini.
ReplyDeleteMacam tengah adakan hubungan diplomatik gitu.
Sebenarnya bagus sebab kita boleh belajar benyak benda yang kita tak ada atau benda baru
DeleteLawatan begini dapat bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman antara delegasi. Banyak info baru diperolehi..
ReplyDeleteLama tak joint lawatan-lawatan macam ini.. Rindulah pula..
ReplyDeleteLawatan dari international student ke? Best best dpt berkongsi pengalaman dan pengetahuan..
ReplyDelete