Nak tahu kat mana nak dapat latte paling murah tahun 2026?
Antara 12 jenama popular di Malaysia – daripada yang bajet harian sampai yang premium gaya hidup mewah.
• Family Mart – RM4.90
• Bask Bear – RM5.90
• Ken Nguyen – RM6.00
• Koppiku – RM8.50
• ZUS Coffee – RM9.90
• Gigi Coffee – RM11.00
• Kenangan & HWC – RM11.90
• Luckin – RM13.00
• Coffee Bean & Costa – RM14.80
• Starbucks – RM17.90
Assalamualaikum,
Sapa suka coffee mesti tahu harga kopi viral dan terkini. Aku hehehehe peminat kopi kampung je tapi sesekali tekak tu degil nak merasa juga kopi mahal. Tapi sebenornya yang kat atas tu aku cuma pernah rasa kopi Starbucks je semasa belum boikot lama dolu-dolu. Masa tu nak pi Majlis kahwin Lia kat Perak kita orang singgah RnR yang ada starbucks masa tu. Mahal kooooo bila nak bayar. Order pun ikut kawan order apa. Tak pandai nak order latte la apa lah. Ni tekak orang kampung gitu. Jadi beli kerana nak merasa bila mahal tobat nasuha..... lepas tu boikot emmm memang tak jejak kaki lah.

Pernah cuba jenama Costa. Kena buat sendiri pada mesin layan diri. Hehe letak serbuk kayu manis la tapi rasa biasa.
ReplyDeletesaya teringin nak cuba minum kopi,tapi masih tak boleh,tak tahan pening kepala...boleh jadi teman je pd coffee lover
ReplyDeleteZaman² sebelum boikot dulu habis duit beli latte SB. Lepas boikot, selamatttt duhet, heheheh.
ReplyDeletekopi familymart pun sedap...
ReplyDeleteSemalam baru minum air dr coffee bean. Tp tu dpt free =D
ReplyDeleteTak silap saya 7E pun ada kopi latte jugak. Tu mcm lagi murah dri famima :D
ReplyDeleteTak silap saya 7E pun ada kopi latte jugak. Tu mcm lagi murah dri famima :D
ReplyDeleteSA paling suka Coffee Bean..sesekali je minum tapi x leh tahan kalau Kopi Saigon...hehehe...
ReplyDeletemasa kecik minum kopi pekat sarapan pagi la ni dah pantang pulak
ReplyDeleteSuka minum kopi tapi yang kampung-kampung saja hihihiii terutama Kopi Tenom.
ReplyDeletetak pernah minum ken nguyen, koppiku, hwc & costa. yang lain semua dah pernah rasa. paling love kenangan.
ReplyDeleteoo Luckin tu premier. Saya dah download apps dia tapi tak dapat beli lagi sebab biasa penuh je kedai tu. Maklumlah baru buka kat area rumah.
ReplyDeleteTerima kasih, atas perkongsian kak Notie. Saya jarang minum latte. Selalu minum kopi kosong atau americano je. Setakat ini, kopi 7-Eleven dan familymart paling murah.
ReplyDelete