Rumah pertama- Rumah Kak lela
Assalamualaikum,
Alahaiiii letak dalam draf gambar-gambar lepas tu lupa nak berceloteh. Takkan up tanpa berkata-kata gitu umpama filem charlie chaplin. Hanya pergerakan tanpa suara. Main agak-agak je ceritanya. Tapi syiok pulak tenguk filem dia dolu-dolu.
Ok lah hari Ke 2 dah penat beraya di Gersik dan Parit Sulong jadi kali ni beraya rumah adik beradik lah pulak. Iaitu pi Tangkak dan Melaka. Kak Norra pulak selepas beraya rumah adik beradik ni akan terus balik Bukit Sentosa. Jadi pagi ni selepas sarapan berkemas lah dia sampai penuh bonet kereta. Itu biasakle kalau balik kampung. Belum lagi kalau musim buah-buahan.
Kami singgah rumah Kak Lela. Kak Lela ni kiranya rumah sepupu yang rapat lah. Dulu rajin masa Aruah Ngah masih ada. Setelah Aruah Cikgu Tony meninggal pun kami masih lagi berziarah apa lagi masa kak Lela jatuh bilik air dan patah tulang pehanya. Sian kak Lela. Sekarang pun kata Elly anak dia, mak dia kadang ingat kadang lupa. Ialah dah berumur dekat 80 Tahun kan.
Kami di sajikan dengan nasi goreng yang tersalah guna beras. Orang lain yang masak orang lain yang mengoreng jadi lah nasi gorengnya terlembek sebab salah guna beras. Tapi tuan rumah dah hidang makan je lah ye.
Tenguk rupa kuih pelik je terus lah nak mencuba rasa. Sedap juga. Ada inti dalamnya tapi lupa apa inti dia. hehehe Main makan je
Kak norra dan anis merasa juadah kuih raya
Gambar candid bersama Kak lela dengan Jol dan Kak norra. Anis ni kenapa ye masa ni tak ready lagi kut.
Rumah ke 2 - Rumah Kak Jal di Tangkak
Lepas rumah Kak lela kat Taman Maharani kami menuju ke Tangkak pulak ke rumah Kak Jal. Masa ni rumah Kak jal di kunjungi adik beradik Aruah Abang Mat abang ipar aku. Adik beradik Bang Mad datang berkonvoi satu demi satu datang. Jenuh lah Kak Jal dan julie menyediakan juadah raya. Sampai petang pukul 5 baru habis adik beradik Abang Mad datang. Kak Jal pun dah lepak dan rasa macam nak demam.
Nampak julie masak makaroni hah jamah lah sikit. Sedap masakan julie. Selesai minum dan makan kita orang bergerak ke Melaka pulak.
Rumah ke 3 - Rumah Ijan di Taman Duyung Melaka
Sampai rumah Ijan macam takde orang je. Bagi salam oooo tuan rumah sedang sibuk memasak di dapur. Rumah ijan ni tahun lepas dah renovate setelah dapat keluarkan EPF dia. Jadi dapat lah luaskan hall dia yang sempit tu. Nasib baik ada kawasan sebelah jadi dapat lah besarkan rumahnya. Tapi tu lah sayang sebab Gazebo dia yang bagaikan rumah kecil melaka terpaksa di buka untuk membesarkan porch hadapan. Jadi pokok besar depan tu dia buat rumah atas pokok. Dia kata boleh lepak atas rumah pokok tu kalau tension.
Shida masak oden. Sedap sekali.
Juadah yang disediakan. Sedap ada soto maggi, lepas tu ada oden. Sambil layan cerita seram Indon kat tv depan sambil makan. Lupa tajuk apa tapi menyeramkan sebab guna sihir hitam. Orang Indonesia selalu buat cerita macam tu kan. Kalau siang boleh le layan kalau malam emm terus tutup tv. hehehe penakut bukan apa kang tak boleh tidur terbayang-bayang hantu atas rumah. hehehe
Rumah atas pokok depan rumah Ijan.
Rumah ke 4 - Rumah Adek di Taman Duyung
Ijan dan Adek beli rumah dalam satu taman tapi tak jauh antara satu sama lain.. Jadi kalau pergi Taman Duyung pergi rumah Ijan dulu baru rumah Adek. Shiba masak kuew tiow tapi kita orang makan kuih florentine yang Dewi buat serta samprit susu. Ceritanya masa raya pertama Shiba bawak le balik 2 balang kuih tersebut. Sekali masa sedang makan letak le kat meja kuih muih kat dapur tu. Sekali masa anak Kak fauziah datang ramai-ramai sekali tenguk dia orang habiskan. Kuih tu kan sedap kalau budak-budak memang suka le. Jadi bila datang rumah Adek kita orang kecek kuih tersebut nak rasa. Hah dapat le rasa air tangan Dewi anak Adek yang bungsu. Dia buat besar-besar. Ni kalau jual mesti rugi sebab besar sangat. Orang jual buat comel je dan dapat banyak.
Rumah ke 5 rumah Kak nong di Bukit China melaka
Akhirnya beraya rumah Kak nong. Kak nong kata masak mee ladna. Tapi tenguk asam pedas dia emm mengancam. Masa kita orang sampai ada nampak beberapa famili baru keluar dari rumah Kak nong nak balik. Rupanya saudara Sepupu belah aruah abang Berahim dari Sentul datang beraya. Kak nong kata macam nak pergi rumah Ijan dan Adek masa kita orang up beraya rumah siapa, sekali habis masak datang Famili dari KL. Jadi tak jadi lah nak join kami di Taman Duyung.
Selesai makan dan dah petang kononnya nak balik Bakri cepat lah tapi keluar pukul 6 lebih juga sampai kat Bakri Muar dah nak habis Magrib sebab jalan jem. Tu pun kita orang lalu jalan lama kalau lalu AMJ emm memang jem le sangkut kat traffik light.
Alhamdulillah 3 hari raya yang penuh aktivitinya. Besoknya Jol pun dah nak balik Batu Pahat dan aku nak balik KL. Buat sarapan nasi goreng China guna paste Ajinomoto yang aku beli banyak tu. Kemas barang-barang semua dan kita orang start balik tengahari. Alhamdulillah Highway Plus jalan ok walaupun banyak kenderaan. Bila mod Raya masih on ni bila nak balik KL emmm malasnya nak pi kerja. Hahaha
Aku ambil gambar juadah je untuk buat cerita. Kali ni jalan-jalan raya tak ramai anak buah aku join sama sebab masing-masing beraya ke lain tempat. Selalunya kalau ramai adalah gambar beramai-ramai.
Hah sekian lah cerita aku di Hari Raya tahun 2026.
sonok beraya rumah saudara mara erat ukhuwah moga yg sakit cepat sembuh sediakala
ReplyDeleteAlhamdulillah sis masa ni lah dapat berjumpa kalau hari lain susah nak jumpa 2 pupu saya.
DeleteAlhamdulillah seronok ziarah saudara mara
ReplyDeleteMasa raya je yang dapat berjumpa semua
DeleteRamai adik beradik dan saudara mara, seronok!
ReplyDeleteTahun ni kureng sebab ramai tak join sama ikut beraya
DeleteSemua adik beradik dan saudara belah Johor dan Melaka ya kak... seronok dapat berkumpul ramai².
ReplyDeleteHaah sebab tu dekat je muar dengan melaka. Boleh gather2 selalu
DeleteWahh rare nih makan oden kat rumah orang!
ReplyDeleteKadang ada nugget dengan sos dia yang sedap. Licin sebab budak-budak suka
DeleteTime hari raya ni lah dapat kita berziarah ke rumah saudara-mara.
ReplyDeleteBetul tu kalau tak susah dapat berjumpa
DeleteSampah hari ke3 masih padat acara ya kak 😍. Saluuut lah. Saya hari pertama saja cuma 2 rumah. Hari kedua hanya 1 rumah hari ketiga sampai skr dah back to normal, kerja beres rumah, sebab asisten mudik 😂. Tapi memang jakarta nih kalau lebaran tak seru. Hanya 2 hari ramainya. Lalu langsung normal macam hari biasa.
ReplyDeleteSaya merasakan lebaran ramai, ke rumah banyak saudara, Itu hanya saat di Aceh dulu. Kalau Aceh meriah .
Kita orang raya sebulan. Ni sebab isu masalah dunia jadi kena jimatkan jamuan raya ni tapi kalau ada orang nak buat emm kita terjah je.
DeleteAlhamdulillah..Seronok dpt gi beraya..=D
ReplyDeleteTime raya le dapat jumpa kaum keluarga
DeleteSA berkunjung rumah sedara mara sekejap aje kak...x larat nak pi beraya banyak rumah...nak plak naik kerja cepat...tudia..makan Oden tu...
ReplyDeleteNi pun mana yang sempat je ikutkan banyak juga rumah saudara area muar
DeleteSeronok dan meriah beraya ramai2
ReplyDeleteBetul tu
DeleteSeronoknya baca cerita raya Kak Notie. Tapi tu la, yg seronoknya macam sekejap aje pulak dah nak kena kerja. Patut raya sebulan, cuti pun kenalah bagi sebulan, ya tak? Hahahaha... Banyak cantik ek.
ReplyDeleteDah semua dah balik rumah masing-masing kita pun balik le ke sarang semula. Kalau raya sebulan cuti sebulan jenuh le weiiiii
Deleteselamat hari raya notie...seronok dapat beraya bersama keluarga
ReplyDeleteSelamat hari raya juga buat nieda.
Deleteseronok kan dpt jumpa keluarga dan saudara mara yg jarang jumpa, sambil mkn sambil update cerita masing-masing.. sbb tu lah sebuah rumah x dpt nk sekejap je berziarah
ReplyDeleteMemang seronok tapi sebab kadang tak ada cuti panjang mana yang sempat je
DeleteApa nama kuih yang pelik tu Notie. Tak jumpa lagi ye nama dia.
ReplyDeleteNampak bolu gulung ! Kita suka sangat bolu gulung Johor. Dulu pernah borong 100 batang di Ayer Hitam. Waktu raya, Fuad pun pernah bawa balik bolu gulung dari Johor ke LD.
Tak tahu amie sebab lupa nak tanya nama dia. Kuih moden tu. Bahulu gulong banyak kat air hitam batu pahat. Bahulu gulong memang peberet kita orang
Delete