Monday, April 13, 2026

Sumbangan kasih buat HPJ




7/4/2026 - SUMBANGAN KASIH: DARI PENGALAMAN PERIBADI KEPADA MANFAAT SEJAGAT

Hospital Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BCT Security Solutions Sdn Bhd atas sumbangan ikhlas dua unit kerusi roda jenis Felco Standard Wheelchair (PVC) bagi memudahkan urusan mobiliti pesakit. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Encik Nor Hazzuan Hassan bersama Encik Anuaruddin Mukibah kepada wakil Hospital Putrajaya, Tn. Hj. Ainal Shahrizal dari Unit Penyeliaan.
Niat murni ini bertitik tolak daripada pengalaman peribadi Encik Nor Hazzuan yang menghargai kualiti rawatan diterima anak beliau ketika mengalami kecederaan kaki di hospital ini. Sebagai tanda syukur dan keprihatinan, beliau terpanggil untuk menyumbang kembali kepada komuniti melalui penyediaan kemudahan sokongan yang baharu dan berkualiti demi keselesaan pesakit lain.
Sumbangan yang diselaraskan oleh Unit Perhubungan Awam bersama Unit Pengurusan Aset ini telah diserahkan secara rasmi untuk kegunaan di Wad 2A dan Wad 2D bagi memastikan bantuan sampai terus kepada kumpulan sasar. Inisiatif korporat yang telus mencerminkan integriti tinggi pihak syarikat dalam mendukung kecemerlangan perkhidmatan kesihatan awam. Semoga keprihatinan BCT Security Solutions Sdn Bhd menjadi pemangkin semangat buat warga hospital dan inspirasi kepada organisasi lain untuk terus menyokong wira barisan hadapan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.



Keperluan bagi Wad 2 A dan Wad 2 D


Sessi penyerahan




Terima kasih orang baik semuga lebih ramai lagi yang dapat menyumbang kerusi roda yang bagus dan berkaualiti untuk kegunaan pesakit di Hospital Putrajaya.



8 comments:

  1. Bagusnya 👍🏻
    Semoga lebih ramai yg tampil memberi sumbangan peribadi begini. Banyak manfaat kpd pesakit lain. Pahala pun dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semuga lebih banyak orang baik bagi sumbangan

      Delete
  2. Alhamdulillah, amal jariah yang akan dibawa ke alam sana. Teringat masa arwah ibu masuk wad dulu, memang banyak kali menggunakan kerusi roda yang ditampal perkataan sumbangan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga ianya juga memberi keselesaan buat pesakit yang lain.

      Delete
  3. alhamdulillah tksh penyumbang kerusi roda utk kegunaan pesakit HPJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga lebih banyak syarikat buat amalan beri sumbangan macam ni.

      Delete
  4. Alhamdulillah semoga murah rezeki penyumbang dan dapat memberi manfaat kepada pesakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah memang memerlukan sumbangan daripada orang lain buat pesakit yang lain.

      Delete