Temu Janji Manis: Pelancaran Jaja & Din dan Sandal Bunga-Bunga
Manรฉs Wordworks menjemput anda ke sebuah temu janji istimewa bersama penulis Noor Suraya dan Faziela dalam suasana santai berkelah di Taman Botani Putrajaya.
Mari berbual tentang cerita, menikmati potluck raya, dan beramah mesra bersama penulis.
๐ผ Tema: Baju Raya Bunga-Bunga
๐ 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
๐ Taman Botani, Putrajaya
๐ค Moderator: Akyelrahim
✨ Tentatif Ringkas
10:00 AM — Ketibaan tetamu & penulis
10:10 AM — Bual Bicara Santai: Kombo Bunga Cinta
10:35 AM — Sesi Interaktif: Tinta Syawal
10:50 AM — Sesi Penghargaan
11:00 AM — Jamuan berkelah & sesi beramah mesra
12:00 PM — Penutup & bersurai
๐ท Jom berkelah bersama Noor Suraya dan Faziela!
Tetamu dialu-alukan untuk membawa juadah ringan / manisan secara sukarela untuk dikongsi bersama.
Assalamualaikum,
Hari sabtu baru ni aku pergilah Bicara buku anjuran Manes Wordworks di Taman Botani. Manes Wordworks ni sebenarnya ditubuhkan oleh penulis Nir dan Lila yang merupakan bekas penulis Jemari Seni. Kiranya setelah Jemari Seni menutup tirai maka mereka bergabung menubuhkan syarikat buku tapi kiranya vibes penulis-penulis muda lah. Manakala Kak su aka penulis Noor suraya sebagai mentornya dan kadang sebagai editor.
Kali ini buku Kak su iaitu Jaja dan Din di buat cover baru dan di terbitkan semula dibawah Manes Wordworks. Selain daripada tu buku kak su yang popular macam Panggil aku Dahlia juga dibuat cover baru dan diterbitkan semula.
Oleh kerana JS sudah di tutup dan dah lama tak pi piknik sambil bicara buku dan juga Kak su akan mengerjakan haji pada tahun ini jadi bila ada peluang jumpa ni apa lagi lah aku pun join sama dengan geng ulat buku yang lain. Walaupun tak ramai tapi bila dapat berjumpa dapat menghilangkan rindu setelah lama tak jumpa dan bertentang mata.
Majlis bermula pukul 10 jadi pukul 8 lebih aku dah pi Putrajaya. Beli kuih kat Uniten sebagai juadah semasa piknik nanti.
Masa aku sampai geng ramai belum tiba jadi bila jumpa muka-muka baru ni emmm rasa macam aku dah tua dah sebab yang lain semuanya anak-anak dan adik-adik yang comel.
Nasib baik tak lama kemudian wan dan Wabbit sampai. Jadi adalah geng aku. Nirr aku kenal sebab pernah pi travel ke Turki dulu bersama-sama. Dan ada juga buku novel Nirr yang sedap di baca,
Tak lama kemudian kaksu, Yah dan Syud pun sampai. Carrie sampai lambat. Dia bawak macaroni bakar yang sedap sekali. Lia dan iejay tidak dapat hadir kerana Lia kurang sihat manakala iejay pulak hari jumaat tu jamuan Raya pejabatnya dan sudah kepenatan semasa majlis jadi bila bangun pagi tu dah rasa sakit badan. Jadi tak dapat le jumpa Lia dan Iejay. Keduanya ni penulis JS dengan NB Kara.
Acara start pukul 10 tapi sebab kak su sampai lambat, jadi lambat le mula. Baru bersembang dengan kak su dah kena panggil ke depan. Tetamu kehormat lah katakan. Tak ada Kak su majlis tidak boleh bermula.
Geng Ulat buku
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)







Waaah kalau saya dj sana teringin nak datang ๐๐. Ada beberapa penulis Malaysia yg memang saya suka. Dulu saat study di Penang saya rutin beli novel Malaysia tiap bulan, hanya supaya paham istilah2 yg biasa dipakai orang lokal. Lama2 jadi suka. Makanya tiap ke Malaysia , pasti saya beli novel di sana.
ReplyDeleteDulu kalau time pesta buku memang seronok sambil jumpa penulis sambil jumpa kawan yang minat membaca
DeleteCantik la pulak kuih bunga2 tu.
ReplyDeletecantik dan sedap. Semua memuji
DeleteAkak pun penulis juga ke ni?? Wah, dah macam fan meet pula.. sejujurnya, baca buku fizikal memang lagi syiok dari baca online...tapi, nak kena sediakan tempat menyimpan buku la pula.. hihihi
ReplyDeleteTak le tapi kami punya minat yang sama membaca novel. Betul tu sekarang banyak ebook akak kureng sikit sebab kadang tulisan yang kecil dan mata pun nampak blur semuanya. Apa lagi tarik bantal terus zzzzz. hahahaha
DeleteSeronok tgk food. Sy x pandai menulis..Tp membaca kalau free memang suka =D
ReplyDeleteAkak pun tak pandai menulis sebab tak pandai nak create konflik dan tak pandai menulis membuai perasaan pembaca. Kita tolong suport kawan penulis je
DeleteCuya rasa dulu masa JS tutup Cuya ada borong kotak harga Rm50 novel2 dia. Tak ingatlah
ReplyDeleteTapi novel tu semua Cuya jual balik ๐๐ masyukkk
Haah dulu akak pun beli bagi pada anak saudara yang kerja cikgu sebagai hadiah buat perpustakaan sekolah.
Deletewah geng² penulis ni... rare pulak tgk churos panjang mcm tu kak.. hehehe
ReplyDeleteDolu2 punya geng. Tu lah banyak sangat makanan tak sempat nak rasa churros tu.
DeleteCantiknya kuih bunga² tu. Bestnya dapat pergi event macam ni, tak kisahlah, tua ke, muda ke, tapi sy tahu semua ni mesti ulat buku, kan.
ReplyDeleteDulu masa Jemari Seni masih wujud kita orang rajin join event dia. Kaki novel masa mula-mula penubuhan dia pun kita orang rajin join bila KN lounch buku. Dapat jumpa kawan jumpa penulis dapat buku free seronok masa tu
DeleteSeronoknya...SA pun suka attend program macam ni...selain ada makan2 sedap..dapat berkongsi ilmu dan emngeratkan silaturrahim
ReplyDeleteMemang seronok sambil sembang sambil makan sambil mengeratkan ukhwah
DeleteTak aci, kak, baca belakang dulu, nak tahu ending. Hehe..
ReplyDeleteBestnya tengok banyak juadah. Seronok juga, dapat jumpa kawan-kawan lama dan dapat kenalan baru.
Aci tinggal kat rumah. hehehehe piknik sambil launch buku memang peberet kita orang
Deleteni semua geng2 ulat buku la ni? bestnya buat style potluck!
ReplyDeletekuih tu lawanyaaa, sayang nak makan. rasa mcm makan kek ke?