Monday, May 4, 2026

Menghantar Bakal Haji di Kompleks Movenpick



Assalamualaikum,

Hari Khamis 30hb yang lalu keluarga Bakri telah menghantar Bakal Haji Merina dan Kamal di Kompleks Jemaah Haji di Movinpick. Merina ni anak Kak Limah yang tua. Minggu depan pulak Adik Merina iaitu Azhar pula iaitu pada 6hb Mei ini.  Kak Limah kali ni anak dia 2 orang dapat jemputan Allah mengerjakan haji pada tahun ini. Alhamdulillah kita orang pun pergi lah menghantar rombongan Bakal Haji. 

Kak Limah pun 2 minggu juga lah duduk rumah Meria anak dia no 3.  Minggu ini anak sulong dan minggu depan anak no 2. Seronok je kan bila mendengar ada keluarga kami yang mendapat jemputan Haji. Kiranya masuk ni 3 tahun berderet kita orang hantar Bakal Haji. Mudahan Tahun hadapa nama aku pula yang Allah jemput ke Tanah suci Mekah menjadi Bakal Haji pulak. Aamiin.  


Kali ni Meri kena lapor diri pukul 4 petang. Jadi macam biasa kita orang piknik dulu kat Masjid. Oleh kerana port biasa yang kita orang selalu piknik sudah ada keluarga lain yang datang terpaksa lah mencari tempat yang jauh sikit dari orang ramai. Kat pintu D ada tempat lapang dan jauh sikir dari lalu lalang orang ramai jadi kat situ lah kami berkumpul.


Rombongan dari Batu Pahat dan Melaka yang turut hadir sama.

Aku bawak lempeng layan dengan sambal sardin dan sambal hijau tapi merah sebab cili api merah. Wah adik kamal dan isterinya yang ada bukan main terus je merasa juadah tersebut bila melihat ada lempeng. Malahan menambah-nambah lagi. 


Yang duduk atas kerusi tu Kak Limah. Sebelah dia berkopiah putih tu Bakal Haji menantu nya Kamal dan sebelahnya anak nya iaitu Merina. 




Kak jal bawak sambal dan ayam goreng kunyit. Kak nong bawak nasi himpit dan rendang juga. Meria bawak nasi dengan popia pedas. Ada juga kuih seperti cookies coklat dan brownies coklat yang Dee menantu Kak Limah bawak.

Dalam pukul 4 lebih kita orang pun bergerak ke tempat Jemaah Haji melaporkan diri.


Menunggu sementara belum tiba panggilan masuk ke dalam dewan. 


Rombongan keluarga kami.


Kalau Bakal Haji dah masuk dalam tu memang bye-bye je lah dari jauh.



Semuga perjalanan Haji Cikgu Merina dan Kamal Allah permudahkan. 

Selesai semuanya kita orang ke homestay Idaman Melur pula di Cybersouth Dengkil. Ini kerana besoknya rombongan terlajak raya pula. 


Jenuh nak masuk sini kena isi form dan akan keluar QR kod. Nanti kat pintu masuk nanti dapat pass untuk visitor. Parking pulak kat park visitor dan rumah julie pulak tu nun masuk ke dalam. 

Julie baru beli rumah dan pindah pada tahun ni. Selalunya kalau keluarga Bakri menghantar Bakal Haji port rumah Julie jadi tempat persinggahan bermalam di Putrajaya. Ni dah pindah dan tak pernah lagi ke rumahnya jadi semua pun tuju ke Homestay Julie le.


Sampai je rumah , keluarkan balik bekal makanan yang ada. Apa lagi sambung balik makan malam. Adek dan Ijan balik Melaka selepas tu. Manakala Ajed dan keluarganya tidur di hotel di cyberjaya. Malam tu rumah julie penuh dengan keluarga kami. Bilik 3 pun full. Nasib baik ada bilik air 2. Jadi bergilir-gilir lah yang nak menggunakannya.  

Besok pulak rombongan ke Bukit Sentosa dan Ampang. Terlajak raya katanya. Alang-alang dah tiba KL jadi kesempatan ini digunakan untuk ke rumah adik beradik di KL pulak.
 

3 comments:

  1. Semoga dipermudahkan perjalanan ibadah haji untuk bakal haji ...

    ReplyDelete
  2. selamat jalan duyufurrahman. semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang di sana

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. semoga dipermudah urusan haji mereka..mendapat haji mabrur..moga giliran kak Notie pula nanti..aamin..

    ReplyDelete