Thursday, May 21, 2026

Penjimatan Elektrik Tanggungjawab bersama

 

PENJIMATAN ELEKTRIK TANGGUNGJAWAB BERSAMA 💡🌍
Setiap penggunaan tenaga yang bijak mampu memberi impak besar kepada alam sekitar dan kelestarian masa hadapan. Amalan mudah seperti menutup lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan, menetapkan suhu penghawa dingin secara optimum serta menggunakan tenaga secara berhemah dapat membantu mengurangkan pembaziran tenaga dan pelepasan karbon.
Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan kecekapan tenaga dalam kehidupan seharian sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Penjimatan elektrik bukan sahaja membantu mengurangkan kos operasi, malah turut menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar demi generasi akan datang.
🌱 Tindakan kecil hari ini mampu membawa perubahan besar pada masa hadapan.
Ayuh bersama menjadi pengguna tenaga yang lebih bijak dan bertanggungjawab demi bumi yang lebih hijau dan lestari.

5 comments:

  1. Lagi dekat rumah..memang kena jimat, sebab nampak duit keluar..kalau kat pejabat tu, masing² buat tak reti je..sebab tak nampak duit yang keluar bayar bil tu .kikiki.. lagi yang duduk asrama. Orang takde pun, kipas pasang je...mentang² tak bayar bil eletrik.

    ReplyDelete
  2. jimat letrik,jimatla jugak bil nak membayornya

    ReplyDelete
  3. Dulu zaman saya masih kerja di HSBC, samalah, diminta utk staff hemat dalam hal apapun termasuk listrik. Apalagi kantor saya ada pakai lift, padahal cuma 4 lantai. JD big bos bilang, lift hanya utk staff yg hamil atau customers only 😄. Lainnya pakai tangga. Tapi memang hrs dibiasakan begitu.

    Matikan listrik saat dah pulang, naik tangga, Krn bukan buat kita saja, tp juga utk lingkungan efeknya

    ReplyDelete
  4. Aircond standard letak 24⁰ je😅

    ReplyDelete
  5. Bil eletrik sudah naik. Hanya yang bayar bil setiap bulan je yang perasan. Jimat² la kita, untuk kesejahteraan bersama. Aircond pakai fan auto. Kalau sejuk, dia tak on kipas. Bila bilik panas saja, dia on.

    ReplyDelete