Antara 4 bangunan tertinggi ni baru 2 je yang dah sampai. Yang 2 terbaru belum lagi. Tapi anak saudara aku dan team kerja dia pernah sampai kat hujung titik tertinggi Merdeka 118 kibarkan bendera. Gayat je tenguk gambar dia posing dgn bendera Malaysia sempena hari Merdeka tapi lupa tahun bila dia buat tu. Semuga Allah lindungi Hisyam anak kak jal yang bungsu dari segala mala petaka semasa bekerja. Kerja dia memang mengerunkan sebab membersihkan bangunan di mana saja team kerja dia dapat kontrak.
Masa twin tower jadi bangunan tertinggi dulu bangga lah juga. Malahan masa kawan dari indon iaitu Bunga datang Kl pernah le join geng ulat buku bawa Bunga round kl. Jadi masa naik twin tower tu jenuh datang awal dan beratur beli ticket nak naik. Masa bila dan harga ticket dah lupa. Maaf ye entah mana gambar dia mungkin masa tu guna kamera dan simpan dalam hard drive agaknya.
Kita orang sampai di area tingkat penyambung antara ke dua bangunan. Berjalan lah dan ambil gambar semasa di situ. Ada masa tertentu dan tak serentak pengunjung boleh berada di kawasan tersebut.
Lepas tu bawa Bunga ke kl tower pula. Berpusing le kat atas tu. Oleh kerana bawa Bunga berjalan kl kita orang yang hadir bersama dah macam tourist pulak. Masa tu belum ada bas hop in hop out tu kalau tak boleh naik keliling kl.
Tapi kak su pernah naik bersama yah bila kawan indon nurul datang melancong ke malaysia. Mereka bawa Nurul dan famili dia berjalan. Malahan masa trip ke turkiye juga Nurul ada join trip kami kerana anaknya Fatin belajar di sana.
Nanti nak kena jenguk juga lah 2 lagi bangunan tu.
Saya cuma lewat saja, tp tak pernah naik ke semua menara 😄😄.
ReplyDeleteLain kali kena naik boleh lihat Bandar kl dari atas
DeleteKLCC & KL Tower jela pernah jejak.
ReplyDeleteSama lah jom naik yang lagi 2
DeleteCurrently kita berada di tempat kedua dibelakang burj khalifah..
ReplyDeleteTumpang bangga
DeletePernah naik KL Tower je, KLCC dan The Exchange tu sampai kat bawah je lah.
ReplyDeleteKlcc tu jenuh nak beli ticket dia ramai orang
DeleteMemang padu anak penakan akak, Gayat betul bayangkan dia berdiri kat titik tertinggi Merdeka 118 tu. Berani sungguh. Mengimbau kenangan betul masa zaman nak naik Skybridge KLCC dulu, kena beratur dari awal pagi nak dapat tiket..sudahnya penat beratur..balik je la...sampai skrg x pernah la fikir nak naik..
ReplyDeleteAduhaiiiiii betul tu jenuh beratur nak beli ticket masuk. Akak tu je sekali dapat naik lepas tu takde lah.
DeleteSamalah kita, yang dua baru tu tak jejak lagi. Berani betul ye dia ye sampai ke puncak tertinggi tu. Kalau kita tak ketaq lutut, gigil.
ReplyDeleteTau tak pe tinggi sikit dah gayat
Delete