Monday, August 17, 2026

Trivia Merdeka - Kenali Jata Negara

Assalamualaikum
Bulan 8 ada lah bulan kemerdekaan kan. Jadi perpustakaan IKN ada buat aktiviti sempena bulan kemerdekaan ni. 

Yang pasti semuanya ini supaya tertanam semangat patriotik dalam jiwa kita. Kalau sejarah merdeka pun kita lupa tak tahu lah generasi akan datang. 

Tapi yang pasti akak aku pernah cerita zaman jepun dulu pernah makan ubi di bakar untuk jadi nasi buat alas perut. Tebang pokok sagu korek isinya buat lempeng. Sedap dan kenyal rasanya. Kat belakang rumah dulu ada pokok sagu yang besar. Bila di tebang aruah mak korek batang sagu tu buat tepung. Camne buat tak ingat sebab masih kecil tapi ingat kesedapan lempeng sagu yang aruah mak masak. 

Aruah bapak dulu pun rasanya pernah jadi polis ke askar tak ingat tapi ada dapat penghargaan lah sebab pernah berkhidmat sebelum merdeka. 

Kalau dengar citer orang lama memang kesian waktu itu. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita kena ingat tanah air kita dan berjuang demi kedaulatan negara kita. 

Betapa pengorbanan rakyat terdahulu jangan kita lupa hasilnya kita hidup aman dan damai pada masa sekarang.

Cabaran negara Malaysia sekarang kadang menakutkan kalau generasi sekarang tak menyayangi negara mereka sendiri apa yang terjadi di masa akan datang tak berani nak cakap. Semuga anak cucu kita dijauhkan dari pada musibah yang bukan2. Aamiin

Eh melalut pulak. Meh kita belajar apa maksud Jata negara kita. Jom masuk sekolah merdeka eh eh. 

22 comments:

  1. Perasan macam kurang sikit aura kemerdekaan bulan ni. Betul tu, kalau dengar cerita orang lama sangat mencabar nak survive zaman tu. Sebab tu generasi dulu sangat menghargai kemerdekaan ni.
    Beberapa hari je lagi kita nak sambut ulang tahun kemerdekaan. Bolehlah buat ulangkaji ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tahun ni sibuk duk prn hari kemerdekaan pun macam ada tak ada je. Iklan kat TV ada tapi suasana macam senyap Dan sunyi je

      Delete
  2. Tiap kali Merdeka ada je isu pasal bendera terbalik la, salah pasang la, salah cetak la. Macam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah le kadang dia orang ni macam sengaja nak provoke je adakah Di ambil tindakan atau senyap je. Yg geram tu kalau bangsa M laju je kalau lain eh eh eh kalau netizen tak viral buat senyap je

      Delete
  3. Sekarang dok sibuk SUKMA lagi... sambutan bulan kemerdekaan cam tak berapa nampak lagi. Bendera pun macam belum meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan. Sukma pun kat TV macam takde siaran langsung

      Delete
  4. Terharu baca cerita pasal lempeng sagu & perjuangan orang lama. Syukur hidup aman sekarang hasil perjuangan pejuang kemerdekaan tanah air. Agak-agak ada tak peninggalan kenangan kenang-kenangan atau pingat almarhum ayah yang masih disimpan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pingat tak ada tapi macam sijil penghargaan. Itu pun cerita dari pada kakak2 saya

      Delete
  5. Arwah parents Sy pun pernah rasa kesusahan zaman Jepun dulu. Makan ubi kayu, pisang rebus dan macam² lagi cerita sedih .... Syukur kita dah merdeka. Semoga anak² muda sedar akan pengorbanan nenek moyang mereka yg bersusah payah berjuang utk merdekakan negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kadang bila makan ubi rebus pisang rebus teringat zaman dulu susah. Ayam pun time raya je tu pun bela sendiri. Kena tangkap ayam dulu lepas sembelih cabut bulu ayam baru boleh aruah mak masak.

      Delete
  6. hargai kemerdekaan negara raikannya jiwaraga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Syukur kita telah Merdeka hidup Aman damai

      Delete
  7. Teringat zaman sekolah ada pertandingan mewarna Jata Negara. Lagi satu, bila nampak Jata Negara kat kedutaan tu, rasa macam bangganyaaa jadi rakyat Malaysia 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat London nampak kapal Mas terbang pun dah bangga

      Delete
  8. Eh kakak nya kak notie pernah merasakan zaman Jepang? Berarti lumayan jauh jarak umur yaa? Akak itu maksudnya kakak kan?

    Orang zaman dahulu, kreatifitas membuat makanan banyaak skali. Dengan terbatasnya bahan masakan , tp mereka tetap mampu membuat makanan yg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak yang tua sudah umur 80 lebih. Dia cerita masa kejadian tu dia kecil lagi. Dulu cerita zaman dahulu kala kakak yg tua rajin bercerita sekarang dia dah sakit Dan Dan banyak lupa

      Delete
  9. Waalaikumsalam Kak Notie. Hebatnya anak saudara Kak Notie! Tengok dari bawah pun dah gayat, ini kan pula berkerja kat hujung puncak Merdeka 118 tu. Semoga Allah sentiasa melindungi Hisyam dan pasukan dia semasa bertugas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin doanya. Kadang seriau tenguk dia kerja tapi dah dia minat kita doakan semuga Selamat semasa bertugas

      Delete
  10. Kena tahu dan faham Jata negara barulah boleh menghayati erti kemerdekaan.. tak gitu?

    ReplyDelete