Hari sabtu semalam kita orang ramai2 ke parit sulong nak jenguk kak Tijah. 2 minggu lepas kak tijah masuk wad sebab jatuh katil dan patah punggung nya.
Sebab pergi hari Sabtu pagi lagi pukul 7 kita orang dah gerak sebab nak pergi pasar pagi Parit Sulong. Dah bertahun tak pergi. Dulu masa aruah mak ada selalu pergi sebab aruah mak suka beli pokok orkid yang potong.
Kita orang gerak pagi supaya dapat park dekat dengan pasar. Ada jalan belah dalam dan park situ. Alhamdulillah dalam pukul 8 dah sampai dan orang berjualan sedang menyediakan jualannya.
Orang jual siput sedut tak beli sebab tak Teringin nak masak padahal ada nampak batang keladi jual dah siap potong pun.
cherry ya.
Belum sarapan jadi matanya nampak semua sedap. Jadi beli nasi lemak bungkus dengan nasi ambeng. Boleh sarapan kat rumah kak Tijah. Beli kuih sikit.
Nampak anak pokok beli anak pokok cempedak nangka dengan belimbing buluh. Pokok lama mati jadi nak ganti baru lah ni.
Kita orang tunggu sampai pukul 9.30 pagi sebab kedai yang jual mee siput lambat bukak. Kak Norra beli nak bawak balik Rawang. Aku tak beli lain kali lah.
Besar jugak buah markisa tu. Belah tengah je rasanya buah tu. Makan guna sudu. Pernah makan la dulu lama dah ingat2 lupa.
ReplyDeleteJenis buah dia kut. Tak pernah makan tu yg tak tahu. Selalu beli jus markisa je
DeleteSeronok betul pergi pasar pagi, meriah dgn pelbagai jualan. Kadang jumpa barang rare, macam ulam² kampung atau kuih muih yg jarang dapat.
ReplyDeleteBetul tu cuma kadang jualan dah moden. Tapi selalunya beli yang jarang jumpa
DeleteBuah markisa sy suka mkn mcm tu je or dgn yogurt sis =q..GWS to kak Tijah.
ReplyDeleteOh macam tu. Terima kasih doanya
DeleteSaya nampak macam-macam jenis kaktus. 😍
ReplyDeleteSemoga Kak Tijah cepat sembuh.
Akak nampak pokok orkid Dan buah buahan. Terima kasih doanya
DeleteSemoga Kak Tijah cepat sembuh dan dipermudahkan urusan rawatan 🤲 Pergi Pasar Parit Sulong pula mesti mengimbau kenangan arwah mak yang suka membeli pokok orkid. ❤️
ReplyDeleteAamiin doanya. Betul tu tapi sebab dah bertahun penjualnya pun dah lain
Deletewah banyak memborong di pekan sari
ReplyDeleteBiasa le sis pergi dengan Perut kosong semua makanan nak rasa
DeleteSedapnya buah Markisa. Lama tak jumpa. Korek isi makan dengan asam boi sedap.
ReplyDeleteOoo mesti lagi sedap layan dengan asam boi kan
DeleteBuah markisa tu buat jus air kak...sedap...fav SA tu...
ReplyDeleteTapi tu lah tak tau cara nak buat. Biasa minum dah siap bancuh
DeleteBest pergi pasar pagi ni. Macam-macam ada. Rare betul lepat bungkus macam tu. Sedap ada serondeng sekali.
ReplyDeleteSiput sedut! Kalau dekat dah beli dah ni. hihi..haritu dok teringin tapi dah dapat dah.
Buah markisa tu pernah cuba, masam ya amat. Kalau buat air tu boleh lagilah nak telan dengan syarat dengan letak air gula lah.
Bahaya pergi ramai-ramai ni, boleh terpengaruh nanti beli macam-macam. Bonet pun penuh dah tu kan. hihihi..
Lagi bahaya pergi dengan Perut lapor. Semua makanan nak Di beli
DeleteMeriahnya pasar pagi di Parit Sulung. In syaa Allah, ada rezeki dan izinkan kami hendak jalan-jalan ke Johor lagi sementara Fuad masih bekerja di sana.
ReplyDeleteDatang lah amie. Fuad kat mersing kan boleh terjah Kota tinggi kluang kulai. Batu pahat dah merata. Semuga Allah rezeki kan amie pusing Johor lagi. Aamiin
Delete