Saturday, September 19, 2026

Pasar pagi Parit Sulong Batu Pahat

Assalamualaikum
Hari sabtu semalam kita orang ramai2 ke parit sulong nak jenguk kak Tijah. 2 minggu lepas kak tijah masuk wad sebab jatuh katil dan patah punggung nya. 

Sebab pergi hari Sabtu pagi lagi pukul 7 kita orang dah gerak sebab nak pergi pasar pagi Parit Sulong. Dah bertahun tak pergi. Dulu masa aruah mak ada selalu pergi sebab aruah mak suka beli pokok orkid yang potong. 

Kita orang gerak pagi supaya dapat park dekat dengan pasar. Ada jalan belah dalam dan park situ. Alhamdulillah dalam pukul 8 dah sampai dan orang berjualan sedang menyediakan jualannya. 

Ada lepat comel je ikatan dia. Siap dengan serunding lagi. Ni wajib beli. Siap serunding lagi. 

Buah markisa tapi tak beli. Tak tahu nak makan dia camne ke buat jus air. 
Ceria warnanya dan macam2 jenis. 
Orang jual siput sedut tak beli sebab tak Teringin nak masak padahal ada nampak batang keladi jual dah siap potong pun. 


Kuih muih
Buah buahan
Pokok cherry cinonit. Comel je

 cherry ya. 
Rambang mata tenguk

Belum sarapan jadi matanya nampak semua sedap. Jadi beli nasi lemak bungkus dengan nasi ambeng. Boleh sarapan kat rumah kak Tijah. Beli kuih sikit. 

Nampak anak pokok beli anak pokok cempedak nangka dengan belimbing buluh. Pokok lama mati jadi nak ganti baru lah ni. 
Ada petai jengkol tempoyak pun ado tapi jeling je. Tangan dah penuh. 

Kak jal dah geram dengan pokok orkid tapi tak beli pun. Dok jeling je lah.

Kita orang tunggu sampai pukul 9.30 pagi sebab kedai yang jual mee siput lambat bukak. Kak Norra beli nak bawak balik Rawang. Aku tak beli lain kali lah.

Jual madu

Bonet dah penuh moh le kita pi Parit Pulai Parit Sulong Batu Pahat

20 comments:

  1. Besar jugak buah markisa tu. Belah tengah je rasanya buah tu. Makan guna sudu. Pernah makan la dulu lama dah ingat2 lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis buah dia kut. Tak pernah makan tu yg tak tahu. Selalu beli jus markisa je

      Delete
  2. Seronok betul pergi pasar pagi, meriah dgn pelbagai jualan. Kadang jumpa barang rare, macam ulam² kampung atau kuih muih yg jarang dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cuma kadang jualan dah moden. Tapi selalunya beli yang jarang jumpa

      Delete
  3. Buah markisa sy suka mkn mcm tu je or dgn yogurt sis =q..GWS to kak Tijah.

    ReplyDelete
  4. Saya nampak macam-macam jenis kaktus. 😍
    Semoga Kak Tijah cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nampak pokok orkid Dan buah buahan. Terima kasih doanya

      Delete
  5. Semoga Kak Tijah cepat sembuh dan dipermudahkan urusan rawatan 🤲 Pergi Pasar Parit Sulong pula mesti mengimbau kenangan arwah mak yang suka membeli pokok orkid. ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin doanya. Betul tu tapi sebab dah bertahun penjualnya pun dah lain

      Delete
  6. wah banyak memborong di pekan sari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa le sis pergi dengan Perut kosong semua makanan nak rasa

      Delete
  7. Sedapnya buah Markisa. Lama tak jumpa. Korek isi makan dengan asam boi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo mesti lagi sedap layan dengan asam boi kan

      Delete
  8. Buah markisa tu buat jus air kak...sedap...fav SA tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tu lah tak tau cara nak buat. Biasa minum dah siap bancuh

      Delete
  9. Best pergi pasar pagi ni. Macam-macam ada. Rare betul lepat bungkus macam tu. Sedap ada serondeng sekali.
    Siput sedut! Kalau dekat dah beli dah ni. hihi..haritu dok teringin tapi dah dapat dah.
    Buah markisa tu pernah cuba, masam ya amat. Kalau buat air tu boleh lagilah nak telan dengan syarat dengan letak air gula lah.
    Bahaya pergi ramai-ramai ni, boleh terpengaruh nanti beli macam-macam. Bonet pun penuh dah tu kan. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi bahaya pergi dengan Perut lapor. Semua makanan nak Di beli

      Delete
  10. Meriahnya pasar pagi di Parit Sulung. In syaa Allah, ada rezeki dan izinkan kami hendak jalan-jalan ke Johor lagi sementara Fuad masih bekerja di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang lah amie. Fuad kat mersing kan boleh terjah Kota tinggi kluang kulai. Batu pahat dah merata. Semuga Allah rezeki kan amie pusing Johor lagi. Aamiin

      Delete