Monday, October 21, 2024

Konvensyen Rekod Perubatan tahun 2024

 


Assalamualaikum,

Bulan september yang lalu satu konferen yang melibatkan Rekod Perubatan telah diadakan di Hotel Tamu KL. Tuan rumah bagi konferen tersebut adalah JKWP dan HKL. Sepatutnya JKN Johor tapi ada sebab-sebab teknikal terpaksa diubah ke KL. Dan akhirnya ianya dapat di adakan dengan jayanya. Konferen tersebut melibatkan staff di ibu pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital. Selama 3 hari 2 malam berkampung lah mereka satu malaysia di Hotel Tamu. 

Friday, October 11, 2024

Sambutan Maulidur Rasul di HPJ

 


Assalamualaikum,

Ni sebenornya majlis berlangsung pada bulan September yang lalu. Jadi hari jumaat yang mulia ini marilah kita berselawat banyak-banyak kepada Nabi Muhammad SAW.  


Acara selingan adalah tetamu jemputan yang memperdengarkan bacaan Al - Quran yang sungguh mendayu-dayu suaranya. Sedap suara qari tersebut.



Lepas tu kita orang berselawat beramai-ramai.


Setelah acara tetamu jemputan selesai di ada kan Tokoh lelaki Maulidur Rasul yang begitu banyak memberikan perkhidmatan di Hospital. Macam-macam aktiviti yang telah dijalankan sepanjang berkhidmat di Hospital Putrajaya. 


Ini pula Tokoh wanita Maulidur Rasul. Pegawai di bahagian IT yang banyak berjasa sepanjang perkhidmatannya.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan para hadirin balik mendapat berkat makanan tengahari. 


Tuesday, October 1, 2024

Tuesday, September 24, 2024

Memori Maulud nabi di Johor

Masjid Sultan Ismail - masjid yang indah di Bandar Muar bandar Diraja


Assalamualaikum,

16hb yang lalu kan Hari Malaysia dan juga Hari Kelahiran Nabi Muhamad SAW. Kiranya cuti serentak dan 2 sambutan. Hari selasa Jabatan Kerajaan kerja lah sebab tak dapat carry forward cuti lagi satu , rupanya Jabatan Swasta dapat cuti rupanya. Ini kawan yang beritahu bila nak ke bank atas urusan bila datang tenguk Bank cuti. wah orang swasta bila orang kerajaan naik gaji bising tapi bila depa dapat cuti kita orang tak bising pun. hehehehe  saje je nak gempak. 

Monday, September 23, 2024

Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera


 Kepada semua warga KKM dan juga bukan warga KKM,

Anda dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Putrajaya 2024 pada 28 hingga 29 September di Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya.

Pelbagai aktiviti menarik dan cabaran bersama selebriti/ pempengaruh seperti Achey, Bell Ngasri, Mekyun dan ramai lagi menanti anda. Kita jumpa di sana!



Jom lerrrrr ada Barkoba tu