19/5/2025- 23/5/2024 2ND SLEEP LAB HOSPITAL PUTRAJAYA WORKSHOP 2025
19/5/2025- 23/5/2025 2ND SLEEP LAB HOSPITAL PUTRAJAYA WORKSHOP 2025
Sebagai salah satu institusi yang berpengalaman, justeru adalah menjadi tanggungjawab Pusat Kajian Tidur atau Sleep Lab Hospital Putrajaya untuk mengambil inisiatif menganjurkan bengkel ini bagi memberi pendedahan yang umum kepada pegawai perubatan dan paramedik yang berminat atau yang baru berkecimpung dalam bidang ini.
Bengkel ini merupakan inisiatif Jabatan Otorinolaringologi Hospital Putrajaya dengan kerjasama Persatuan Pakar Hospital Putrajaya untuk memperkukuhkan keupayaan profesional dalam bidang kajian tidur – terutamanya dalam penguasaan teknik Polysomnography dan PAP therapy.
Isu kesihatan seperti Obstructive Sleep Apnea bukan lagi isu kesihatan pinggiran. Ia memberi kesan kepada kualiti hidup, prestasi harian, dan kesihatan jangka panjang pesakit. Oleh itu, kursus ini memberi penekanan bukan sahaja kepada aspek teori, tetapi juga pendekatan praktikal yang membolehkan peserta mengendalikan prosedur dengan lebih cekap dan berkeyakinan.
Adalah menjadi harapan Jabatan Otorinolaringologi bahawa kursus ini menjadi permulaan kepada usaha yang lebih besar – iaitu melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu mengembangkan perkhidmatan kajian tidur ke seluruh negara. Jabatan Otorinolaringologi amat berharap agar satu hari nanti, pusat-pusat kajian tidur yang lengkap dan berfungsi dapat diwujudkan di lebih banyak hospital kerajaan, terutamanya di negeri-negeri yang masih belum mempunyai akses yang cukup terhadap rawatan ini.
Jutaan terima kasih kepada YBrs Dr Rashidah Binti Yasin, Consultant Internal Medicine and Respiratory Medicine, Sleep Medicine Specialist, di Oriental Melaka Straits Medical Centre, YBrs Mr Kugan Raman, Otorhinolaryngologist di Hospital Cyberjaya dengan special interest in Sleep medicine and Sleep surgery, YBrs Ms Farah Hani Binti Hasan, Otorhinolaryngologist dari Hospital Kuala Lumpur dengan special interest in Sleep medicine and Sleep surgery yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam sesi ceramah mereka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs Dr Suraya binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya, diiringi oleh YBrs Dr Hariati binti Jamil Timbalan Pengarah Perubatan I Hospital Putrajaya, YBrs Dr Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II Hospital Putrajaya dan YBrs Dr Nur Zulaikha binti Nordin Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan 1 Hospital Putrajaya.
Ala semua dah nakn tidur ke
Penceramah jemputan
Pakar dari Hospital Cyberjaya
Para peserta tekum mendengar ceramah yang diberikan.
Penceramah daripada Hospital Kuala Lumpur
Semua yang terlibat.
Kiranya Bengkel kali ke 2 ini di buat supaya banyak para medik dan Pegawai Perubatan mengetahui lebih banyak lagi mengenai bidang kajian tidur. Sekurang-kurangnya lebih banyak pakar dapat di wujudkan mengenai penyakit yang dihadapi oleh pesakit semasa tidur dan juga kajian tidur ini.










Ada dapat bantal free x kak? kan best kalau dapat doorgift bantal yg memudahkan org tidur tu
ReplyDeleteTAk ada le..... hehehe
DeleteWahhh..Bagus ada bengklel2 gini. Tambah ilmu pengetahuan =)
ReplyDeleteINi untuk menambahkan pengetahuan para medik dan Pegawai Perubatan
Deletengantuk tak masa bengkel? ehehe
ReplyDeleteNi Doktor Perubatan dan para medik je yang hadir. Kita cuma war-warkan.
DeleteBanyak benda dipengaruhi oleh kualiti tidur kita ni kan, kak.
ReplyDeleteBetul tu. Sebab tu bila orang tak cukup tidur hah jangan di usik bagaikan rimau nanti dia mengamuk
DeleteAdakah bengkel sebegini dibuka kepada orang awam?
ReplyDeleteBengkel ini diadakan untuk mempertingkatkan ilmu staf perubatan. untuk orang awam belum ada lagi.
DeleteMenarik perkongsiannya. Terima kasih Notie, bagi tambah ilmu kamim yang di luar KKM ini.
ReplyDeleteSaya pun baru tahu amie. Rupanya tidur pun boleh kena admit untuk disiasat. hehehe
DeleteMenarik workshopnya. Dan pasti nya banyak ilmu yg didapat dari sini kan
ReplyDeleteIlmu untuk menambahkan pengetahuan
Deleteprogram ilmu bermanfaat
ReplyDeleteBetul tu sis
DeleteMenarik program dan perkongsiannya.
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteSemoga workshop berjalan lancar dan bermanfaat untuk semua yang terlibat 👏✨
ReplyDeleteDah lama berlalu saya baru nak bergosip dalam blog. hehehehe
DeleteHaha comelnya gaya nak tidur tu
ReplyDeleteKalau tidur betul lagi syiok. hehehehe
Delete