Tu dia datang lagi. Alhamdulillah rezeki warga HPJ.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga HPj
Bulan yang penuh keberkatan tiba lagi. Bagi menyambut kehadiran bulan mulia ini, Surau Ibnu Sina Hospital Putrajaya dengan sukacitanya membawakan Program Ihya’ Ramadan 1447H/2026M yang menfokuskan pengisian rohani dan ukhuwah kita semua.Pelbagai pengisian menarik telah disusun sepanjang bulan ini untuk kita sama-sama rebut fadilatnya:
Tadarus Al-Quran: Setiap Isnin hingga Khamis (1.00 - 2.00 petang) di Auditorium HPj bermula 23 Februari ini.
Kongsi Rezeki: Agihan juadah percuma setiap hari Selasa (3.00 petang) di Ruang Legar Pentadbiran.
Majlis Ilmu & Ibadah: Termasuk Forum Ambang Ramadan, Ceramah Nuzul Quran, serta Majlis Berbuka Puasa & Solat Tarawih.
Majlis Khatam Al-Quran: Sebagai kemuncak program pada 17 Mac 2026.Dijemput semua bersama-sama mengambil peluang ini untuk mengimarahkan bulan Ramadan di samping menjalankan amanah khidmat bakti di hospital yang kita cintai ini.
Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua.
Sekian, terima kasih.
Surat Email Post Master HPJ
Ni pulak program mengimarahkan bulan Ramadan.
Alhamdulillah bulan Ramadan pun HPJ banyak aktiviti yang akan dijalankan. Semuga program macam ni diadakan pada setiap tahun. Banyak fadilat dan ukhwah warga HPJ semakin bertambah erat.
Lepas ni Majlis Hari raya pulak. Hari tu dah meeting besar untuk menu raya dan tema. Masa kejadian Pn Mar wakilkan aku sebab aku cuti. Macam biasa tiap tahun geng Rekod join group laksa. Pentas Bahagian kejuruteraan yang buat.
Dengar cerita nak buat kat Parking lot sebab luas. Kat area LG ni sempit bila banyak booth ada dan juga orang ramai. Berlaga badan bila nak ambil makanan. Tang tu tak pasti lagi camne. Nanti ada meeting kedua untuk finalise kan Jamuan Hariraya HPJ.


Meriah. Hidup sahaja suasana Ramadhan.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada je aktiviti yang dibuat
DeleteAlhamdulillah...seronok tu..kdg² menu sama je untuk unit yang sama..hihihi
ReplyDeleteNi semua dapat.
DeleteMesti havoc ni, semua dept berganding bahu
ReplyDeleteAlhamdulillah staff HPJ semua onzzz
DeleteHidup suasana Ramadan Di Hospital Putrajaya ye kak..mesti meriah...aduhai kuih2 tu semua...sedapnyaaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki Ramadan
Deletealhamdulillah program bermanfaat meniti Ramadan
ReplyDeleteTahun lepas dah ada alhamdulillah tahun ni ada lagi
DeleteProgram untuk staff lah eh kak..
ReplyDeleteHaah yang ni untuk warga HPJ.
DeleteProgram Ramadan di Hospital Putrajaya ini kelihatannya penuh kegiatan yang bermakna dan bermanfaat. Bacanya bikin ikut merasa hangat tentang bagaimana kegiatan itu bisa bantu pasien dan keluarga selama bulan puasa.
ReplyDeleteAktiviti ini mengimarahkan Bulan Ramadan.
Deletebest vibe keja di putrajaya, meriah lain macam, planning utk raya pun dah ada ye... tp yg best hospital ni selalunya ada bazaar sendiri jugak bila ramadan.. en suami selalu mmg shopping di bazaar hospital je utk bawa balik rumah, x payah nk singgah mana² lagi terus je balik rumah
ReplyDeleteDulu-dulu ada event mesti ada jualan makanan. Tapi katanya sejak pengurusan aktiviti berubah orang jualan makanan dah kurang. Masa saya baru pindah emm macam-macam ado. Sekarang ni kita orang bertumpu kat jualan setiap rabu dan jumaat di IPD Putrajaya. Kat Hospis pun ada je jualan macam-macam untuk keluarga yang menjaga pesakit.
Deletemeriah program di HPJ ni macam2 ada. syoknya kalau dapat bertugas di sana.
ReplyDeleteBahagian pengurusan kena aktif dengan pelbagai aktiviti dan ada staff yang suka melaksanakannya. Kadang kita je suka tapi orang lain tak minat tak jadi lah.
DeleteSemoga program macam ni dapat menghidupkan lagi suasana Ramadan dan menyebarkan kebaikan kepada semua. Moga usaha murni ini diberkati dan dipermudahkan 🤲✨
ReplyDeleteAamiin
DeleteProgram yg bagus utk eratkan hubungan sesama staff :D
ReplyDelete