Sunday, May 17, 2026

Pengukuhan Kemudahan Mobiliti di Hospital Putrajaya

 


17 April 2026 – Pengukuhan Kemudahan Mobiliti di Hospital Putrajaya

Hospital Putrajaya hari ini menerima sumbangan bermakna berupa 13 unit kerusi roda heavy-duty (bariatrik) model Movzy X2 bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselesaan pesakit. Majlis penyerahan ringkas telah disempurnakan oleh Dr. Siti Alia binti Eliza, mewakili pihak penyumbang yang memilih untuk kekal anonim, kepada Dr. Nur Zulaikha binti Nordin. Selaras dengan prinsip akauntabiliti, proses sumbangan ini telah diselaraskan sepenuhnya oleh Unit Perhubungan Awam dan Unit Pengurusan Aset mengikut Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan yang sedang berkuat kuasa bagi memastikan setiap unit direkod dan diselenggara dengan sempurna.
Daripada 13 unit yang diterima, sebanyak 5 unit telah diagihkan ke Jabatan Kecemasan (ED) untuk kegunaan segera, manakala unit selebihnya disalurkan ke wad-wad mengikut keperluan seperti Wad 4A, 3C, 2D, 9A, 10A, serta unit L&D dan Daycare. Terima kasih kepada pihak penyumbang atas keprihatinan yang sangat luar biasa ini. Semoga kemudahan tambahan ini dapat melancarkan lagi urusan rawatan dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga Putrajaya yang memerlukan.












Assalamualaikum,

Ni kejadian berlaku pada bulan April yang lalu. Terima kasih pada penyumbang dan dapat kerusi roda baru buat pesakit. Alhamdulillah pesakit dapat kerusi baru. 


19 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga dipermudah urusan si penderma

    ReplyDelete
  2. Maksudnya, orang awam pun boleh buat sumbanganlah ya?
    Besar jasa penyumbang beri manfaat kepada ramai pesakit. Sedekah jariah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Boleh contact admin Hospital kalau nak menyumbang. Banyak pahalanya sebab ramai orang yang mengunakannya selagi tidak rosak pahal mengalir selagi digunakan.

      Delete
  3. Terbaik! Memang sangat diperlukan kerusi roda jenis bariatrik/heavy-duty ni di hospital untuk keselesaan pesakit yang memerlukan. Bagus pihak hospital cepat bertindak agihkan terus ke Jabatan Kecemasan dan wad-wad terlibat. Terima kasih penderma dan terima kasih Kak Notie atas perkongsian info murni ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada penyumbang. Sekarang banyak kerusi roda yang lagi changgih di bandingkan yang lama. Alhamdulillah bagus juga buat pesakit di hospital

      Delete
  4. Semoga pahala penderma2 mengalir seperti air zam2.

    ReplyDelete
  5. alhamdullilah, terima kasih buat yang menyumbang, besar ganjaran buatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih penyumbang. HPJ memang memerlukannya

      Delete
  6. nampak kemas kerusi roda utk kegunaan pesakit

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. semoga bertambah baik hari demi hari untuk kegunaan mereka yang memerlukan, in syaa allah

    ReplyDelete
  8. Semoga melimpah ruah rezeki penyumbang.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, ramai yang mendapat manafaat atas sumbangan yg amat berguna ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahala berganda-ganda selagi orang ramai mengunakannya.

      Delete
  10. Masya Allah... semoga pahala sentiasa mengalir kepada penyumbang bila kerusi roda yang disumbangkan sentiasa dimanfaatkan oleh pengguna.

    ReplyDelete