Monday, December 6, 2021

Resepi Gaya baru - Lukisan

 


Assalamualaikum,

Hari ni makan apa ya.... hah ni ada resepi masakan. Simple tapi menarik gitu.

Alkisahnya tersebut lah kisah eh.... hehehehe  entah masa bila tah aku ternampak le dalam Fb gambar resepi cara baru. Dah asyik lalu lalang je kat wall aku atau ada kawan kenalan yang share tu yang aku ternampak tu.

Sunday, December 5, 2021

Senyumlah Kuala Lumpur - Alleycats

 

 
 
 
Assalamualaikum,

Apa khabar semua.  Baru-baru ni KL menang lawan JDT. Hah hari jumaat lepas dapat le cuti Menteri Wilayah Persekutuan bagi cuti.  Hah apa lagi seronok le kami warga putrajaya dapat tempiasnya.

Walau pun aku penyokong JDT dan JDT kalah untuk mempertahankan piala Malaysia edisi ke 100 tu apa pun bola tu bulat ye dan adat permainan ada kalah dan ada menang.  Mungkin kali ni rezeki KL dan bagi JDT anggap lah bukan rezeki pada tahun ini. Apa pun kena post mortem balik permainan kenapa boleh tewas. Cuma tak suka je fan-fan bola ni kadang eksyen sangat dengan team mereka. Komen kadang-kadang cam bola tu dibawah kuasa dia je seolah-olah mereka yang menentukan kemenangan team mereka. Hish Padahal main bola ni biarlah dengan semangat kesukanan gitu. eh aku ni lebih-lebih pulak komen. Sori ye. 

Aku tak layan sangat bola ni sebab tak tahan bila tenguk bola boleh kena sakit jantung. Jadi nak selamat hah tenguk besoknya eh bukan tahu resultnya je esok. hehehehehe teruk nau. Padahal aku dulu sport gegel tau. Hoki player sekolah dengan netball rumah. 

Apa pun senyumlah Kuala Lumpur


Ps...bila dengar lagu ni teringat memori daun pisang semasa sambutan hari merdeka. Jeling-jeling mata dengan budak VI semasa latihan pancaragam di padang vokasional setapak. hehehehe so enjoy  

Tuesday, November 30, 2021

KL - JB - Tumpat - KB - KL Hari ke 3 Pantai Senok

 



 Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah kenyang kan. Gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati. Jom kita ronda-ronda lagi ke tempat lain.

Kali ni kami ke Pantai Senok. Pentai senok ni jadi viral sebab pokok dia yang di tanam di pesisiran pantai dah rupa ala-ala kat Pulau Nami di Korea je. Tu yang semangat kami nak pergi nak tenguk macamana tempat tersebut. Bila wan kata dia pun tak pernah sampai hah apa lagi terus je kami kata jom lah. 

Wednesday, November 24, 2021

KL-JB-Tumpat-KB-KL Hari Ke 3 Kopitiam Kita

 



Assalamualaikum,

Pagi ni untuk sarapan wan akan jemput kami dalam pukul 8 lebih lah. Jadi setelah kemas barang-barang semua sebab tengahari ni kami dah nak check out dari hotel. Petang ni nak balik KL. 

Sementara menunggu wan sampai kita orang jenguk lah Pasar Siti Khatijah. Tapi pasar belum buka sepenuhnya. Tapi sempat lah naik ke tingkat 1 walaupun masih banyak kedai belum buka. Iejay nak cari rempah bubur Asyura tapi rempahnya sudah habis.

KL - JB - Tumpat - KB - KL Hari ke 2 Waqaf Che Yeh

 


Kl-Jb-Tumpat-Kb-Kl-Hari 2 Dinner di Restoren Ikan bakar dan Thai Street Food

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur memang kenyang sungguh malam ni. Dah le sedap. Akhirnya kami pun sampai di Waqaf Che yeh. Tempat shopping yang happening di waktu malam di Kota Bharu.

Kita orang pun cari parking. Lepas tu sessi jalan-jalan sambil cuci mata nak melontar. Macam-macam ado ya. Kak nong siap suruh belikan baju kelawar. Emm akak aku tu sempat je mengirim barangan bila nampak status whatsup aku pi jalan-jalan kat KB. 

Monday, November 22, 2021

Kl - JB - Tumpat - KB - KL Hari 2 Dinner di Restoren Ikan Bakar & Thai Street Food

 


Kl-Jb-Tumpat-Kb-Kl-Hari ke 2 kb street hotel

Assalamualaikum,

Dah  lepak-lepak dan mandi dengan nyamannya, kita orang pun bersiap-siap nak keluar. Aku ingatkan nak cari makan depan Pasar je sekali bila turun bawah eh naik kereta. Masa ni lah Anim perasan pintu belakang belah kiri ada calitan cat warna putih. Aduhaiiii Kita orang pun rasa terkejut. eh bila masa kena cium  ni. Dahle kereta baru. Berkilat lagi beb warna cat hitamnya bila ada warna putih memang nampak le. Iejay dok gosok-gosok tak hilang juga. Aku pun dah cuak bila masa le kena hentam ni. Sebab masa kat pengkalan kubur lagi takde pun benda tu semua. Terus aku teringat yang petang masa tengah jem kat traffik light tu aku ada perasan satu kereta putih dok himpit rapat-rapat. Nampak gaya macam bengang bila Iejay menyelit potong barisan depan dia tanpa beri signal. Bila dah macam tu aduhaiiii risau juga ni. 

KL-JB-Tumpat-KB-KL Hari ke 2 KB Street Boutique Hotel

 


Kl-Jb-Tumpat-Kb-Kl-Hari ke 2 pengkalan kubur

Alhamdulillah,

Selesai je melontar di pengkalan kubur kami pun menuju ke Kota Bharu. Kalau ikut plan asal nak pi ke Pantai Senok tapi bila masuk kota Bharu je jalan jem jadi terpaksa tukar plan. Terus je check in Hotel yang kami dah booking.

Hotel tersebut sebenarnya dekat dan sebelah je dengan Pasar Siti Khatijah tapi jalan nak masuk ke situ tu macam lalu jalan belakang. 2 kali kami meronda nak cari jalan masuk dan park depan Hotel.

Pakai waze tau je lah sekejap ke sana sekejap ke sini. Ngeri juga tenguk Iejay memandu sebab bila tukar lane je dia main masuk je.  Aku ada perasan ada satu kereta putih macam marah kat kita orang bila menyelit tanpa beri signal. Perasannya sebab dia macam menghimpit rapat-rapat kereta sewa kami. Tapi ingatkan takde apa-apa lah.

Akhirnya sampai lah hotel tersebut. Hotel tersebut berada di tingkat 1. Aduhaiiii nak bawa beg naik tangga memang azab le. Tapi bila masuk bilik terus seronok. hehehehe

Biliknya luas dengan katil double n single. Lepas tu berdepan dengan Pasar Siti Khatijah pulak tu. Memang nampak orang lalu-lalang depannya. Tapi masa kami sampai pasar dah nak tutup. Jadi besok lah cadangannya nak menyinggah.


Depan bilik kami hah nampak tu....orang berniaga. 


Aku tak pasti orang ni meniaga apa. Nampak macam sotong kering je. Tapi yang menarik minat aku ialah benda alah yang macam mesin perah getah je. Tapi jenis yang kecil le.  


Skodeng lagi apa yang berlaku di hadapan jalan depan Pasar siti Khatijah. Nampak bila malam semakin larut terdapat gerai jualan di tepi jalan disaiapkan oleh penjaja. Yang kami nampak jual baju-baju. 




Hah nampak tak cermin tingkap tapi tak boleh buka depan bilik kami yang mengadap pasar Siti Khatijah. Aku suka skodeng tenguk orang luar tengah buat apa. Tapi malamnya kami tarik le langsir tu. Takut nanti cik Pon pulak menjengah depan mata. hahahahaha


Kaunter Penyambut tetamu tu depannya tangga. Jadi bila masuk je jumpa lah sesiapa yang berada di kaunter.

Terdapat meja kecil di tengahnya. Dan ada sofa sebelah kanan. Ni kiranya pengunjung boleh lepak buat air panas ke air sejuk. 


Nasib baik bilik kita orang aras 1 je. Kalau kena naik lagi huhuhu bercinta tau nak heret beg.  Hah kat sanun tu ada meja diletakkan cawan dan pinggan. ada roti juga. kalau ada sesiapa lapar tengah malam boleh lah buat air panas cecah biskut ke roti ke. 

Tiada sarapan pagi disediakan tapi dia ada letak sedikit bahan nak buat air jika kehausan di tengah malam ke. hehehe  Ada penapis air coway serta peti sejuk. 

Kuih muih yang aku bawa serta cookies yang tak luak almaklumle semuanya diet aku bagi je kat adik kaunter tu. Mana tahu ada penginap lain yang nak lepak ada lah makanan nak makan. 

Kita orang dah dapat bilik hah apa lagi lah lepak. Mandi dan siap-siap nak cari makan malamnya.



Thursday, November 18, 2021

KL- JB - Tumpat - KB - KL Hari ke 2 Pengkalan Kubur

 


Kl-Jb-Tumpat-KB-KL-Hari ke 2 kedai Makan Kak Pah Abe Lah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah perut sudah kenyang hah apa lagi terus le ke tempat bebas cukai di Pengkalan kubur. Nak cuci-cuci mata dan menyoping.  Kiranya tempat ni macam pi padang besar juga lah tapi kat padang besar tu kalau nak soping coklat kena pi Mall dia kat The zon kalau tak salah. Tapi kat sini ada 2 kedai macam mall yang ada jual coklat macam-macam jenis.

Selalu aku kirim kawan yang balik Kelantan kalau dia pi Pengkalan Kubur.  Jadi kali ni bila Yatt balik Kuala Krai aku tak kirim lah sebab nak pergi sendiri. Tapi aku lupa nak menuntut ilmu sorokan barang lontaran...hahahahaha rupanya ada ilmu sorok barang lontaran. Adehaiiii Dah sudah shoping baru tahu. 

Jadi bila masuk pintu masuk kawasan tersebut kita orang cari tempat park kereta. Rupanya ramai juga orang yang datang sebab hari Ahad.  Mungkin shopping sebelum balik tempat masing-masing setelah bercuti balik kampung. 

Pusing punya pusing dapat park dekat dengan pintu masuk. Apa lagi dah dapat park kereta jom kita shoping

Jalan punya jalan tiba-tiba kami nampak kedai PKT Enterprise Sdn Bhd tu. hah apa lagi lah bila nampak ada macam-macam jenama coklat.


Nampak ni.....macam-macam jenis coklat Kisses...rambang mata aku...hahahaha



Lagi lagi coklat


hah lagi-lagi coklat


Yang ni comel sebab tinnya kecik apa lagi aku nampak warna biru. Ada perisa ya. Yang warna biru muda tu perisa durian. Aku rembat 1. Yang biru tua tu lupa nak tenguk perisa apa. Kata iejay kalau nak beli ni kena gumpal dengan baju takut beg kena humban nanti tin boleh jadi kemek.


Yang ni dah biasa....saje je tayang-tayang gambo. hehehe


Yang kisses tu ada kawan kirim nak yang almond yang warna kuning. Hah ko sekali 6 paket aku beli sebab ingatkan member nak 3 rupanya satu aje. Yang 3 lagi tu aku ambil jenis lain-lain sebab nak rasa.
Lepas tu ambil mars 2 paket dengan snickers 2 paket.  1 paket ada pack kecil-kecil dalamnya. Coklat yang segi tiga tu ala coklat toblerone tu aku ambil 3. Lepas tu satu paket jenis kecil. 

Masuk dalam  bakul seronok je  tapi lepas tu bila tenguk penuh hah ambil yang penting je tapi bila bayar hah ko hampir Rm200 lebih. hah sudah belum apa-apa dah habis kat coklat je almaklumle anak buah aku kan ramai. Kita orang bertiga habis juga duit kat situ. Anim pun hampir Rm200 juga. 

Cepat-cepat keluar dari situ dan tenguk yang lain pula. 

 Jalan dan jalan sambil Iejay menyinggah apa yang dia nak beli. Nampak le kios ni. Milo kepal...ramai yang menyinggah mesti sedap kan.


Macam-macam baju bajan ada di jual.Masa ni aku dan anim dah tak larat. Duduk le menunggu Iejay shopping. Lagi pun tangan kami dah berat sebab sarat beli coklat tadi. Kita orang dah tak beli apa saje je menunggu Iejay...tapi tunggu punya tunggu eh Iejay kemana ni.  Tadi nampak masuk sebuah kedai bila di tenguk tak ada. Call Iejay dia kata kat kedai yang ada signage BSN tapi kita orang tak nampak pun.

Akhirnya kita orang pun ambil keputusan balik ke kereta untuk simpan barang-barang. Tapi sementara nak sampai ke kereta tu nampak le orang menjual gajus dan macam-macam kekacang. Kacang cerdik pun ado. Aku pun beli gajus yang ada macam-macam jenis. Pack sebungkus rm10. Beli 3 jenis dengan sejenis lagi macam sotong kering tapi di hiris halus-halus.


Bila tenguk ni teringat kat Padang besar....macam-macam jenis.

Sampai kat kereta tunggu lah Iejay habis menyoping.  Rupanya masa Iejay lalu depan kita orang boleh tak perasan.  dok kyusuk melihat orang menyoping.  Iejay sampai je terus kami semua humban barang lontaran dalam bonet . Lepas tu cari surau. Selesaikan Solat jamak semuanya.

Selesai semua kami pun terus lah keluar dari tempat tersebut. Tak boleh lama-lama nanti rabak poket. hehehehe


Comel pulak mainan budak-budak dah macam selipar lah pulak. 



Masa nak sampai pintu gate keluar baru nampak kedai ni. Rupanya kedai ni lagi banyak coklatnya. Sebab Iejay sudah pusing satu kawasan. Dia masuk sini juga. Kita orang tak nampak dan dah malas nak keliling kawasan tersebut. Kawan Kelantan yang selalu kirim coklat rupanya dia beli kat kedai ni. Tapi dah beli yang awal...ok lah janji dah borong coklat.

Sekali masa kat pintu keluar rupanya kastam check bonet kereta masing-masing. Masa beratur nak lalu kastam nampak le satu demi satu kenderaan kena buka bonet kereta. Tapi orang depan kami sekejap je dah lepas. Sekali bila sampai kat kita orang cam biasa le buka bonet. Iejay pun turun buka bonet. Kastam perempuan tu nampak le bagasi kami yang melambak sana sini. Lepas tu beg plastik coklat yang kami campak je kat bonet belakang eh letak le. Sekali dia tanya resit mana nak tenguk resit.

Ah sudah nasib baik aku simpan resit coklat yang aku beli dan dengan jujurnya cakap harga. Tapi Anim dah gelabah sebab dia lupa letak mana tapi dia ingat le berapa harga coklat yang dia beli. Dia ingat dalam plastik barang yang di beli tapi bila di check takde. Lepas tu yang iejay kata dia beli dalam Rm 100.

Sekali kastam perempuan tu kata hah masuk dalam pi kat kaunter. Terpaksa lah Iejay turun dan bawa resit belian. Sampai kat kaunter huhuhu kita orang kena tax Rm50. Alahaiiiiii kita orang kena tax Rm50 sebab beli coklat dalam harga Rm500 untuk 3 orang.

Bila aku tanya member yang selalu beli camno nak elak cukai....dia tak jawap. Masa cerita dengan wan , dia kata yang kena tax selalunya coklat dan periuk belangga. Patutnya kita orang jangan letak semua dalam bonet, sorok kan dalam beg ke apa.

Bila bercerita dengan member opis kelantan Yatt camno nak elakkan barang lontaran. Rupanya kalau dengar cerita dia lagi le best....Selalu pergi dengan keluarga....hah dia letak barang yang nak di tenguk je oleh kastam. yang lain semuanya selit kat tempat anak le, letak bawah kaki lah, selit dalam beg lah huh macam-macam cara rupanya.

Kita orang bengang sebab tak sangka kena cukai....huhuhu almaklumle tak reti nak sorok barang. Tapi apa pun pada kami memang nasib tak baik le tapi nak buat camno redho je. Kita orang pun teruskan perjalanan ke Kota Bharu.  


Wednesday, November 10, 2021

KL - JB - Tumpat - KB - KL - Hari ke 2 kedai Makan kak Pah Abe Loh

 



Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat kereta sewa je apa lagi Iejay pun set waze. Katanya nak cari makan tapi kedai apa aku tak pasti masa tu. Jadi kita ikut je lah cik waze jalan-jalan ye. Sapa nak contact kereta sewa boleh call no ni 0 16-750 8833. Maaf lah lupa nak tanya iejay sapa nama tuannya. Tapi Iejay cari dalam FB 

                                          Ni nama dia dalam Fb Kereta sewa KB


Tempat yang kita orang  pergi ni dekat Pantai Sri Tujuh. Jadi sebelum sampai kedai nampak le juga laut belah kanan.

Pusing sana pusing sini akhirnya sampai lah tempat di tuju. Aku pun apa lagi lah sampai je cari meja dan terus tuju bilik air. Tak tahan nak terkucil....hehehehehe


Tu dia tenguk tu ulam-ulaman.... Sedap ni kalau yang suka lauk kampung. Rupanya kedai tu femes dengan Ikan Bekok. Mula-mula ingatkan ikan bekok ni ikan macam ikan siakap ke atau sejenis nama  ikan macam yang lainnya sebab aku pun tak pernah dengar ikan bekok. Tapi rupanya bukan.




Iejay dan Anim yang ambil lauk apa nak makan.



Tu dia lauk lunch kami. Ulam kampung. Masak singgang. Telur dadar dan Ikan Bekok gelama laut.  


cendol biasa tapi ada tapai ubi


Ikan bekok gelama laut. Macam ikan gurame kat Indon. 

Ikan tersebut rupanya macam ikan masin atau ikan kering  tapi kata Anim macam ikan pekasam tapi tak letak beras goreng cuma di rendam garam dan di jemur kering. Lepas tu di goreng. Jadi bila makan ada lah rasa masin tapi tak sekuat ikan masin biasa. Sedap juga layan dengan nasi panas dan ulaman kampung. 

Beza ikan bekok dengan ikan kering ialah dia direndam dengan garam dan di jemur selama 4 jam je jangan sampai kering. Jadi ikan tu bila di goreng takde le garing sangat ikannya. Masih tersa lembut ikan dan garamnya tidak terasa sangat. Sedap ko. Kawan aku kat Kelantan nampak status whatsup aku makan ikan bekok terus dia besoknya mencari ikan Bekok. Tapi kat Jeli lah. Ni kiranya ikan  yang speciality di Kelantan le sahaja. Tempat lain ada ke. aku tak jumpa sebab ni lah pertama kali makan Ikan Bekok.

Apa lagi bila lauk pauk tersedia di depan mata masing-masing pun makan dengan berselera sekali. Layan lauk singgang dengan terung didalamnya. Memang my peberet aku ni. Lepas tu ada lauk sayur masak lemak dengan terung didalamnya lagi le aku suka. Singgang tu ikan dia Anim tak makan emm aku le tukang perabiskan.

Lepas tu masa masuk ke kedai kami nampak cendol emmm panas-panas sedap layan. Ambil cendol biasa tapi didalamnya letak tapai ubi lah pulak. Anim tak makan tapai ubi. Aku pulak peberet ni. emm aku le tukang melantaknya. hahahahaha  


Hah tenguk le licin ko kita orang bertiga makan. harga semuanya dalam Rm36 sahaja. 


  Suasana didalam kedai makan. Masa sampai orang ramai dan lauk yang ada dah tak banyak sangat. Tapi bila dah nak balik dah nampak lengang pulak. Maklum le dah pukul 2 lebih. Time makan pun dah nak habis.

Selesai mengisi perut apa lagi.....jom pi Pengkalan Kubur tempat bebas cukai katanya tapi akhirnya kami kena cukai sebab tak reti nak sorok barang lontaran.....emmm nak buat camno redho le ye. 

 

Tuesday, November 9, 2021

Wordless Wednesday -Suntikan dos Booster

 




Assalamualaikum,

Pada 8hb November 2021 sehingga 11hb November 2021 telah diadakan suntikan vaksin Booster dose ketiga Pfizer bagi Staff KKM di Ibupejabat. Dewan serbaguna tingkat 8 telah dijadikan tempat pusat vaksin. 



Alhamdulillah dapat date pada 9hb pukul 12 tengahari. Dan pergi pada pukul 11 lebih. Orang tak ramai dan pada pukul 12 dah dapat suntikan.

Kesan selepas suntikan ialah sengal di tempat suntikan. Dengar sebelum ni ramai frontliner dapat simptom bengkak di ketiak. Manakala member opis aku Dd  bengkak tempat suntikan dan tengahari hari ke dua kesan allergic pula timbul. Bila badan dia semakin gatal dan nak mengaru je doktor kat opis suruh ke klinik dan DD terus je pergi klinik dan  maklumkan pada Mysejahtera.

Siapa yang dapat sinovac kena tunggu 3 bulan manakala yang dapat pfizer kena tunggu 6 bulan sebelum boleh di beri dos booster.

# jaga diri jaga keluarga
# kes baru semakin naik pulak naik sampai 6,000

Monday, November 8, 2021

KL - JB - Tumpat - KB - KL - Naik Keretapi Malam boleh baring kuak lentang

 

Masuk dalam tren terus menuju ke belakang....



Assalamualaikum,

Alhamdulillah bila turun dari eskalator je tren dah menunggu kami. Iejay terus cari coach dan lepas coach tempat makan barulah coach kami.  Masuk je eh tak ramai orang ke apa kami je yang bertiga. 

Friday, November 5, 2021

KL-JB-Tumpat-KB-KL - Hari 1 kena tinggal flight

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah lepas dah balik kampung dapat jalan-jalan cari makan. Kali ni pertama kali aku pi travel dengan Anim. Dengan Iejay dah beberapa kali. Tapi hari pertama lagi kami dah kena tinggal flight. Aduhaiiiii pagi-pagi dah haru biru jadinya.

Mula plan cuti jalan-jalan nak naik keretapi malam ni Iejay lah punya idea. Dia outstation  dengan opismate dia seminggu di JB.  Jadi hari sabtu petang boleh naik train ke Tumpat, lepas tu sewa kereta dan bermalam di Kota Bharu. Balik boleh naik flight. Keretapi tu naik petang dan sampai Tumpat tengaharinya. Kiranya malam tu bermalam dalam train lah. Itu mula-mula cadangan Iejay.

Thursday, October 28, 2021

Lagu kelentang kelentong - Hael Husaini

 


Assalamualaikum,


hah sapa dah pernah dengar lagu ni...bila tenguk Hael santai kat tepi pantai....wawawa kita pun nak pi holiday lah....habis semua hari di sebutnya....nak jumpa buat apa tunda ya

Lagu ni aku dengar kat radio mula-mula ingat lagu Indon sekali eh hael husaini yang nyanyi...bila selalu dengar eh sedap pulak...catchy gitu muzik dia... hah apa lagi  jom layan

Tapi bila bab kelentang kelenting kelentang kelentong tu macam bunyi kuali lah pulak time masak...siap ketuk-ketuk tepi kuali gitu....hehehehe


siang malam tidur aku tak lena 

makin lama makin rindu padanya 

oh rindu rindu manja 


boleh jumpa buat apa nak tunda

 tunda tunda bila masa nak jumpa 

oh rindu rindu gila 


isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad 

ayuh sayang kita bersua 

ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong

 ala lali lale 

ayuh sayang kita bersua 

ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong 

ala lali lale 


bukan mahu ganggu engkau bekerja

tapi teringin juga kau merasa 

oh rindu rindu gila 


kata tak mahu tapi hatiku mahu

kau patut tahu apa yang aku mahu 

dekat sama kamu 


isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad 

ayuh sayang kita bersua ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong 

ala lali lale 

ayuh sayang kita bersua 

ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong 

ala lali lale 


punya lama kita berpisah kan 

dah boleh bersua 

ayuh sayang kita bersua 

ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong

ala lali lale ayuh sayang 

kita bersua ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong 

ala lali lale

Sumber : https://www.liriklagumalaysia.com/2021/10/lirik-kelentang-kelentong-hael-husaini.html


Pss nyanyi sambil ketuk periuk...hehehehe

Friday, October 15, 2021

Delhi Kashmir Hari ke 6 - Hotel Jaypee Palace Agra

 

                                                    

Delhi kashmir hari ke 6 Qutub Minar

Assalamualaikum,

Lena punya tidur dek kepenatan jadi tak tahu apa ada di luar bas. Rasanya perjalanan lama juga sebab jauh. Lalu highway jalan selesa je. Bila sedar tenguk dah gelap. Masa ni lalu tol eh cantik pulak bentuk tol bayaran dia. Rupanya kami dah hampir Bandar Agra. Tapi sebab dah malam tak nampak sangat apa di luar. Akhirnya bas berhenti....oh dah sampai hotel rupanya.

Macam biasa bila masuk hotel mesti gaya kat airport...hehehehe kena scan beg dan barang serta orang sekali. Dah penat tak larat nak ambil pintu masuk hotel. hehehe Hotel dia besor ko dan cantik.


                                               Tu dia bunga dia tinggi....serba kuning.

       

   Model nak berposing juga walaupun sudah dalam kepenatan seharian berjalan dari Kashmir terus ke Agra.


Masuk je kami dipakaikan bunga malai cheh macam VIP je bila dipakaikan bunga malai tu. ...  


Lepak kat lobi dahulu sebelum dapat kunci...masing-masing dah kepenatan dengan dah lapar lagi.



 Ni barang hiasan tapi tenguk le batu permata dia... merah mengilap ko.

Alhamdulillah masuk lobi je dapat air sejuk. Rasa nyaman je dapat minum air sejuk dan manis. Tak ingat air apa tapi sedap lah.


Posing ala-ala model India gitu. hehehe


Laluan dia panjang.....kiri dan kanan....tapi cantik je


Nampak gambar kawasan sekitar hotel dalam pc yang dijadikan model memperomosikan hotel. sekejap gambar lain sekejap gambar lain. dapat snap gambar yang ini je sebab warna kehijauan dia daripada luar mengamit mata.



Masa ni bagi kunci bilik dan tag beg sebab kami nak pergi makan malam. Jadi dah tahu nombor bilik letak kat tag beg masing-masing. Pihak hotel akan hantar ke bilik kami sambil kami menikmati juadah larut malam. Dah lapor semuanya.




Masuk dewan makan dia...emm besar maklumlah hotel berbintang-bintang. Cari meja dulu baru kita melilau tenguk juadah ya. Aku suka tenguk botol warna warni yang dijadikan deko sebab warna biru ada.  




Kalau tak nak makan berat makan macam ni pun ok. Ala-ala sarapan di waktu malam. hehehe 


Malam-malam makan sup pun sedap kan. Ada macam-macam jenis lauk pauk dalam periuk tu tapi aku cuma jengah je mencari apa nak makan. 



   Pencuci mulut dan manisan ada macam-macam. Suka tenguk hiasan makanan di hotel dari pada mata turun ke tekak.  Alahaiiiiii


hah lagi pencuci mulut. Geram je aku tenguk... tu sedap ni sedap rambang mata. Perut ko satu je weiii
dia buat dalam cawan macam tu comel je kan.


Pasta pun ado hah nak apo


Tu dia macam-macam ado....keju, yogurt emm yang lain-lain aku tak tahu. Macam-macam boleh di jadikan juadah sampingan untuk di gu kan dengan makanan lain. Rasanya ini boleh digaul dengan salad rasanya.



                                                        Juadah masakan India


Akhirnya ini yang aku ambil. Dok rambang mata sampaikan tak tahu nak makan apa. Jadi ambil tu sikit ni sikit nak rasa. Ada papadom besor ko. 


Ni pun sedap juga ni makan tapi lupa nak tanya kak Su makan dengan apa. 


Suka tenguk botol warna warni dia.


Sampai kat bilik tenguk bilik dia biasa je dah rasa macam kat kl juga. deko dalam bilik biasa-biasa je. tapi tenguk tilam tu emmm rasa nak lepak je. Tapi malam ni kena siapkan baju untuk besok. Oleh kerana Iron aku dah kena tinggal kat Kashmir....jadi kena share ramai-ramai lah. Tunggu yah dan yang lain dah guna kami guna yang last sekali. Jadi Iron tu boleh berlama-lama dalam bilik kami.


Kita orang pakat pakai baju kurung bila ke Taj Mahal. Jadi malam ni kena seterika siap-siap baju untuk esok.  Lepas tu besok juga lepas selesai kat Taj Mahal...tengahari kena check out dan malamnya balik Malaysia. dah rindu tanah air.  Besok pun kena bangun awal sebab nak pergi pagi ke Taj Mahal...alahaiiii akhirnya jejak kaki ke Taj Mahal ya.