Monday, November 22, 2021

KL-JB-Tumpat-KB-KL Hari ke 2 KB Street Boutique Hotel

 


Kl-Jb-Tumpat-Kb-Kl-Hari ke 2 pengkalan kubur

Alhamdulillah,

Selesai je melontar di pengkalan kubur kami pun menuju ke Kota Bharu. Kalau ikut plan asal nak pi ke Pantai Senok tapi bila masuk kota Bharu je jalan jem jadi terpaksa tukar plan. Terus je check in Hotel yang kami dah booking.

Hotel tersebut sebenarnya dekat dan sebelah je dengan Pasar Siti Khatijah tapi jalan nak masuk ke situ tu macam lalu jalan belakang. 2 kali kami meronda nak cari jalan masuk dan park depan Hotel.

Pakai waze tau je lah sekejap ke sana sekejap ke sini. Ngeri juga tenguk Iejay memandu sebab bila tukar lane je dia main masuk je.  Aku ada perasan ada satu kereta putih macam marah kat kita orang bila menyelit tanpa beri signal. Perasannya sebab dia macam menghimpit rapat-rapat kereta sewa kami. Tapi ingatkan takde apa-apa lah.

Akhirnya sampai lah hotel tersebut. Hotel tersebut berada di tingkat 1. Aduhaiiii nak bawa beg naik tangga memang azab le. Tapi bila masuk bilik terus seronok. hehehehe

Biliknya luas dengan katil double n single. Lepas tu berdepan dengan Pasar Siti Khatijah pulak tu. Memang nampak orang lalu-lalang depannya. Tapi masa kami sampai pasar dah nak tutup. Jadi besok lah cadangannya nak menyinggah.


Depan bilik kami hah nampak tu....orang berniaga. 


Aku tak pasti orang ni meniaga apa. Nampak macam sotong kering je. Tapi yang menarik minat aku ialah benda alah yang macam mesin perah getah je. Tapi jenis yang kecil le.  


Skodeng lagi apa yang berlaku di hadapan jalan depan Pasar siti Khatijah. Nampak bila malam semakin larut terdapat gerai jualan di tepi jalan disaiapkan oleh penjaja. Yang kami nampak jual baju-baju. 




Hah nampak tak cermin tingkap tapi tak boleh buka depan bilik kami yang mengadap pasar Siti Khatijah. Aku suka skodeng tenguk orang luar tengah buat apa. Tapi malamnya kami tarik le langsir tu. Takut nanti cik Pon pulak menjengah depan mata. hahahahaha


Kaunter Penyambut tetamu tu depannya tangga. Jadi bila masuk je jumpa lah sesiapa yang berada di kaunter.

Terdapat meja kecil di tengahnya. Dan ada sofa sebelah kanan. Ni kiranya pengunjung boleh lepak buat air panas ke air sejuk. 


Nasib baik bilik kita orang aras 1 je. Kalau kena naik lagi huhuhu bercinta tau nak heret beg.  Hah kat sanun tu ada meja diletakkan cawan dan pinggan. ada roti juga. kalau ada sesiapa lapar tengah malam boleh lah buat air panas cecah biskut ke roti ke. 

Tiada sarapan pagi disediakan tapi dia ada letak sedikit bahan nak buat air jika kehausan di tengah malam ke. hehehe  Ada penapis air coway serta peti sejuk. 

Kuih muih yang aku bawa serta cookies yang tak luak almaklumle semuanya diet aku bagi je kat adik kaunter tu. Mana tahu ada penginap lain yang nak lepak ada lah makanan nak makan. 

Kita orang dah dapat bilik hah apa lagi lah lepak. Mandi dan siap-siap nak cari makan malamnya.



10 comments:

  1. Hotel dekat hot spot memang meriah, seronok lokasi dekat dengan pasar Siti Khatijah, pernah gi sekali, seingatnya cantik dan kemas. Bagus tu sempat bersedekah dengan staff hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesuai sekali dok situ. Dekat dengan Pasar Siti Khatijah. Hotel pun ok memang best lah

      Delete
  2. Hotel takde lif bercinta sikitla nak bawak beg. Nampak selesa dan senang sebab dekat hotspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula masuk je tapi bila dah masuk bilik selesa. Agaknya kalau tak kemana-mana memang shopping kat Pasar Siti Khatijah sampai pengsan agaknya. hehehehe

      Delete
  3. Letih la hotel tak dok lift.. (eh bakpo kecek klate pulok ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe tapi nasib baik depan pasar jadi terubat sikit hati. Wah terer sih kecek klate

      Delete
  4. Aduussss.... Nyeret beg pulak dah. Tak apalah, keluar peluh sikit. Berbaloi pula bila tengok bilik ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila Iejay kata kena naik tangga hah aduhaiiii tapi bila dapat bilik depan pasar terus rasa best

      Delete
  5. best hotel ni....mmg suka skodeng, tgk aktiviti kat jalan depan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kita sama le. Macam le orang kat bawah tu tak nampak kita kat atas. skodeng salah satu aktiviti sampingan. hahaha

      Delete