Monday, November 22, 2021

Kl - JB - Tumpat - KB - KL Hari 2 Dinner di Restoren Ikan Bakar & Thai Street Food

 


Kl-Jb-Tumpat-Kb-Kl-Hari ke 2 kb street hotel

Assalamualaikum,

Dah  lepak-lepak dan mandi dengan nyamannya, kita orang pun bersiap-siap nak keluar. Aku ingatkan nak cari makan depan Pasar je sekali bila turun bawah eh naik kereta. Masa ni lah Anim perasan pintu belakang belah kiri ada calitan cat warna putih. Aduhaiiii Kita orang pun rasa terkejut. eh bila masa kena cium  ni. Dahle kereta baru. Berkilat lagi beb warna cat hitamnya bila ada warna putih memang nampak le. Iejay dok gosok-gosok tak hilang juga. Aku pun dah cuak bila masa le kena hentam ni. Sebab masa kat pengkalan kubur lagi takde pun benda tu semua. Terus aku teringat yang petang masa tengah jem kat traffik light tu aku ada perasan satu kereta putih dok himpit rapat-rapat. Nampak gaya macam bengang bila Iejay menyelit potong barisan depan dia tanpa beri signal. Bila dah macam tu aduhaiiii risau juga ni. 

Oleh kerana dah terlambat kita orang keluar dulu lah. Masa lalu depan Pasar Siti Khatijah tu emm takde orang berjualan makanan pun hanya barang-barang kering macam baju. Entah manalah Iejay nak bawa kami makan ni. 

Akhirnya kami sampai kat satu kawasan lapang yang berdepan dengan satu tempat makan yang terang benderang dan nampak ramai orang beratur nak masuk ke dalamnya. Kita orang pun parking kat satu tempat parking yang luas ala cam padang je sebab bukan proper parking pun. Jalannya pun teruk juga.   

Masa sampai depan pintu tu nampak le orang beratur panjang. Kita orang pun nak beratur lah sekali Iejay kata masuk-masuk. Aku dan Anim dah heran eh Iejay ni dah booking tempat ke sampaikan tak ikut barisan. Dah lah sampai lambat tiba-tiba terus masuk je. Kita orang takut le kalau orang yang beratur ramai-ramai tu marah.

Sekali bila sampai kat satu meja eh Wan dan Man dah duduk kat situ. Lah rupanya wan yang ajak makan kat situ. Dia  komplot dengan Iejay secara senyap-senyap ajak makan kat tempat special. Kita orang pun tak sangka dapat jumpa Wan yang rupanya balik kampung dia kat Pasir Mas. Cuti seminggu ko hah sakan le jalan-jalan kat kampung.


Orang ramai dan banyak meja penuh


Banyak gerai-gerai makanan siam di tepi-tepi


Wan manggil adik tu nak order makanan. Hah dah ramai ni dengan menu siam yang macam-macam jadi tak tahu nak makan apa. Rambang mata juga bila tenguk menu yang macam-macam makanan ada. Walau pun orang ramai order kami cepat juga siapnya.


Aiskrim Mangga.... kata Hanis ni yang orang paling suka


Ni Anim yang makan tomyam. Sedap kuahnya. Pekat melekat...originaliti siam kan.

                              Miang Kham....sedap bagi yang suka. Aku kureng sikit.


Soohon Cambo...ni yang aku order. Sedap sebab selain dari soohoon dia sebagai main dish ada macam-macam campuran lain didalamnya. Mula-mula nak rasa Meehoon sekali ada Soohoon aku terus nak cuba. Sedap bagi tekak aku le. hehehehehe 


Pulut Ayam....pun sedap. Aku cubit sikit nak rasa.  Suka tenguk Iejay habiskan....licin ko.


Yang ni Sua Rong Hai...aka daging  harimau menangis. memang menangis le kami kesedapan. Serius sedap. Daging dia lembut dan bila dicecah dengan sos....walah beb.


Tapi yang ini lah yang paling special. Ikan bakar tapi ada rasa garam diatasnya tapi tak masin sangat lah. Wan tunjukkan bagaimana nak makan dia. Ala-ala gaya orang korea makan daging lah.
Ambil salad dan semua sayur tu. Macam ada meehoon juga. Letak Ikan atasnya dan lepas tu tuang sos yang macam-macam tu. Tutup dengan daun salad....lepas tu aummm masuk mulut. Sedap....ko
Licin.....hehehehehe



Hah macam tu le gaya makannya. 


Memang puas hati lah makan kat sini. Wan belanja kami semua. Man tak makan pun sebab dah kenyang makan macam-macam kat rumah. Maklum kata wan bila sesekali balik kampung mek (mak wan) akan masak macam-macam ikut kehendak anak-anaknya yang jarang dapat balik kampung.

Alhamdulillah syukur atas rezeki hari ini. Memang semuanya sedap dn akhirnya semua licin. hehehehe memang diet hari ni kelaut sungguh lerrrr. hehehehe

  Ni pun special makanan kat situ. Perut sumbat daging bakar. entah macamana rasanya. Kalau lain kali datang nak rasa yang lain pula. Insya Allah.

   Yang ni kelakor habis. Almaklum le budak-budak yang berderet-deret tunggu giliran nak bergambar sekali hah ko achik-achik tak sedar diri pun nak posing juga. alahaiiiiiii gelak je kami. Man yang tolong ambilkan gambo. Sporting dia layan kita orang posing. 



                         Lampu dia punya bersinar-sinar sampaikan satu kawasan terang benderang.





Meriah sekali tempat makannya. Dengan orang yang ramai datang nak makan malam memang tak surut-surut orang datang.

Masa sampai kat kereta Man cuba lah nak bersihkan kereta sewa kita orang yang ada tanda putih kena himpit. Siap ada mesin pengilap tapi masih juga tanda tu tak hilang. jenuh juga lah man buat. Tapi sekurangnya daripada tanda banyak nampak kurang sikit daripada mula-mula.

Akhirnya kami berpisah sebab kita orang nak ke Waqaf Che Yeh pula meronda dan melontar lagi. hehehehe Kelantan syurga membeli-belah dan jalan-jalan cari makan.

16 comments:

  1. Replies
    1. Kan dan banyak tempat yang kami tak sempat terjah. Tapi puas hati lah

      Delete
  2. Replies
    1. Memang wak apa lagi makanan dia sedap-sedap belaka

      Delete
  3. Wah.. Lupa diet dah kalau datang sini. Mesti rasa macam kat Siam. Tak pernah sampai lagi. Next time g KB boleh cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. KB syurga makanan. dah le murah dan sedap semuanya. Memang kelaut le diet masing-masing

      Delete
  4. Bestnya banyak makanan Thai.. Confirm sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap-sedap ammi. Order lain-lain supaya boleh rasa kawan punya. Gendang gendut tali kecapi sungguh tu.

      Delete
  5. Miang Kham tu kita suka makan... Rasa sekali terus jatuh cinta pula. Satu lagi ikan bakar garam tu...enak banget!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah tapi tu lah makanan siam yang lain kita suka yang ni je kureng sikit. Ikan bakar garam tu serius sedap amie.

      Delete
  6. harimau menangis...sedapnya..yg ada ikan & mihun tu panggil Mieng Pla Pao..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harimau menangis tu memang menangisle kita makan sebab sedap. hehehe. Tu lah ada nama dia tapi tergeliat nak ingat

      Delete