Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Monday, December 6, 2021
Resepi Gaya baru - Lukisan
Sunday, December 5, 2021
Senyumlah Kuala Lumpur - Alleycats
Apa khabar semua. Baru-baru ni KL menang lawan JDT. Hah hari jumaat lepas dapat le cuti Menteri Wilayah Persekutuan bagi cuti. Hah apa lagi seronok le kami warga putrajaya dapat tempiasnya.
Walau pun aku penyokong JDT dan JDT kalah untuk mempertahankan piala Malaysia edisi ke 100 tu apa pun bola tu bulat ye dan adat permainan ada kalah dan ada menang. Mungkin kali ni rezeki KL dan bagi JDT anggap lah bukan rezeki pada tahun ini. Apa pun kena post mortem balik permainan kenapa boleh tewas. Cuma tak suka je fan-fan bola ni kadang eksyen sangat dengan team mereka. Komen kadang-kadang cam bola tu dibawah kuasa dia je seolah-olah mereka yang menentukan kemenangan team mereka. Hish Padahal main bola ni biarlah dengan semangat kesukanan gitu. eh aku ni lebih-lebih pulak komen. Sori ye.
Aku tak layan sangat bola ni sebab tak tahan bila tenguk bola boleh kena sakit jantung. Jadi nak selamat hah tenguk besoknya eh bukan tahu resultnya je esok. hehehehehe teruk nau. Padahal aku dulu sport gegel tau. Hoki player sekolah dengan netball rumah.
Apa pun senyumlah Kuala Lumpur
Ps...bila dengar lagu ni teringat memori daun pisang semasa sambutan hari merdeka. Jeling-jeling mata dengan budak VI semasa latihan pancaragam di padang vokasional setapak. hehehehe so enjoy
Tuesday, November 30, 2021
KL - JB - Tumpat - KB - KL Hari ke 3 Pantai Senok
Wednesday, November 24, 2021
KL-JB-Tumpat-KB-KL Hari Ke 3 Kopitiam Kita
KL - JB - Tumpat - KB - KL Hari ke 2 Waqaf Che Yeh
Kl-Jb-Tumpat-Kb-Kl-Hari 2 Dinner di Restoren Ikan bakar dan Thai Street Food
Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur memang kenyang sungguh malam ni. Dah le sedap. Akhirnya kami pun sampai di Waqaf Che yeh. Tempat shopping yang happening di waktu malam di Kota Bharu.
Kita orang pun cari parking. Lepas tu sessi jalan-jalan sambil cuci mata nak melontar. Macam-macam ado ya. Kak nong siap suruh belikan baju kelawar. Emm akak aku tu sempat je mengirim barangan bila nampak status whatsup aku pi jalan-jalan kat KB.
Monday, November 22, 2021
Kl - JB - Tumpat - KB - KL Hari 2 Dinner di Restoren Ikan Bakar & Thai Street Food
KL-JB-Tumpat-KB-KL Hari ke 2 KB Street Boutique Hotel
Kl-Jb-Tumpat-Kb-Kl-Hari ke 2 pengkalan kubur
Alhamdulillah,
Selesai je melontar di pengkalan kubur kami pun menuju ke Kota Bharu. Kalau ikut plan asal nak pi ke Pantai Senok tapi bila masuk kota Bharu je jalan jem jadi terpaksa tukar plan. Terus je check in Hotel yang kami dah booking.
Hotel tersebut sebenarnya dekat dan sebelah je dengan Pasar Siti Khatijah tapi jalan nak masuk ke situ tu macam lalu jalan belakang. 2 kali kami meronda nak cari jalan masuk dan park depan Hotel.
Pakai waze tau je lah sekejap ke sana sekejap ke sini. Ngeri juga tenguk Iejay memandu sebab bila tukar lane je dia main masuk je. Aku ada perasan ada satu kereta putih macam marah kat kita orang bila menyelit tanpa beri signal. Perasannya sebab dia macam menghimpit rapat-rapat kereta sewa kami. Tapi ingatkan takde apa-apa lah.
Akhirnya sampai lah hotel tersebut. Hotel tersebut berada di tingkat 1. Aduhaiiii nak bawa beg naik tangga memang azab le. Tapi bila masuk bilik terus seronok. hehehehe
Biliknya luas dengan katil double n single. Lepas tu berdepan dengan Pasar Siti Khatijah pulak tu. Memang nampak orang lalu-lalang depannya. Tapi masa kami sampai pasar dah nak tutup. Jadi besok lah cadangannya nak menyinggah.
Nasib baik bilik kita orang aras 1 je. Kalau kena naik lagi huhuhu bercinta tau nak heret beg. Hah kat sanun tu ada meja diletakkan cawan dan pinggan. ada roti juga. kalau ada sesiapa lapar tengah malam boleh lah buat air panas cecah biskut ke roti ke.
Thursday, November 18, 2021
KL- JB - Tumpat - KB - KL Hari ke 2 Pengkalan Kubur
Kl-Jb-Tumpat-KB-KL-Hari ke 2 kedai Makan Kak Pah Abe Lah
Assalamualaikum,
Alhamdulillah perut sudah kenyang hah apa lagi terus le ke tempat bebas cukai di Pengkalan kubur. Nak cuci-cuci mata dan menyoping. Kiranya tempat ni macam pi padang besar juga lah tapi kat padang besar tu kalau nak soping coklat kena pi Mall dia kat The zon kalau tak salah. Tapi kat sini ada 2 kedai macam mall yang ada jual coklat macam-macam jenis.
Selalu aku kirim kawan yang balik Kelantan kalau dia pi Pengkalan Kubur. Jadi kali ni bila Yatt balik Kuala Krai aku tak kirim lah sebab nak pergi sendiri. Tapi aku lupa nak menuntut ilmu sorokan barang lontaran...hahahahaha rupanya ada ilmu sorok barang lontaran. Adehaiiii Dah sudah shoping baru tahu.
Jadi bila masuk pintu masuk kawasan tersebut kita orang cari tempat park kereta. Rupanya ramai juga orang yang datang sebab hari Ahad. Mungkin shopping sebelum balik tempat masing-masing setelah bercuti balik kampung.
Pusing punya pusing dapat park dekat dengan pintu masuk. Apa lagi dah dapat park kereta jom kita shoping
Jalan punya jalan tiba-tiba kami nampak kedai PKT Enterprise Sdn Bhd tu. hah apa lagi lah bila nampak ada macam-macam jenama coklat.
Jalan dan jalan sambil Iejay menyinggah apa yang dia nak beli. Nampak le kios ni. Milo kepal...ramai yang menyinggah mesti sedap kan.
Wednesday, November 17, 2021
Wednesday, November 10, 2021
KL - JB - Tumpat - KB - KL - Hari ke 2 kedai Makan kak Pah Abe Loh
Tuesday, November 9, 2021
Wordless Wednesday -Suntikan dos Booster
Monday, November 8, 2021
KL - JB - Tumpat - KB - KL - Naik Keretapi Malam boleh baring kuak lentang
Friday, November 5, 2021
KL-JB-Tumpat-KB-KL - Hari 1 kena tinggal flight
Assalamualaikum,
Alhamdulillah lepas dah balik kampung dapat jalan-jalan cari makan. Kali ni pertama kali aku pi travel dengan Anim. Dengan Iejay dah beberapa kali. Tapi hari pertama lagi kami dah kena tinggal flight. Aduhaiiiii pagi-pagi dah haru biru jadinya.
Mula plan cuti jalan-jalan nak naik keretapi malam ni Iejay lah punya idea. Dia outstation dengan opismate dia seminggu di JB. Jadi hari sabtu petang boleh naik train ke Tumpat, lepas tu sewa kereta dan bermalam di Kota Bharu. Balik boleh naik flight. Keretapi tu naik petang dan sampai Tumpat tengaharinya. Kiranya malam tu bermalam dalam train lah. Itu mula-mula cadangan Iejay.
Tuesday, November 2, 2021
Thursday, October 28, 2021
Lagu kelentang kelentong - Hael Husaini
Assalamualaikum,
hah sapa dah pernah dengar lagu ni...bila tenguk Hael santai kat tepi pantai....wawawa kita pun nak pi holiday lah....habis semua hari di sebutnya....nak jumpa buat apa tunda ya
Lagu ni aku dengar kat radio mula-mula ingat lagu Indon sekali eh hael husaini yang nyanyi...bila selalu dengar eh sedap pulak...catchy gitu muzik dia... hah apa lagi jom layan
Tapi bila bab kelentang kelenting kelentang kelentong tu macam bunyi kuali lah pulak time masak...siap ketuk-ketuk tepi kuali gitu....hehehehe
siang malam tidur aku tak lena
makin lama makin rindu padanya
oh rindu rindu manja
boleh jumpa buat apa nak tunda
tunda tunda bila masa nak jumpa
oh rindu rindu gila
isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad
ayuh sayang kita bersua
ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale
ayuh sayang kita bersua
ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale
bukan mahu ganggu engkau bekerja
tapi teringin juga kau merasa
oh rindu rindu gila
kata tak mahu tapi hatiku mahu
kau patut tahu apa yang aku mahu
dekat sama kamu
isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad
ayuh sayang kita bersua ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale
ayuh sayang kita bersua
ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale
punya lama kita berpisah kan
dah boleh bersua
ayuh sayang kita bersua
ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale ayuh sayang
kita bersua ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale
Sumber : https://www.liriklagumalaysia.com/2021/10/lirik-kelentang-kelentong-hael-husaini.html
Pss nyanyi sambil ketuk periuk...hehehehe
Friday, October 15, 2021
Delhi Kashmir Hari ke 6 - Hotel Jaypee Palace Agra
Delhi kashmir hari ke 6 Qutub Minar
Assalamualaikum,
Lena punya tidur dek kepenatan jadi tak tahu apa ada di luar bas. Rasanya perjalanan lama juga sebab jauh. Lalu highway jalan selesa je. Bila sedar tenguk dah gelap. Masa ni lalu tol eh cantik pulak bentuk tol bayaran dia. Rupanya kami dah hampir Bandar Agra. Tapi sebab dah malam tak nampak sangat apa di luar. Akhirnya bas berhenti....oh dah sampai hotel rupanya.
Macam biasa bila masuk hotel mesti gaya kat airport...hehehehe kena scan beg dan barang serta orang sekali. Dah penat tak larat nak ambil pintu masuk hotel. hehehe Hotel dia besor ko dan cantik.
Model nak berposing juga walaupun sudah dalam kepenatan seharian berjalan dari Kashmir terus ke Agra.
Ni barang hiasan tapi tenguk le batu permata dia... merah mengilap ko.