Wednesday, November 24, 2021

KL-JB-Tumpat-KB-KL Hari Ke 3 Kopitiam Kita

 



Assalamualaikum,

Pagi ni untuk sarapan wan akan jemput kami dalam pukul 8 lebih lah. Jadi setelah kemas barang-barang semua sebab tengahari ni kami dah nak check out dari hotel. Petang ni nak balik KL. 

Sementara menunggu wan sampai kita orang jenguk lah Pasar Siti Khatijah. Tapi pasar belum buka sepenuhnya. Tapi sempat lah naik ke tingkat 1 walaupun masih banyak kedai belum buka. Iejay nak cari rempah bubur Asyura tapi rempahnya sudah habis.

Tak lama kemudia Wan dan Man sampai. Rupanya Wan bawa kami ke Kopitiam Kita. Femes tempat ni.  Masuk-masuk dalam je ramai orang. Kita orang pun cari lah meja kosong. Dan kebetulan ada satu meja yang cukup untuk kami berlima baru saje dikosongkan.


Kopitiam kita ni taukehnya cuma jual roti titap dan minuman. Manakala terdapat bungkusan makanan dan kuih muih di bahagian dalam. hah sederet tu macam-macam ado. Nak makan apa pilih je. Murah dan sedap. Kata Wan kalau nak letak kat kopitiam Kita taukeh akan rasa dulu sedap atau tidak. Kiranya dari segi kualiti memang mantap le baru boleh letak di Kopitiam Kita. Tenguk le harganya....murah-murah tu. Sebungkus makan pun dah kenyang

                 Haitttt chicken chop pun ada dengan spageti. Ingatkan makanan tradisional kelantan je.



         Kuih pulut lepo ka namanya macam pulut panggang je. Baru di letakkan dalam bekasnya.


Aku nampak roti titap emmm terus order yang special. Rupanya yang special tu telur separuh masak 2 butir.


Iejay ambil nasi Tumpeng emm gitu ke namanya. Cantik nasi dia putih bersih dan nampak padat.

                      Hah rupanya ada macam-macam jenis roti. Aku cuma nampak roti titap je. Selalu nampak kawan opis yang dah berpindah balik kelantan up dalam status Whatsup dia sarapan roti Titab. Hanis lah yang ajar aku macamana nak buat roti Titab.



tenguk lah penuh gambar-gambar orang yang special dah datang ke kedai tersebut.


Orang datang tak putus-putus. Ada 2 kawasan. Yang depan dah penuh kami ke belakang.



Aku ambil yang ini. Macam kuih rangin. Kelapa muda dengan tepung pulut di bakar. 


Dah habis Roti Titab aku nampak ada satay aku pun ambil. Nasi Kapit satay nama di beri .Sedap kuah kacangnya. Walaupun 2 cucuk jadilah dapat rasa.


Hah tenguk lah masing-masing memilih apa yang hendak di makan. 



Yang depan wan tu aku lupa nak tanya apa dalamnya. Macam bungkus tapai.


Dia punya promosi tu perghh bukan main. 

sebenarnya macam-macam makanan yang ada di jual yang orang hantar. Nak ambil gambar semuanya orang ramai jadi aku ambil yang sempat di snap je lah. Kuih muih dia pun nampak macam-macam. 


Kita orang panggil Tuan kedai untuk bergambar bersama. Tuan kedai sebenarnya orang china. Tenguk lah dia punya dinding penuh dengan gambar orang yang dah datang. Setelah selesai bergambar kami pun keluar. Kali ini kita orang belanja wan dan Man makan.


Bergambar di depan kedai sebelum ke Pantai Senok. Semasa dah selesai makan Wan tanya kita orang nak ke mana. Kata Iejay nak balik hotel ambil kereta nak pergi ke Pantai Senok. Sekali Wan kata dia pun tak pernah sampai hah apa lagi  terus lah kami semua ke Pantai Senok.



3 comments:

  1. banyakpilihan nak jamu selera kan jangan senak di Senok dah notie

    ReplyDelete
  2. Berbagai juadah ada, siap bergambar dengan Tuan Kedai.. Nasi Tumpeng tu putih betul, nampak sedap..

    ReplyDelete
  3. banyak pilihan tu. Kalau saya mesti pilih yang rare dan takde di KL.

    ReplyDelete