Monday, November 8, 2021

KL - JB - Tumpat - KB - KL - Naik Keretapi Malam boleh baring kuak lentang

 

Masuk dalam tren terus menuju ke belakang....



Assalamualaikum,

Alhamdulillah bila turun dari eskalator je tren dah menunggu kami. Iejay terus cari coach dan lepas coach tempat makan barulah coach kami.  Masuk je eh tak ramai orang ke apa kami je yang bertiga. 



Yeh ni katil aku no 34. Anim depan aku dan iejay selari dengan aku. Semuanya ambil bawah. Kalau atas huh jenuh le nak manjat tangga. Sukanya aku bila tenguk katil yang aku nak tidur malam ni.


Posing dulu sebelum buat apa-apa...hehehehe


Sementara tak ada orang ni hah apa lagi le. Letak beg dan posing dulu.  Tak lama kemudian tren pun berjalan. Tren start pukul 7.15 petang dan akan sampai di Tumpat pada pukul 12.32 tengahari
. Tu dia ko hah hampir 17 jam naik tren. Ekspress Rakyat Timuran nama di beri. Bermula di JB Central akhirnya di Tumpat. 

Beg aku dah mendarat atas katil. Kita orang terus je ambil air sembahyang. Oleh kerana tak nampak bilik solat kami buat solat darurat atas katil. Anim bawa kompas untuk tunjuk kiblat. Jadi walaupun dah bergerak tapi kita ambil postion yang awal sebagai kiblat.  Bilik air dia ada 2 jenis. Satu mencangkung dan satu lagi duduk. Tapi pintu nak masuk dalamnya emm sempit. silap haribulan bumper aku nak masuk dalam bilik air pun tak boleh hahahahaha. Nyaris je masa nak buka pintu tu phone aku nak terjun dalam lubang jamxxx huhuhu kalau tak habis le terus jatuh ke bawah.  Ngeri aku bila jadi macam tu.


Selesai semua solat jamak apa lagi kami pun menuju ke cafe. Oleh kerana di hujung dekat lah dengan cafe tren. Kita orang pun makan malam Chicken Texas yang kami tapau di City Square tadi. Selesai makan apa lagi terus lah menuju ke katil masing-masing. Dah kenyang kan.  Masing-masing pun terus le lepakkan diri atas katil masing-masing dan tarik langsir. Maklum lah dari pagi sampai ke petang berjalan sakan sampai sudah. 

Kat cafe ada berjualan air panas, makanan pun ada tapi dia akan panaskan sebelum di hidangkan. Dan ada juga dia bawa barang jualan atas tren dari satu coach ke satu coach ala macam peramugari makcik asiah tu. hehehehe Tapi harga tu paham-paham je lah ya. 

Sambil tenguk phone kut ada berita viral ke....emm mata dah tak larat....apa lagi terus lah bum atas bantal. Masa tu rasanya dalam pukul 9 lebih aku dah tidur. Tren terus berjalan sehingga sampai ke destinasi yang seterusnya, Oleh kerana gelap maklumle dah malam emm apa lagi perut dah kenyang badan pun dah rasa penat.....zzzzzzzzz tapi terasa le goyang sana goyang sini. hehehehe beralun-alun gitu ko gaya goyang inul tak. hehehehehe

Masa mula-mula tu fikir juga emm boleh nyenyak ke aku tidur ni. Tapi bila mata dah ngantuk emmm bergoyang inul ke bunyi bising roda berputar ke emmm selamat sudah aku bermimpi. hehehe

Bila tarik langsir tu hah ko nak tidur gaya apa pun orang tak kisah. Tak selesa tidur mengiring hah ko buat terlentang le. Nak gaya kuak lentang pun suka hati le ya. Apa -apa je pun gaya tidur yang penting boleh tidur. Tapi kalau jenis nak sempurna bagai memang tak sesuai le naik tren sleeper ni sebab dia bergoyang-goyang dang bergoyang-goyang deng...hehehehe  Tapi kalau jenis adventure emm siyok le...lagi kalau ramai-ramai geng seronok tau. Ni kami bertiga jadi kureng le sikit nak haru biru suasana. Kiranya cool je. hehehe Kalau ramai syiok serupa ini tren kita orang yang punya ko...hahahaha dia punya seru tu emm memang syiok.

Masa sebelum pergi kawan opis aku orang Kelantan pernah naik tren sleeper ni. Dia kata sejuk kena bawa baju tebal. Beriya le aku bawa tracksuit biru aku tapi akhirnya tak guna pun. Bila dah tarik langsir tak rasa sejuk pun. Tapi bila keluar ke bilik air arsa le juga aircond dia tapi kiranya tak perlu pun bawa track suit tu. Asalkan ada baju lengan panjang dan bawa stokin ok je. emmm kalau tahu tak bawa aku baju Track suit tu. Buat berat beg je. Hampeh sungguh.

Lepas tu aku  pun tak sedar kami dah sampai mana. Dalam pukul 1 lebih terjaga sebab rasa nak buang air kecil. Jadi bila bangun je dan buka langsir eh...ramainya orang ...bila masa depa naik ye kami tak sedar pun. dengar je bunyi orang lalu lalang tapi tak pasti dari mana.  


hah semuanya dah bertutup maknanya dah ada orang didalamnya. Beg pun dah banyak tepi-tepi katil tapi sunyi le sebab orang tengah tidur nyenyak. 

Balik dari bilik air emm apa lagi lah sambung tidur semula.  Tapi macam yang aku kata tadi tidur masa penat memang tak sedar.... ni dah puas tidur  jadi tidur terasa-rasalah ayunan tren di malam hari. 
Sedar paginya tren berhenti lama kat Kuala Lipis. Aku tak dengar dia punya hebahan sampai kat stesyen mana tapi masa lalu kat pintu dekat bilik air tu nampak le signboard Kuala Lipis. wah dah samai Pahang. Bila aku bangun alamak bilik air penuh lah pulak. Ramai pulak yang bersidai kat tepi pintu berhampiran dengan pintu bilik air. Bila orang dah tak ramai aku pun terus ke bilik air. Tu yang sempat jenguk kat pintu luar .

Pagi-pagi bila dah ramai barulah dengar riuh rendah suara orang kecek kelantan. Maklumlah nak balik Kelantan le katakan.. Ada budak kecil tu emm asik nangis je. Penuh katil mak dia dengan anak-anak kelilingnya. Budak-budak kecil kan seronok je ramai-ramai atas katil.



Dalam pukul 8 pagi kita orang pun pergi ke cafe untuk sarapan. Iejay tengah diet. Tenguk dia makan roti bersalut sayuran dan ayam gril emmm bergegor perut aku tenguk. hehehehe Dah kurus banyak Iejay semasa pkp ni. Dah lama tak jumpa bila jumpa memang nampak beza. Dah susut banyak sebab selain dari diet dia juga buat  senaman. Aku ni je lah bila lah nak buat macam Iejay tu. Masalahnya nak istiqomah tu yang susah. Tapi kalau dah mula rasanya ok kut. Kena kuat azam ni. 





       cafe yang agak luas juga tapi kalau ramai serbu emm tak cukup juga kerusi nak duduk.

                       Aku order Mee siam. Tapi lambat sikit lah sebab kena panaskan dulu. 

  Bila dah masuk Kelantan, sikit demi sikit orang semakin kurang dan akhirnya kami tinggal bertiga.
Takde orang sempat lah Iejay posing kat atas ....nak rasa tingkat atas lah pulak. hehe....aku nak naik juga tapi terfikir kang viral lah pulak  sebab tak reti nak turun bawah...jenuh le staff KTM nak turunkan aku    .hahahahaha jadi tenguk je Iejay manjat ke atas.


Katil Anim ni tingkapnya bersih jadi boleh lah nampak suasana kampung sepanjang laluan. Tingkap aku kotor jadi tak boleh nak ambil gambar kat luar. Boleh tenguk je.


Akhirnya pukul 12. 32 tengahari kami sampai di tumpat. Tu dia akhirnya sampai setelah tidur bangun tidur bangun tak sampai-sampai lagi. hehehehe tapi kalau geng Ulat Buku ramai yang join trip kami ni lagi best sebab sambil duk lepak boleh sembang berjemaah mengisi masa.

                                                                          lalauan train 


kalau ada selendang merah boleh le buat gaya kuch kuch hota hei...tinggalkan selendang merah pada Shah Rukh Khan...hehehehe


Tren yang kami naik. Panjang sungguh. Selain daripada coach tidur banyak juga coach duduk yang lain.


Cantik kan tren nun di sana tu. Dengar kata ada tren khas ke Dabong dan ada pakage pelancongan di Dabong melihat Gunung Stong yang katanya sungguh cantik. Macam best je. aku macam ternampak kat FB dia punya iklan tapi tak ingat pakage dia tu macamana. Tapi Gunung Stong dengan Dabong tu macam femes je.

Stesyen Tumpat sedang dalam renovation jadi memang le tak cantik. Malahan kami nak tumpang bilik air pun tak ada , staff kat situ kata tumpag kedai makan kat belakang stesyen. aduhaiii

Kita orang terpaksa tunggu kereta sewa yang kami sewa...tapi tuan kereta hantar lambat jadi menangguk le kat situ dalam 1 jam lebih.

Akhirnya kereta Bezza yang kami sewa pun sampai.....perghhh kereta baru siot...berkilat lagi malahan ada yang amsih berbalut plastik lagi.

Ok lepas ni kita orang cari makan.....dah lapor ni....hehehe 
  





14 comments:

  1. Seronoknya naik ketapi leh tido2...rasa macam nak buat gak la trip macam ni....

    ReplyDelete
  2. wah bestnya. nanti share lah contact kereta sewa. beraninya gi toilet sorang-sorang pukul 1 pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah....entah masa tu tak terfikir apa pun cuma nak buang air je. Dah setel baru leh tidur dengan aman kalau tak naya je ngompol atas katil hahahaha

      Delete
    2. haha. jangan ngompol kak. viral nanti.

      Delete
  3. Memang menarik sangat baca.. Syok naik tren ada cabin, tidur bangun pi cafe, hilang kain selendang, shah rukh khan mai pulangkan.. hehe.. Terkebil-kebil mata.. rasa macam nak plan maik tren jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caya lah kalau beneren SRK datang mai pulangkan selendang....hahahaha jom jom kasi gempak itu tren

      Delete
  4. Seronok juga kak notie. Maknanya kalo ambik sleeper ni takdelah dpt duduk kerusi ye. Mmg sepanjang masa dok atas katil jelah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah takde le leper bumper duduk berjam-jam. Nak jalan ke sana ke sini pun jenuh juga. Tapi atas katil selain dah penat kuak lentang boleh menyandar duduk tepi dinding. Ok le tu Ngantuk hah bum atas bantal. hehehe

      Delete
  5. seronok baca travel naik sleeper coach..selesa gak, cafe pun luas..

    ReplyDelete
  6. Ada juga plan nak buat trip naik keretapi dengan family.. Tapi kena hold dululah..
    Tapi bila tengok perkongsian akak ni rasa cam nak naik sekarang je.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga sha. Budak-budak mesti suka sebab dia boleh ke sana ke sini. hehehe

      Delete