Kl-Jb-Tumpat-Kb-Kl-Hari 2 Dinner di Restoren Ikan bakar dan Thai Street Food
Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur memang kenyang sungguh malam ni. Dah le sedap. Akhirnya kami pun sampai di Waqaf Che yeh. Tempat shopping yang happening di waktu malam di Kota Bharu.
Kita orang pun cari parking. Lepas tu sessi jalan-jalan sambil cuci mata nak melontar. Macam-macam ado ya. Kak nong siap suruh belikan baju kelawar. Emm akak aku tu sempat je mengirim barangan bila nampak status whatsup aku pi jalan-jalan kat KB.
Lawa-lawa juga corak-coraknya. Masuk gerai ni sebab nampak corak-corak baju kelawar dia cantik-cantik. Rupanya ada lengan pendek dan lengan panjang. Kalau kat rumah tentulah selesa lengan pendek nak buat kerja rumah pun sonang.
Masa mula-mula nampak yang harga Rm10 ni. Tapi kata anim kainnya nipis almaklumle rega murahkan.
Terjebak masuk satu kedai ni sebab corak dia lawa-lawa. Lepas tu kain dia pun tebal sikit dari yang mula. Pilih untuk Kaknong kena cari warna yang terang-terang sebab dia suka warna terang. Last-last dapat lah warna yang dia suka. Tapi aku pun terjebak juga ambil satu untuk diri sendiri. Lagi pun nampak panjang dan besar. Mahal sikit daripada yang mula tapi puas hati sebab corak dan kain cantik. Harga sepasang Rm35 tapi sebab beli 3 dapatlah Rm100. Oklah tu. Dah dapat yang berkenan terus rembat. Ingatkan nak cari kat Pasar Siti Khatijah tapi nasib baik beli kat Waqaf Che Yeh sebab kat pasar kami tak sempat nak meninjau kedai atas.
Ingat nak beli kat pasar jadi tenguk je tapi sampai sudah tak dapat. Bagus juga tak berat beg. hehehe
Pandang dan lihat sebab kat Pasar mesti lagi banyak
Aku memang tak tahan kalau tenguk buah. Tapi sebab kat opis ada jualan setiap rabu dan jumaat jadi fikir hah beli kat situ je.
Tshirt pun banyak dan macam-macam corak
Kain pun macam-macam corak tapi mengenangkan kain pasang ada lagi belum buat baju emm pandang dan lihat je lah.
Iejay yang banyak beli barang. Beli topi untuk ayah dia lah. Kiranya banyak juga dia membelek. Aku dan Anim sebenarnya dah tak larat. Aku dah dapat beli kiriman Kak nong dah cukup lah. Sebab tu aku tak suka orang kirim barang sebab nanti kena cari. Tapi buat kakak takpe lah. Sambil beli untuk dia aku pun dapat satu.
Jadi kita orang ikut je Iejay ke sana ke sini belek sana belek sini. Akhirnya dah dapat yang dia nak, kami pun balik ketempat kereta yang kami parking.
Sampai hotel dalam pukul 12 lebih. Apa lagi belengas juga berjalan. Mandi sekali lagi lepas tu tidur.
Ni corak baju kelawar Kak nong. aku punya warna hijau pucuk pisang.
Hahaaaa... Dah penat shopping sampai berlengas memang kena mandi. Kalau tak tidur pun rasa tak selesa kan.
ReplyDeleteKB masa tu panas belum sampai musim hujan jadi bila berjalan-jalan memang le berpeluh-peluh tu yang rasa melengas je. Tak mandi ni memang tak boleh tidur le.
DeleteSeronok jalan cuci mata, sesambil beli satu dua barang, lama tak merasa suasana begini, belangaskan walau malam, tu nak pi winter tu hehe..
ReplyDeleteTang cuci mata menang seronok. Kalau pi winter jalan-jalan rasa nak masuk dalam selimut je. hehehehe
DeleteTerer kak notie menahan diri, beli baju kelawar je. Kota bharu memang syurga shopping dan makan
ReplyDeletePergi time perut pun dah kenyang jadi cuci mata je kalau lapor hah semua nak beli. Baju Kelawar tu sebab ada sixe selalunya susah nak dapat sixe yang besar dan panjang tu yang bila berkenan dan ada sixe terus je rembat.
Deletesaya pulak terbalik, kalau lapar takde mood shopping. kalau kenyang bertenaga nak jelajah semua kedai
DeleteKalau dah kenyang rasa nak bubuk je sal. hehehehehe
Deleteseronoknya jalan2 sambil shoping kan
ReplyDeleteDah lama memerap kat rumah sis dapat jalan huh memang cuci mata sungguh.
Deletewah...cantik juga kain-kain yang ada di jual di sana
ReplyDeleteKalau ikut hati nak borong tapi memikirkan nak bawa...hah cuci mata je lah
Deletefemes tempat ni..
ReplyDeleteMemang terfemes....bertahun dah kan
Delete