Tuesday, December 20, 2016

Terima kasih SS & JM


Assalamualaikum,

Alhamdulillah atas limpah kurnia rezeki dari blogger tersohor dan blogger rerupis seantero dunia. hehe
 Toche toche. 

Seronoknya bila balik kerja eh ada surat coklat.... wah apa kah dia. Belum sempat buat apa pun terus je sambar dan buka. Wah... souvenir dari SS dan JM rupanya.  SS bagi semuanya warna biru emmm lagilah mata ku jadi biru...... saya suke... saya suke lagak macam mei mei lah pulak. Hishhhh sedor diri jap. hehehe 

Semuga rezeki SS dan JM Allah tambahkan dan dapat melancung lagi banyak tempat di dunia ini. Dan semuga Allah lindungi mereka bertiga termasuk  HH tidak kira dimana mereka berada. Aamiin



Buat JM aka Jari Manis..... memang sweet je sovenir yang di beri. Semanis insan yang memberi. Semuga JM semakin sembuh dan sihat seperti dahulu.Semuga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan dan keceriaan buat kalian berdua..... Cayang banget sama kamu..... muah muah 100000 kali.

Tuesday, December 13, 2016

Majlis perkahwinan di Tangkak




Alhamdulillah majlis menyambut menantu dari Brunai akhirnya berjalan lancar.  Majlis berlangsung pada 3hb Disember yang lalu tapi almaklumle aku ni tengah sibuk sebab sistem baru nak start tahun depan jadi tak sempat nak bercerita panjang. Majlis di Brunai pun tak habis lagi nak cerita. Banyak kejadian lucu berlaku. Nanti kalau sempat aku cerita ya. dengan adat majlis perkahwinan Brunai yang pertama kali aku hadiri. 



Tenguk lah ni sampai nak runtuh pelamin. Ni semua adik beradik aku dengan anak saudara dan cucu saudara. Tu tak semua kalau tak memang tak cukup tempat ni. Yang putih melepak yang julie pegang serta sebelahnya tu cucu perempuan Kak nong. Setelah di kurniakan 5 cucu lelaki akhirnya 2 cucu perempuan dalam tahun yang sama. Tapi anak azli tu huh putih sungguh. Yang sebelah tu Khalisah sebab kurang rambut maknya letak reben... hehehehe Tema di Tangkak warna purple. 

Atas pelamin tu Mak pengantin dengan Mak long aka Kak Ijah.  


Bila dah ramai-ramai ni emmm memang semua gelagat luar tabieee. Yang di tengah baju biru tu anak bungsu adik aku Faizul. Oleh kerana ada mirip TMJ kita orang gelar TMJ junior... tau jelah kalau dah ramai-ramai ada je nama gelaran.  Orang Brunai keluarga Azimah yang duduk depan pelamin ni dok perhati je gelagat keluarga aku. 



Ni gambar candid tengah susun barisan. Macam-macam gaya.... hehehehe



Rupanya kat depan ada diletakkan meja untuk letak gambar. Ni semuanya gambar masa di Brunai. Cantik-cantik belaka gambarnya. Siap di jemput datang ke Malaysia pula untuk majlis di Tangkak. Lepas tu sempat lagi buat photoshot kat area berhampiran Gunung Ledang lah, lepas tu pi melaka lah. Tenguk gambar semuanya cantik-cantik.  

Ni sepatutnya untuk anak saudara tapi Jaja dan shidah menyelit lah pulak.

                                          Apa saje lah yang di gelakkan agaknya.


    Ni akak aku yang sulong dengan suaminya. Ni mesti gambar candid ni sebab abang ipar tak suka bergambar.



Sambil jemputan datang makan nasi minyak kita orang lepak depan ni beramai-ramai.



Jemputan tak putus-putus datang manakala yang ini Abang ipar aku dengan anak dan cucunya makan nasi minyak. 


Hafiz jadi wakil lelaki  manakala Kak nong tolong kat meja pengantin melayan tetamu dari Brunai. 



                                    Sibuk Mak pengantin dengan anaknya.



Ni pakcik dan anak buah setelah penat tolong rewang. Ada cendul, air asam boi, sirap bandung. Cabutan no bertuah pun ada.  

Masa pengantin baru sampai.  



       Ni semua akak-akak dan anak saudara. Sedang menjamu selera sambil melihat tetamu yang datang. Amboiiii tak tahan yang kat tepi pintu tu aksi bukan main si Shidah adik ipar aku. Sempat lagi peace. hehehe

Alhamdulillah meriah sungguh majlis perkahwinan Helmy malahan dapat juga berjumpa dengan keluarga yang dah lama tak jumpa. Kepenatan tu emmm tak payah cakap lah. Kesian juga Kak Jal tapi dah lega sebab majlis dah selesai. Selagi tak selesai emmm memang ada je yang nak di buat. Apa pun kita orang doakan semuga Helmy dan Azemah bahagia sehingga ke Jannah. Masa ni pengantin dah pergi Honey moon kat Krabi dan dah  balik Brunei untuk memulakan tugas.