Thursday, August 14, 2014

Kueh raya dari Brunei



Assalamualaikum,

Masih mood raya lagi kan. Malam Isnin yang lalu dapatlah sms dari Jid maklumkan ada oleh-oleh dari Brunei... wah bestnya. Dah tau dah siapa yang hantar. Sudah semestinya kuih raya dari chef Brunei ni memang aku tabik spring-spring lah sebab idea kreatifnya dalam memasak memang taraf international lah tapi chef nya yang aku kenal dan memang puji melambung ni sebab sentiasa merendah diri dengan siapa sahaja. Tu yang susah nak jumpa ni. Apa pun semuga ukhwah yang terjalin ni sentiasa berpanjangan hendaknya. Amin.

  Nak tau macamana boleh kenal... Start bila aku dah lupalah masa dia tapi rasanya macam dalam tahun 2005 ke 2004 gitu enovel baru je meletus. Masa tu internet masih baru kut emm lupa sebab masa tu baru pindah opis ke Putrajaya. Aku terjebak blog Anis Radha penulis Jemari Seni yang pada masa tu menuntut di Jepun. Selalu pergi blog dia baca enovel Radha. Masa tu Pesta buku PWTC tak semeriah seperti sekarang. Dan masa tu novel tidak serancak seperti sekarang. Yang femes masa tu Alaf21 dan Creative Enterprise. Dari situ lah aku terjebak blog penulis Noor Suraya aka Kak su. Masa tu kalau tak silap buku kak su yang pertama yang bertajuk Kerana mu Ain memang aku suka. Dalam blog kaksu pula sedang hangat dengan Nyanyian Tanjung Sepi. Dalam blog juga ada shoutbox jadi berkenalanlah pada setiap hari melalui shout box tu. Walaupun hanya di alam maya je rentetan dari situ lah kami berkenalan. Bila tiba pesta buku berjanjilah nak jumpa kat booth Creative Enterprise bila time Kak su hadir untuk sessi tandatangan buku buat peminat yang datang. Masa tu lah dapat bertemu bertentang mata. Akhirnya jalinan ukhwah tersebut berpanjangan sehingga kini. Malahan ada sekali tu rombongan cik kiah ke Brunei sebab pesta Buku Brunei. Masa tu Kak Su dah buka penerbitan dia sendiri iaitu Jemari Seni. Jadi rombongan tu kiranya serampang 2 mata lah. Menghadiri pesta buku sambil melawat Kak mon dan Ryn. Aku pulak turut sama menyibuk sebab guna label geng ulat buku. Menumpang di teratak rumah Ryn sambil melawat Brunei sambil berkenalan dengan keluarga Kak Mon dan Ryn. Rupanya mereka berdua adik beradik. Dalam blog kadang bercerita bergaduh macam apa ja rupanya usik-usik manja.  

 Boleh jengah blog Kak mon tapi sejak dah berhenti kerja dan menjadi ushawan kuih ni memang sibuk sampai blog lama dah bersawang.  Blog kak mon kalau selak page yang lama-lama emmm memang geram tenguk kuih-muih hasil tangannya, memang cantik-cantik dan kita rasa sayang nak makan sebab cantik sangat.... hahahahaha boleh gitu.  Apa pun Kak mon tetap best di hati kengkawannya di Malaysia ni. hehehehe Cayang berjuta-juta lemon.

Ni buku resepi pertama hasil keluaran Jemari Seni. Kita orang tunggu buku resepi yang seterusnya emmm lama sungguh nak siap.      

Wah siap ada  bekas kuih lagi... cayalah memang sedap sebab dibuat dengan penuh kasih sayang

Ni lah kuih import dari Brunei naik belon bah....macam kuih makmur dan cair di mulut... sedap 

Ni pun sedap tapi tak tau kuih apa... 

Apa pun aku doakan kak mon diberi kesihatan yang baik dan lagi kreatif idea membuat kuih semuga dapat menghasilkan kuih yang lagi canggih-manggih dan sedap-sedap di masa akan datang. Amin.

10 comments:

  1. wah dapat kiriman kuih raya brunei yg sedap ya..best tu..

    ReplyDelete
  2. nohas kuih makmur kita orang inti buah kurma.. orang lain inti kacang... emmm muak sikit

    sis paridah... alhamdulillah rezeki raya... memang sodap kuih yang diterima.

    Lily.. ala dia punya jenjalan pi makan lagi sodap daripada akak punya... selalu jeles sampai hampir saje merembes ayak liur tenguk lily pulun makan... hehehehe

    ReplyDelete
  3. notie mau terburai airmata kakmon tau! Terima kasih sesangat promo produk kakmon yg tak seberapanya itu. Sayang awak *peluk ketat2*

    ReplyDelete
  4. Hi, for all time i used to check blog posts here in the
    early hours in the daylight, because i enjoy to learn more and more.


    Here is my web blog - Prosolution

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum notie...wah dh byk citer ko update....aku dh lama tk bkk blog ko dn blog aku sndiri..entah apa yg disibukkn...yg aku ingat aku focus kt bdk2 sekolah nk amek upsr..klas tambahn ptg dn setiap hujung minggu....balik dh sibuk uruskn rumah plk...tk smpt nak intai blog...klu nk tgk fb pun guna tepon je...
    ni tgh frust yg amat sbb upsr tangguh..aku dh pulun ajo bdk2, bdk2 pun dh jawab peksa tetiba kena ulang pulak....sedih...hamper mati semangat...

    ReplyDelete
  6. Perghhh untung nyer... best la dapat kuih raya dari Brunei... :D

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete