Wednesday, May 29, 2019

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2019




Assalamualaikum,

    Pejam celik pejam celik....sekejap je dah nak raya. Ramadan pun tak puas lagi , dah nak Syawal.  Bagaimana kalian semua menyambut Ramadan tahun ni. Alhamdulillah syukur dapat bertemu Ramadan. Semuga Allah panjangkan lagi usia bertemu Ramadan lagi pada tahun hadapan. Amiin 



Semuga Allah kurniakan kita rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik, agar kita dapat menjalani ibadah dan kehidupan dengan lebih berkat dan di rahmati Allah sepanjang hayat. Aamiin.



Bersempena nak menyambut hari raya ini saya dengan penuh takzim, memohon ampun dan maaf jika selama ini ada terguris rasa dan hati sepanjang saya mencoret didalam blog ini juga dengan  kehidupan yang telah berlalu. Amboiiiii ayat syahdu sungguh naaaa..... hehehehe rasa lemah longlai lah pulak guna ayat syahdu mahdu tangkap leleh ni.hehehehe padahal kita ni brutal....tapi dalam hati penuh taman bunga. Tak caya....hah setepek gambar



 Apa pun selamat hari raya buat kalian semua. I luv You 12345678910. Tanpa kalian semua, sunyi dan sepi lah rumah aku ni. Apa pun terima kasih ye selalu jenguk teratak aku yang selalu hambar dan tawar rebeh ni. Opss puasa. hehehehe Apa pun terima kasih sejuta lemon.


                                    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, May 28, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 4 Bhg 7 (Osulloc Green Tea Farm & Cafe dan Innisfree House)



 Assalamualaikum,

Tempat last pada hari ke 4 ialah singgah Osulloc Green tea Cafe dengan Innisfree House. Masa ni handphone aku dah kiok. Nasib baik ada kamera. Ok jom jom. 



 Masuk je dalam Osulloc Cafe ni banyak je deko menghiasai cafe sebelum sampai cafe. Hah tenguk macam ni. Agaknya cara orang memproses tea dulu-dulu kut. Benda merah tu dah macam ET je aku nampak. hehehe


        Hah ialah yang hijau tu kebun tea. Dia petik ramai-ramai lepas tu di sorong di jemur. Lepas tu di proses dan di jual. Gitu lah ceritanya. hehehe


                                          Hah tu dia ramainya orang nun di sana.





                                              Macam-macam jenis tea.


                                              Tea pun boleh jadi bahan untuk produk kosmetik.


      Berderet orang nak beli. Ada jual green tea, ada juga jual aiskrim.  Aku hanya lalu dan tak kuasa nak menunggu begitu lama hanya kerana nak minum secawan tea. hehehe padahal duit won dah susut, jadi pandang ajelah ye. Mahal juga harganya. Orang kata aiskrim tea hijau dia sedap tapi idakle aku nak mencuba sebab deretan orang ramai sangat. Jadi lalu ja dan terus ke tempat lain pula.

 Keluar je dari Osulloc cafe menuju ke sebelah bangunan iaitu Innisfree House. Melalui jalan yang nyaman dan tenang dengan pemandangan hijau melatari keadaan sekeliling. amboiiiiii ayat.




                                                    Pintu masuk Innisfree House.


       Aku pun pening apa punya game ni. Tapi note warna warni tu jadi cantik. Berselirat tali,  otak pun jadi berselirat tenguk. hehehe padahal aku sebenornya yang tak faham apa ke benda ni. hehehehe hentam saje lah labu.


        Masuk sini hah rambang mata ko tenguk barang kosmetik. Macam-macam ado .


                                           Cantik kan macam makanan lah pulak.


                                                    Comel je.




       Ada juga ruangan untuk kanak-kanak bermain sementara mak-mak menyoping alat makeup.

 Pusing sana pusing sini. Aku rembat cream tangan yang kata adik tu murah sikit dari di malaysia. Comel je benda ala tu. Lupa pulak nak ambil gambar. Lepas tu aku nampak ada tea tangerine dan tea oren. Dalam bekas comel beg kain 1 set 2 botol.


       Hah ni lah tea dia. Masa beli ni aku ingatkan serbuk limau dijadikan tea rupanya bukan. Dia macam jem bendanya. Nak minum kita ambil sesudu dan masuk dalam cawan serta tuangkan air panas. Sedap minum suam-suam. Nyaman bah. 1 botol harganya 6,500 won.  Sebab kalau beli 2 dapat beg bunjut hah aku pun beli lah 2 botol. Ada lagi satu jenis tea tangerine ni tapi aku tak sempat nak beli. Kata zaty ada jual kat kedai tapi sebab dah suntuk besok dah nak balik tak dapat lah aku kirim zaty.  Lain kali lah nampak gayanya kena repeat lagi pi jeju. Lain kali nak rembat tea jeju banyak sikit. Tu pun  sayang takut cepat habis guna sikit-sikit. Bagusnya bila dah buka tu simpan dalam peti sejuk tahan lama sikit. Bukan macam tea serbuk yang kita boleh simpan kat luar.



                                   Set kosmetik warna biru ko....mata aku yang jadi biru. hahahaha


Aku beli tiub krim tangan yang ada 12 bulan. Satu tiub krim tu harga dalam 1,500 won iaitu dalam Rm 5. Beli lah yang ikut suka sebab lain bulan lain baunya.  Kopak juga duit aku kat sini maklumlah orang perempuan kan kalau tempat kosmetik memang rambang mata.



           Dah habis shopping barang kosmetik posing bersama Doktor Shikin dari Mersing. Comel kecik je Doktor Shikin. Takde rupa doktor pun.



               Keluar je dari Innisfree House merentasi kawasan luar yang begitu luas tapi kemas je padang rumput dia, sebelum sampai ke tempat parking.




           Cahaya Matahari disebalik pokok... dah petang le beb. Dah sonjo katonya. Rasa semakin sejuk pulak ialah kan dah nak masuk malam.


                  Aku suka tenguk pokok-pokok dia yang di tanam untuk mengindahkan lagi persekitaran. Tu kalau duduk sambil goyang kaki syiok ni sambil membawang. hahahaha Apa lagi rendah je dia punya dahan.


            Padang rumput dia kemas dan bersih, pengunjung pun seronok bersantai-santai diatasnya.


                                                  Matahari senja begitu teriknya.



                             Pintu pagar yang penuh simbolik pada zaman dahulu.



           Masa sampai kat parking ramai lagi yang belum sampai. Doktor Yasmin dan geng rupanya seberang jalan dan pergi ke kebun tea pula. Aku masa ni dah tak tahan nak buang air maklumlah bila sejuk je mula lah pundi-pundi dalam badan penuh. Kena cari toilet. Nasib baik ada toilet berhampiran parking lot ni. Tapi seram sebab sunyi toilet tu. Orang tak ramai....jadi cepat-cepat buat urusan dan keluar.  Bila semua dah ada, kita orang pun balik ke hotel.

Dalam van dengar Dr Yasmin dan geng nak singgah kat Dongmun market kalau sempat tapi sebab market tutup cepat hanya dapat pergi ke Jungang mall je. Bila dengar depa nak pi Dongmun market tu aku kirim lah face mask lagi seandainya singgah ke Jungang mall.

Sampai hotel dinner belum sampai lagi...terus lah menonong masuk bilik. Tak lama kemudian dapat message makanan dah siap....terus lah turun. Gambar makanan tak ambil sebab kamera tak bawa. Kali ni makanan dalam paket siap dengan sayur. Lupa pulak apa dalamnya lagi. Kebetulan lah pulak Dr yasmin dan geng dah balik. Rupanya Dongmun market tutup pukul 6 petang terus mereka ke Jungang mall je. Dapat lah face mask yang mereka kata dulu 10,000 dapat 5 paket. Murah sebab takde jenama tapi still ok lah. Janji face mask banyak.

Malam tu kemas barang sebab besok dah nak balik. Dah rindu malaysia dah ni. Beg makanan aku yang masih tak habis aku kemas jadikan satu beg. Ada botol sambal yang tak luak aku bagi kat Taj.
Jadi beg takde lah berat sangat. Yang banyak ialah face mask ada 7 paket.  Lepas tu paket coklat banyak juga. Nasib baik ada beg cantik hah memang satu beg tu semuanya coklat. Jadi hand luggagelah nampaknya. Lepas kemas apa lagi lah terus tidur. Penat dah seharian ni berjalan.     


Wednesday, May 22, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 4 Bhg 6 (Yongmeori Coast)




Assalamualaikum,

  Dah kenyang lunch jom sambung lagi tempat lain. Kali ni pergi tepi pantai lagi. Jeju ni tepi pantai dia memang banyak je tarikannya. Macam-macam bentuk mukabuminya yang kita dapat jumpa dan tenguk. Kali ni ke Yongmeori Coast pula. Di tempat parking dia yang luas sebelum masuk ke tepi laut ada theme park. Tapi kita orang lalu je lah.


          Ada merry go around. Tapi tak tahu lah pulak kenapa masa ni dia tak berjalan. Ke tak ada budak-budak nak naik...emmm padahal ramai je yang datang menziarah. hehehehe


      Gunung sanbangsan nun di sana. Kalau musim bunga memang cantik sebab banyak bunga canola di sekeliling kawasan ini. Memang cun lah.


    Menyusuri tepian melihat rekabentuk tebing yang beranika corak.



         Ada laluan pejalan kaki di tepi tebing. Jadi ikut je laluan tersebut.






        Laluan tersebut tidak rata. Jadi slow-slow jalan. Nampak juga ahjuma menjual makanan lautnya.



    Tenguk tu sotong hidup-hidup lagi. Macam sotong kurita je. Tapi bila meliang liuk tu emm geli pulak tenguk.hehehe maklumle fresh dari laut. Patutle kalau orang lembut dikata macam sotong.


                                      Pasangan suami isteri yang ideal.


          Tebing tinggi yang bercorak-corak. SubhanaAllah ciptaan tuhan. Macamana ya boleh jadi macam tu.



  Hah tenguk tu tinggi rendah tinggi rendah permukaan tebing, manalah aku tak seriau nak jalan. Takut terkucil je masuk laut. hehehehe imaginasi aku ni tinggi bebenor padahal ramai je orang yang lalu.




     Aku sampai kat sini je. Melihat keadaan jalan yang tidak rata  buat aku cuak. Maklumlah kaki yang sakit nak jalan dengan keadaan yang tidak rata takut terpeleot pulaknya. Orang lain semua laju je jalan, dah tak nampak bayang mereka. Aku masih lagi terhegeh-hegeh kat sini. Jadi ambil keputusan balik semula ke pangkal jalan. hehehehe. Takut jalan dan laluan yang di hadapan lebih mencabar jadi aku pun mengundur diri. hehehehe 




            Seronok pulak tenguk ahjuma-ahjuma piknik kat tepi tebing. Rasa nak join sama je. hehehe






 Bila tenguk gambar ni emm memang jauh juga perjalanan mengelilingi tebing. Nasib baik surender lebih awal. Kalau tak entah-entah aku yang last sampai.

          Ada replika kapal. Agaknya ni kapal lanun zaman dulu-dulu kut yang digunakan. hehehehe. aku ni main hentam saje lah, nak baca dia history dia  tulis bahasa korea da...... Naik kang aku kena culik pulak...hehehehe


      Ada banyak juga kedai menjual pelbagai macam dan jenis jualan di sebelah luar sebelum sampai parking. Macam biasa tak sah kalau tak nampak patung hitam ni. Mana-mana kat jeju mesti ada. Kalau tak silap kata wawa ia macam ikon penjaga pulau Jeju. Itu ikut kepercayaan orang jeju lah.


 Geram ja tenguk buah limau dia. Sebakul tu besar-besar pulak tu. emmm Mesti manis kan. emm telan air liur je tenguk.


                  Ada juga jual air kelapa laut. Bila minum rasa bagai di Hawai pulak. hehe berangan je.


      Lepas kedai souvenir slow-slow jalan menyelusuri jalan ni. Suka tenguk pokok-pokok di tepi ni.





           Eh ada kapal selam juga ke. Musykil ni. Nak tanya wawa...tak nampak bayang. eh Zati lagi le tak nampak muka.


Tu dia naik kapal viking..... tapi tak ramai orang naik.  Berayun le dia sendiri.  Lama juga aku slow-slow sambil duduk menunggu yang lain.

Akhirnya nampak bayang mereka sorang-sorang. Kata Dr dia jumpa bunga canola baru berkembang tapi tak banyak le. Tu lah aku pun teringat sakinah ada bergambar hamparan bunga canola dengan latar belakang gunung Sanbang. Agaknya masa musim bunga mesti penuh bunga canola di kawasan ni.

Bila semua dah ada, perjalanan pun di teruskan ke tempat lain lagi.