Thursday, September 29, 2022

Gotong royong perdana - EKSA punya pasal

 

Bilik perpustakaan aka bilik pendaftaran User SMRP

Assalamualaikum,

Tu dia ko habis semuanya berkecah. Ni EKSA punya pasal lah. Setahun entah berapa kali lah nak Audit EKSA.....huhuhu tak larat kadang nak tangani. Dulu femes dengan 5S sekarang nama dah gelemer EKSA  

Tuesday, September 20, 2022

Wordless Wednesday dulu Duke sekarang Suke

 





Assalamualaikum,

Alhamdulillah Highway Suke dah hampir siap. Walaupun belum sepenuhnya tapi lega lah kalau dah siap nanti. Selagi tak siap kalau lalu bawah dia kat Bandar Tasik Selatan tu emmm memang berdoa panjang selalu lah apa lagi bila pernah berlaku tragedi di tempat pembinaan tersebut. Sampaikan dah ambil nyawa lagi....teringat van kilang...malahan ada benda yang jatuh atas kereta orang pun ada dan kebetulan pulak anak jiran kat Taman. Seriau je kan bila berlaku macam tu.

Suke Highway ni dia buat lalu belakang rumah kita orang je kat Bukit Teratai tu dan kalau siap hah memang sonang le terus ke toll Sungai besi. Tapi tenguk ada 3 toll emm kena redho le  

Apa pun sebutannya Suke ke Sukeee ke Suki ke hah pada orang muo punya ayat suke-suke ler kite lalu hehehehe. 




Monday, September 19, 2022

Jom jom jom penguin dance





Assalamualaikum,

Tiber je kuar video ni. Sebenornya video ni dijadikan idea untuk  persembahan mengikut zon bagi Konvensyen Rekod Perubatan di Kelantan pada 12hb hingga 14hb September 2022 di Kelantan. En Azwan yang bagi idea. 

Rupanya aku baru tahu kalau kat Kelantan bila buat event malam acara majlis hanya lelaki je yang naik ke pentas. Manakala orang perempuan tak perlu. Jadi nak adil depa buat video yang mengabungkan semua staff Rekod di IPKKM. 

Jadi ambil 1 hari kita orang buat di kawasan lapang di Bahagian Perkembangan. Ambil macam-macam gaya tarian dan orang dan akhirnya Persembahan kita orang jadi Johan. 


Boleh cuba tenguk kat bawah.....cuba letak kat sini emm susah no....tak pandai nak buat jadi layan je lah. Boleh tenguk team kita orang kat link di bawah. Nampak je macam tak banyak gerakan tapi bila selesai emmm berpeluh juga walaupun dalam aircond. Kelakor je masing-masing. Ngenot ngenot gitu awwwww.


Thursday, September 15, 2022

Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022



Assalamualaikum,

Hari tu kat blog sal ada berkisah pasal Hari pencegahan bunuh diri. Hah baru ni kita orang dapat post master mengwar-warkan berkenaan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia pada 17 September 2022 ni.

Hah julung-julung kalinya bangunan ikonik satu malaysia akan di limpahi dengan cahaya jingga pada malam tersebut. Warna jingga tersebut merupakan warna rasmi bagi Hari Keselamatan Pesakit juga sebagai solidariti terhadap keselamatan pesakit.

Kalau tenguk kat poster dia kat atas kebanyakannya bangunan hospital dan ada kaitan dengan kesihatan. Dari Semenanjung Malaysia sehingga sabah dan Serawak. Dah kata 1 Malaysia kan. 




Manakala sambutan di peringkat kebangsaan adalah pada 20hb September 2022. Boleh ikuti pada pautan youtube live di bawah. Ketua Pengarah KKM Y Bhg Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah akan merasmikan sambutan tersebut.

Kalau tenguk pada flyer tersebut banyak cramah mengenai keselamatan Pesakit. Kalau siapa nak tahu lebih lanjut boleh lah pi kat link tersebut. 


Pautan Youtube Live : https://tiny.cc/wpsd2022_malaysia


 

Tuesday, September 13, 2022

Wordless Wednesday

 



Pantun


Pipit tak berkawan dengan helang,
kaya tidak berkawan dengan jem,
wahai penduduk lembah Kelang,
Sampai bila anda nak terperangkap dalam jem?
Zailan Mohd Yusof
Jika badak berendam di sungainya,
Jika mergastua berkicau di rimbanya.
Degil budak ajarlah adabnya,
Degil si tua ingatkan matinya.

Khadijah Yub
wakil badak kepada kambing..
wakil kuda siburung merbuk..
Degil budak bolih dibimbing..
Degil situa bagi penumbuk..

Fiverose Hussain
Lemah lembut kata ditutur,
Anak gadis duduk bersila,
Degil budak boleh dilentur,
Degil si tua pening kepala...

* Tenguk Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ternampak le pantun 4 kerat yang disesuaikan dengan trend yang tular baru-baru ni pada seseorang yang mengunakan #biar tak hensem tapi kaya. 

Alahaiiii dunia-dunia.. Masa baru kahwin susah senang sama-sama tapi bila dah senang tendang yang lama cari yang baru. Sian pulak yang lama tapi nak buat camno dah jodoh kan ..tapi bila baca pantun-pantun yang ada emmm best juga ayat-ayat mereka. Orang tak pandai berpantun tapi suka membaca pantun-pantun yang puitis ayat-ayatnya apa lagi pantun  yang klasik ayatnya. 

Apa pun semuga ex isteri tabah menghadapi dugaan yang melanda. Padahal aku tenguk isteri yang pertama baik dan lebih cantik dari yang baru tapi tu lah manusia kan kadang dah jemu dengan yang lama... itu yang cari baru. Bayang kan 22 tahun berkenalan dan 20 tahun hidup bersama bila senang hilang semua tahun-tahun yang dah dihadapi bersama.  Hanya Allah yang maha mengetahui apa pun yang terjadi disebalik semua ini.



Friday, September 9, 2022

Team belakang meraikan Yatt

 


Assalamualaikum,

Hari jumaat lepas kita orang pi makan kat luar. Yang ni team belakang punya agenda. Oleh kerana Yatt dah lapur diri kat Kelantan dan dapat tangguh 2 minggu lagi,  jadi kita orang pun plan nak bawa Yatt makan kat luar. Belanja dia makan dan meraikannya. Aku dah pening nak pi mana. Bila teringat masa farewell Kak Adah yang team Rekod Perubatan buat emm apa lagi aku pun terus tanya Mekza camne nak book makan kat Indus Cafe Bora Ombak lagi. Dapat je contact person terus booking untuk 11 orang dan terus bayar harga. Nampaknya harga makan dah naik. Masa Kak Adah bulan 7 tu harga sekepala dalam RM31 tapi kali ni dah naik RM35. Aku dah malas nak cari lain hah terus je lah proceed.

Tuesday, September 6, 2022

Balik Kampung yeh yeh balik kampung

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur dapat balik kampung lagi. Patutnya awal bulan 8 hari tu dah dapat kumpul bersama keluarga tapi aku kena covid lagi   Dah habis kurantin dan dah sihat masuk kerja, jadi hujung bulan 8 plan semula percutian  balik kampung. Kak Ijah excited sangat bila kata kami nak balik kampung tak sabar nak jumpa adik beradik dia. Tapi tu lah aku pun cuak sebab tenguk Pit up status makan malam bersama adik beradiknya. Jadi bila call kak Ijah rupanya anak-anak dia  semuanya  balik. emm tak jadi lah nak ajak Kak Ijah balik muo bila semua anak beranak dia balik.  

Thursday, September 1, 2022

Royal Floria 2022 di waktu malam

 


Assalamualaikum,

hah semalam dah tenguk yang di siang hari. Rupanya yang malam lagi cantik sebab berwarna-warni. Kalau seseiapa yang belum pergi jom lah. Tarikh dah di lanjutkan kepada 6hb September 2022 sebab cuti sekolah kan. Hah apa lagi jom lah jom lah jom lah.


                   
                    Apa hal le si model tu dok ngayat si kuda 2 ekor ni sedang berdataing. hehehe


Ni cantik kan....Macam masjid Kuala Kangsar je warna kuning Diraja.


               Oh air panjutnya ada cahaya.....emm cantik cantik bagaikan taman Diraja gitu. Rasa macam nak juntai kaki dalam kolam air panjut tu je.....hahahaha apa kes lah nak juntai-juntai kaki dalam kolam malam-malam hari... alahaiiiiii 



Bunga balung ayam ni bila banyak-banyak merah sangat Mak ngah


Bila ada asap macam tu di tengah malam emmm aku bayangkan cik ponti berayun ayun atas buaian......larikkkkk


Yang ni aku tak nampak pulak kat area mana.....warna warni sangkar burungnya.


Lampu kat tiang tu cantik bagaikan baju meliputi kulitnya....apa le aku punya umpamaan ni.


Petugas barisan hadapan....zaman covid ni mereka lah wira tak di dendang...nampak mata je 2 butir


Yang ni kat area spin wheel tapi kali ni dia tak letak benda tu semua. Tarikkannya ialah lampu yang berjuntai tu.  Macam titisan hujan berwarna biru kan....emmm terus biru mata hitam ku.....aiyakk



Suasana indah di malam hari



Macam nak bentuk bulat kereta kuda dalam citer Cinderella.....pukul 12 malam nanti ting tukar jadi buah labu....tapi tu le tak nampak tikus tukar jadi pengawal kuda....aku punya imaginasi bukan main. 


       Laluan pejalan kaki tu memang cantik bila siang...bunga-bunga kuning merimbun disebalik gerbang


Suasana malam sungguh indah dengan kerlipan lampu berwarna warni






Oleh kerana pada tahun ni tema Orkid....ada satu wall penuh dengan bunga orkid pelbagai jenis dan cantik kembang semuanya.

Rasanya kalau pergi malam suasana malam memang sungguh indah tertarik ko memang debom le Floria....hehehe meh meh meh apa lagi.


Kredit gambar tourism Malaysia



Royal Floria 2022 di Putrajaya

 


Assalamualaikum,

Yeh Floria datang lagi, kali ni balik ke tempat asalnya. Tahun 2020 buat kat Taman Botani dan di tempat baru tapi aku tak pergi sebab parking susah dan nampak banyak bukit kena di daki dan lurah kena di turuni....hehehe.  Entah kenapa bila tukar tempat tu malas pulak nak pi tapi Kak Jal dengan julie pergi juga. Sebab Kak Jal peminat bunga hah mesti lah datang tenguk. Tapi kata dia tak pusing semua sebab tempatnya banyak bukit dan tak larat nak jalan semua tempat. 

Tapi kali ni bila kata balik ke tempat lama...hah gigih ko nak pergi malahan selepas je balik kampung terus je pi homestay julie kat putrajaya.  




Kali ni macam-macam ada malahan ada kawasan yang luas untuk berpiknik dengan anak-anak. Siap ada zoo lagi....hah apa lagi mesti budak-budak suka.

    Kalau nak tahu berkenaan Floria boleh le pi sini  Sejarah bermulanya Floria di Putrajaya


Tempat ni memang aku suka tenguk. Oleh kerana bersempena bulan kemerdekaan hah jalur gemilang menjadi hiasannya. Tema tahun ni bunga Orkid. Dalam banyak-banyak deko gergasi atas jalan ni aku suka yang payung warna-warni. Boleh le bergambar atau berselpie sampai lebam. aiyakkkk

Malahan semasa ambang merdeka ada pertunjukan pentas dan juga bunga api. Malahan bila malam memang lagi cantik lah dengan lampu warna-warni.....huhuhu tapi kita orang tak pi...hanya tenguk bunga api dari tingkat 9 bangunan kuaters di Putrajaya. hehehehe jadi lah ye dah sah le jalan akan jem dan orang ramai.....tak larat nak pi.    


aku tayang le gambar bunga-bunga sedang mekar berbunga supaya hati semua yang memandang pun bermunge-munge....hehehehe bukan aku sorang ye yang hati bermunge-munge.


Bunga ni macam bunga butang tapi bila banyak-banyak ala-ala tomeinya... 


Oleh kerna tema bunga orkid jadi banyak juga bunga orkid disana sini. Dengan hiasan pokok ati-ati...cantik pulak



Kekwa ni pun cantik....alahaiiiiii rasa kembang di hati pulaknya


Ada hiasan macam ni di sepanjang jalan. Cantik sangat tapi orang ramai lalu lalang jadi susah nak ambil sorang 



Geram kan tenguk orkid macam-macam jenis....plak tu berbunga semuanya. Bila tanam huh nan ado le nak bunga banyak-banyak camni. 


Ni macam species bunga tahi ayam tapi katanya bunga marigold....emmm ye kut macam warna emas kan.



Orkid lagi


Ada pertandingan bonsai juga....macam-macam jenis bonsai....harga pun kalau jual emmm memang kayangan ler






Kami masuk  Pavilion sebab beraircond. Rupanya ada pertandingan gubahan antarabangsa. Macam-macam negara. Jerman ada tu yang aku ingat le.
















Kat pintu keluar pavilion ada la mesin jual coin tema orkid harga RM40. Kak Jal kata daripada beli ni baik le beli bunga. hahahaha orang yang sebelah kami gelak je dengo kata Kak Jal. 







Akhirnya......yeh takde orang....hahahaha


Ada juga jualan pokok-pokok. 

Dah habis keliling kami balik ke pangkal jalan tenguk tempat jualan pokok -pokok pula. Tapi rembat tak banyak.....setel semua kita orang pun balik. diam tak diam masuk pukul 10 hampir pukul 12.30 hari kita orang keluar. Tu pun sebab jem nak dekat 1 jam juga tunggu julie jemput sebab parking jauh.

Hah sapa yang belum pi jom lah. Tarikh dia 29hb Ogos 2022 sehingga 4hb September 2022. Harga tiket  dewasa dalamRM15. Boleh beli kat kaunter tapi kalau nak cepat beli online je. Sebab kadang kat kaunter orang ramai.