Friday, August 4, 2017

Bershellout di pejabat

Assalamualaikum,

Wah bershellout lah sangat ko. Hah jangan tak caya ko buat kat dalam pejabat lagi. Sebenornya aku ni pun dah ketinggalan zaman juga. Orang dah bershellout dah berjaman aku baru nak rasa. Apa lagi bila member ajak share beli online 1 pack untuk Rm15. Jadi pakat punya pakat, tanya punya tanya ada 6 orang sudah berminat. Apa lagi terus berdezup je bayar kos makanan termasuk kos penghantaran Rm 5.

Jadi hari jumaat kan masa panjang, dengan member berzumba lagi jadi pukul 2 lebih barulah dapat bershell out. Ada member yang rajin setupkan meja sementara menunggu member yang lain berzumba selesai. Aku pula dah kena hamput dengan big boss pagi tadi terus kena siapkan kerja. Orang lain yang tak siap report, aku yang quiry data pulak yang kena hamput. emmm sabor jelah. Tak pasal-pasal pagi ni kena marah. Orang lain punya kerja tak selesai aku yang kena hamput. Takpe lah.... sabar jelah.



Rupanya dia sediakan juga nasi putih yang di bungkus macam nasi lemak. Ni member keluarkan 1 demi 1 bekas dan tuang atas meja.


            Tu dia selambak ko....ada lala, ketam, sotong sikit, jagung rebus, udang dan sayur brokoli.


                                                         Jom makan......yummy



                                                         Kecur tak tenguk...... hehehehe


                                   Jom kita serbu.......jemput makan.



Dah selesai......kuah dia sedap. Kata Anis dia nampak dalam facebook orang berniaga untuk shellout ni, yang boleh hantar ke pejabat. Jadi search lah dalam facebook ya.  Sambil makan tangan sambil kaut depan tu, sambil masuk mulut. Dalam sekelip mata selesai semuanya. Yeh sodap hingga menjilat jari ko.


Alhamdulillah.....selesai acara shellout di pejabat. Erkkkk opsss. dah kenyang mata pun dah ngantuk. hehe

Wednesday, July 26, 2017

Coret-coret Raya 2017 - Raya ke 2,ke 3 dan ke 4

Assalamualaikum...

Alolo raya dah habis aku punya cerita raya bukannya banyak sangat tapi terlajak pula ke bulan Zulkaedah. Orang dah sibuk-sibuk nak pergi menunaikan fardu Haji aku punya cerita raya tak habis lagi. Alahaiiiiiii sori berlori lori lah ya. Ok kira penutup bulan Julai lah ya aku cerita kisah raya aku.  Tadaaaaaaaaaa


    Raya ke 2

Selepas mak meninggal tahun 2013, tahun 2014 kita orang start berkunjung ke rumah paman Yasir kat Gersik. Kiranya orang muda berkunjung menjenguk saudara yang tua. Tapi sebelum tu singgah rumah Kak ijah dulu kat Parit Sulong barulah terus lalu Pagoh ke Gersik.  Kamera aku rosak lepas balik dari Perak dulu tak sempat repair lagi kat kedai jadi takde le gambar beraya. Ni pun sebab banyak dari gambar dalam whatsapp keluarga yang aku letak. 

Beraya rumah Kak ijah dah tengahari jadi sudah semestinya makan tengahari lah. Tapi masa kita orang sibuk-sibuk nak keluar rumah, datang pula Kak Fauziah menantu aruah Chik Thah sekeluarga datang beraya. Semalam masa Ina datang beraya 1 family dia ada cerita yang Kak Fauziah nak balik muar tapi talipon Zizah tak jawab-jawab. Tapi ayat dari Kak Fauziah yang Ina ceritakan ialah cadangan Kak Fauziah nak tumpang tidur rumah kita orang seandainya Zizah tak jawab jua. Mereka ni semua keluarga Mak saudara aku Chik Thah yang rumahnya sebelah je ni. Sejak Aruah Chik Thah meninggal, rumah pusaka Nas dan Zizah yang duduk. Kak Fauziah tu kiranya menantu sulong dan Ina tu walaupun anak angkat dah macam anak yang bungsu lah. Kita orang dah susah hati juga seandainya Kak Fauziah sekeluarga nak tumpang tidur sebab takut tak cukup ruangan. Almaklumle keluarga adik beradik aku yang balik beraya masih ramai. 

Rupanya Kak Fauziah tumpang tidur rumah kawannya di Parit Bunga bila Zizah tak jawab-jawab panggilannya. Kalau Zizah tak jawab macamana Kak Fauziah nak tumpang tidur rumah pusaka Chik Thah.   
Jauh tu dari Pahang ke Muor. Patutnya Kak Fauziah tu dah tahu Zizah perangainya macamana booking le siap-siap homestay kat Batu 5 tu, ni dah last minit dah tentulah semua homestay penuh.  Kadang kita orang adik beradik pun pening layan kerenah anak-beranak Aruah Chik Thah. 3 beradik je tapi yang tua dan no 2 tak ngam.   

Ok sambung cerita beraya rumah Kak ijah yang tergendala tadi. Pukul 3 kita orang bergerak ke Gersik pula. Lalu Pagoh masuk Panchur dan lalu jambatan merentasi sungai muar terus ke gersik. Dulu masa jambatan tu takde terpaksa lalu bandar muar baru boleh ke area Sg Mati, Serom , Bukit Gambir dan Gersik. Sejak ada jambatan merentasi antara tebing Bukit Gambir dan tebing Panchur senang dah. Tak payah pusing keliling bandor muar baru sampai ke Gersik. 

Paman Yasir dah tak berapa sihat sangat. Berjalan pun pakai tongkat tapi masih lagi kenal saudara mara. Manakala Bik Samilah pula dah mula ingat-ingat lupa. Kalau berbual pun nanti dia tanya semula ayat-ayat yang mula-mula kita tanya. Bila tenguk Pakcik dan Makcik aku macam tu kesian sekali. Dah lah tinggal berdua ja. Masa raya memang le semua anak beranaknya balik. Tu yang Kak Miah sedang cuba nak mohon balik ke kampung mengajar di Gersik. Supaya senang jaga Paman Yasir dan Bibik Samilah.     

Bila sampai rumah paman macam biasa menu macam makan tengahari. Padahal dah petang masa tu. Sembang dan makan-makan pukul 6 kita orang pun balik. Sampai Bakri dah magrib.

    Raya ke 3

Raya ke 3 pula kita orang pusing rumah adik beradik yang lain di muar dan di melaka. Rumah pertama sekali rumah Kak Limah di Tanjung Agas.  Kak Limah buat soto siap dengan bergedil lagi. Lepas tu sambil bersembang kita orang ajak kak limah lah pula raound bersama. Anak-anak buah aku Meri dan har ada lagi. Boleh lah bawa kedua mempelai Akak dan Abang ipar aku berjalan. Abang ipar aku Cikgu Selamat ni kalau berjalan kadang tak suka nak ikut. Tapi alhamdulillah sejak semenjak ni bila kita orang ajak jalan hendak pula dia ikut. Selalunya beri izin kak limah je join kita orang beraya.  


Macam serupa tapi tidak sama. Sebenarnya ni sebaya tau cuma lain bulan je. Cucu Kak limah ada sekali tu 3 orang sekali, sebaya cuma lain-lain bulan. Cuma cucu anak yang bungsu je terlajak tahun. Bersama pula dengan Anak Jol. Kiranya masa raya tahun tersebut masing-masing terbuyut-buyut bawa perut. Yang mula bersalin Meri selang sebulan Jaja (isteri Jol) lepas tu Izan (isteri Har) dan akhir tahun Meria. Dee pula masuk bulan jan ke feb gitu. 


Lepas pergi Tanjung Agas, kita ke tangkak pula rumah Kak Jal. Layan nasi himpit, kuah lodeh, rendang tak pasti ada ke tak. Sedap layan puding berkuah je.  Kak ijah lambat sampai, kita orang dah ke melaka pula. Ke Taman Sri Duyung. Tetamu Kak Ijah ramai sangat datang berduyun-duyun sampai tak boleh gerak keluar beraya dengan adik beradiknya.  


Ini lah kak Limah dengan cikgu Selamat serta anak sulungnya Cikgu Merina. Rupanya Abang Selamat naik kereta Har manakala Kak Limah naik kereta Meri. Dah berasing kenderaan bila Meri lambat sampai abang Selamat dah tercari-cari belahan hatinya. Alahaiiiiii.  Lain kali kena cakap dengan anak-anak Kak Limah lah jangan pisahkan mereka berdua. hehehehe

Setiap kali ke rumah Ijan ni mesti salah masuk jalan. Kena cari pintu belakang rumah Adek baru nampak jalannya.  Shida seperti biasa masak Mee Kari. Ada juga menu lain. Macam mee sup tapi mee dia tu tak pasti mee apa. Layan makan kat gazebo Ijan ni memang best lah. 

Menu rumah Ijan.

Sambil makan sambil bersembang di luar rumah. Seronok duduk kat gazebo luar tu. Tanam pokok anggur tak buah-buah, entah bila lah dapat rasa. 
Tangga batu ala-ala tangga rumah melaka hasil tangan Ijan. Rupa-rupanya menurun juga skil tukang menukang aruah bapa ke anaknya.  

Selepas rumah Ijan kerumah Adek pula. Oleh kerana Shiba menjaga maknya yang uzur jadi Adek order Pizza Hut untuk tetamu yang datang. Apa lagilah anak buah serta cucu saudara aku memang suka lah. 
Adek dan Ijan beli rumah dalam Taman yang sama cuma beza tahun pembinaan je.  

Dan akhir sekali rumah Kak nong di Jalan Laksamana Cheng Ho dekat dengan Bukit China. Wah rasa penuh juga perut ni sebab sampai 5 rumah beraya.  Ala makan sambil bercerita hal adik beradik le. Kalau tak bukannya selalu dapat beramai-ramai macam ni.  


            Selfie beramai-ramai......kalau dah ramai-ramai ni macam-macam je agendanya. Atok, anak, cucu semuanya sama je bila dah ramai-ramai. hehehehe

                         Amboiii kamal dah kenyang sampai landing ala-ala ikan dugong je.

            Keluarga bahagia  keturunan Arwah Wak Dollah dan  Arwah Wak Saipah. Semuga ukhwah kami semua tetap utuh dan padu, bahagia selama-lamanya. Aamin.


Hari ke 4

Kampung aku masih lagi mengamalkan marhaban. Selalunya setiap tahun start raya ke 2 dan mengambil masa 3 hari untuk giliran kampung Batu 6. Kali ini jadual rumah mak hari ke 4. Kali ini kita orang buat Roti John. Sambil beraya ke melaka sempat lagi cari roti, nak buat roti John sebab kat Bakri takde jual. Resepi adik ipar aku lah yang masak. Terer juga Jaja, hanya tenguk resepi kat internet dah boleh jualan Roti John secara dalam talian. Siapa order boleh di hantar sampai rumah. Kadang buat nasi Ambeng, kadang Roti John bergantung kepada permintaan. Boleh tahan juga laku. tapi penghantaran cuma area Batu Pahat je lah. Kat muar..... huhu jauh nak hantar.


 Begitulah berakhirnya acara raya pada tahun 2017. Kak nora balik tengahari selepas marhaban habis. Besoknya Jol pula balik dan aku balik KL hari Jumaat. Bila seorang demi seorang balik semula ke lubuk masing-masing sedih pula hati. Rumah kampung pun mula rasa sunyi.  Tunggu raya Haji pula balik kampung lagi.

Monday, July 17, 2017

Coret-coret Hariraya 2017-Raya 1

Assalamualaikum dan selamat Hari raya semua....eh ada raya lagi ke...alahaiiii dah minggu akhir dah...baru nak cerita raya pertama...hehehehehe takpelah janji rock kan eh rayakan. Asyik ulang alik ke mimos buat UAT mood nak bercerita pun berulang alik....hehehehe ayat klise sungguh. Tapi memang le sejak dapat jadual UAT cycle 1 dan 2 emm memang ke laut lah semuanya. Apa lagi cycle 1 dibuat masa bulan puasa, memang puasa terus blog aku. Jadi ni kiranya sapu lah sikit sawang yang dah nak jadi gua kelam je ni. hehehe


Apa pun buat kawan-kawan semua masih sempatlah kan aku ucapkan Selamat hari Raya....maaf zahir dan batin. Kosong-kosong ok.


                                                         Beraya ke rumah Mak Itam

Ok aku nak cerita raya pertama keluarga anak-anak Wak Dolah dan Wak Saipah menyambut raya di Bakri. Walaupun aruah mak aku meninggal tahun 2013 tapi atas arahan Kak Long aka Kak Ijah, kita orang tetap teruskan tradisi menyambut raya di Bakri. Jadi walaupun sedih raya pada tahun 2014 kerana pertama kali beraya sebagai anak yatim piatu... kehidupan haruslah di teruskan. Jadi seperti tahun sebelumnya raya pertama mesti kat Bakri. Tapi kedatangan masing-masing bergantung kepada keadaan. Kadang pukul 2 dah sampai, kadang dah nak magrib baru sampai. Kak Ijah awal-awal lagi dah tunjuk gambar dia terbaring kat sofa sebab mabuk...maklumlah selepas bulan puasa yang kadang tak ada selera nak makan jadi bila sebulan selera kurang tu yang kadang tiada tenaga bila raya menjelma.

Mana yang sampai awal tu jenguk lah rumah Mak Itam. Tu lah satu mak saudara belah bapa yang ada. Kalau sebelah mak tinggal Paman Yasir kat gersik. Busu wang pula masa bulan puasa baru ni meninggal.

Semasa sibuk-sibuk bentang sejadah nak solat magrib ramai-ramai tu  tiba-tiba ada kereta besar 2 biji menjalar masuk rumah mak....lah siapa pulak tu. Rupanya anak Busu wang datang beraya. Tapi kesian lah pulak sebab sampai dah magrib. Kat depan yang lelaki dah sibuk semuanya bersiap sedia nak  solat berjemaah. Jadi yang kat dapur siapkan lah hidangan.  Lepas solat bolehlah hidang untuk tetamu yang datang.  Tetamu yang datang tu kesian juga sebab tak dapat layanan sempurna dari kami. Tapi bagus juga anak Busu Wang datang berkunjung sebab semasa aruah mak ada, dia orang selalu datang berkunjung.

Selesai solat magrib kita orang buat juga tahlil. Jadi bila selesai je tahlil isyak pun masuk. Selesai solat berjemaah isyak, dah malam kan jadi semuanya serbu ke dapur. Makan juadah raya dari dapur yang berlainan almaklumle air tangan berbeza walaupun nama juadah sama. Akak-akak aku datang semuanya bawa mangkuk tingkat. Malahan Kak nong kadang buat tapai pulut lagi. Tapi tahun ni emm macam tak ada je.
Acara Tahlil

Akak aku nora dek kerana nak jumpa semua adik beradik,   hah ko berdezup juga selepas selesai berkunjung rumah adik beradik Bang Rusli kat KL terus tengahari balik Muo. Jadi sampai rumah nak magrib.

Selesai semuanya acara yang di tunggu-tunggu oleh semua. Acara cabutan bertuah, bagi duit raya beramai-ramai. Ada agenda baru pula kali ini. Bila ada yang edar mangkuk kupon. Rupanya Bantuan Rakyat 1 keluarga (BRIK) seorang akan dapat samada gula atau sepaket milo. Kalau 5 ahli keluarga hah banyak juga tu dapat.

Pembahagian BRIK....bantuan rakyat 1 keluarga.... Jaki aka Ninja Tua collect kopon manakala Hisham tukang bagi gula sepaket atau milo sepaket , bergantung kepada kopon yang di cabut dari dalam kotak. 




 Acara bagi duit raya beramai--ramai. Mula-mula barisan lelaki dan kemudian yang perempuan. 
 

Yang si kecil ni sukalah sampaikan ada tu yang sampai tak cukup tangan nak pegang sampul duit raya. Macam-macam keletah yang timbul. 


Anak saudara dan cucu saudara banyak lelaki daripada perempuan.


Lepas tu cabutan duit raya kategori anak dan cucu. kali ini Kategori anak dapat pada orang melaka iaitu Shida (isteri Ijan) dan Mar (isteri Azli) manakala cucu pula dapat kat Baby (anak pit) orang parit sulong dan lagi sorang aku lupa namanya. Mana yang dah dapat tahun depan nama gugur diganti dengan orang lain yang belum dapat. List nama kan ada jadi tunggu lah nasib kut ada rezeki tahun depan dapat duit raya keluarga. hehehe.. ala buat ni pun suka-suka. Tapi semua seronok dan takde bangkangan pun bila kali pertama di wujudkan cabutan duit raya ni.  Ni semua idea Kak nong dengan secretarynya julie. Tahun ni tambahan kategori BRIK pula iaitu Bantuan rakyat 1 keluarga. Tahun depan kata Kak nong nak buat kategori Anak saudara sulong dan anak saudara bungsu dengan cucu sulong dan cucu bungsu. 

Selesai acara didalam rumah semua pun keluar tenguk bunga api. Hah berdentum dentam juga le depan rumah dengan mercun yang Orang Parit Sulong bawa. Yang kecil-kecil main bunga api. 

Selesai acara, akak-akak aku pun balik ke rumah masing-masing. Kak Ijah balik Parit Sulong Batu Pahat. Kak Limah balik Parit Bunga. Kak Jal balik ke Tangkak. Manakala Kak nong balik ke melaka di Bukit China. Adek pun balik sebab Mak mertua dia sakit dan tinggal di rumah dia. Tapi kerana nak raya ni Akak Shiba yang jaga sementara Adek dan Shiba sekeluarga balik Bakri. 

Alhamdulillah syukur dapat berkumpul lagi semua adik beradik seperti tahun-tahun sebelumnya. Mudah-mudahan ikatan keluarga kami tetap utuh sampai bila-bila. Aamiin.  

   

Sunday, July 16, 2017

Geng UB piknik Raya di Putrajaya

Assalamualaikum,

Lama sungguh menyepikan diri. Mood nak menulis memang ke laut semedang. Tapi sebab semalam pi piknik kat putrajaya dari pukul 9 sampai masuk Zohor emmm memang seronok sungguhlah menyembang sambil makan. Macam-macam cerita kita orang gossipkan.  Walaupun ada beberapa member tak dapat join, yang ada pun dah best. Dengan persekitaran yang nyaman....kita orang bentang tikar tau dan cari port tersorok bawah pokok. Tapi nampaklah orang yang datang ke Masjid Putra sebab berhampiran dengan jalan masuk ke Masjid Putra.  

Geng Ub dah lama tak piknik jadi bila di syorkan 16hb Julai kat putrajaya...semua pun seronok.  Selalunya kita orang buat potluck. Jadi menu macam-macam. Sambil gossip sambil ngap...hehehehe  

Dalam group washap semua upkan kehadiran dengan menu. Yang bagusnya Syud dari JB datang khas ke putrajaya untuk piknik. Last jumpa masa pesta buku. Tapi sayangnya Lia, kak uda dan wabbit tak dapat hadir. Lia dah kata nak datang tapi sebab demam dah cancel. Kak uda pula baru dapat cucu ke 2 dan maknya datang dari Johor nak tenguk cicit baru. Jid pun macam tu mak dia datang dari Kedah. 

Acara start pukul 8.30pagi  tapi aku sampai dalam pukul 9. Sampai-sampai je iejay, wan dan Nawwir dah sampai. Terus kita orang cari port yang sesuai. Bentang tikar dan lepak dulu sebab Kak su dan Yah sampai lambat sikit. Sementara menunggu menu utama sampai kita orang sembang sambil makan buah mata kucing dan manggis. oh lupa ada mee siput. Satu bekas aku goreng.

         Hah ni lah port kita orang. Tu nun nampak tak jalan masuk ke masjid. Orang lalu-lalang kita orang buat derk je sambil piknik. Paling best gossip pasal #fattzura. hehehehe ni Kalau amie ada lagi havoc. Amie peminat fatah tu. Tak dapat join sebab pi Bangkok.


Akhirnya kak su sampai. Yeh menu laksam. Memang sedap. Iejay bawa nasi Arab daging kambing. Yah bawa Quiche. Nawwir bawa ketupat dan ketupat palas. Kaknoor sponsor kek birthday. Hari ini birthday Anim. Jadi celebrate sekali dengan bulan Jun iaitu wan. Kek SR Balck forest cheese. Sedap sangat. Aku tukang beli. Tu pun nyaris kek tak dapat sebab aku salah pergi Tesco. Ingatkan Tesco Extra kat cheras taman Midah tu rupanya yang tepi Highway MRR2. Lepas tu salah masuk jalan lagi...dah berkeliling area Pandan Indah. Nasib baik dapat jalan yang benar dan bila sampai SR kek carrot pulak dah habis. Akhirnya setelah tanya nawwir ambil lah Black forest Cheese. Sekali bila tanya adik SR tu kalau tak masuk petisejuk boleh ke. Ohhh tidak boleh ya. Nanti dia cair. Akhirnya cadangan aku nak bawa ayam ponggeng terpaksa cancel sebab kalau dah masukkan kek, ayam perapan nanti tak muat.

Last choice call akak kat Rawang tanya resepi rendang yang selalu dia buat. Dan tada akhirnya malam itu juga aku merendang ayam. Hah nampak tu aku dah rasmi tepen warna biru yang beli kat padang besar untuk isi rendang ayam. Anim bawa rendang Tok wan. Wan bawa air mineral dan perkakas pinggan mangkuk, sudu dan cawan. Syud oleh kerana datang jauh kita orang suruh dia beli air kotak je. Nacha pula bawa kuih raya. Di hantar oleh anak bujangnya.      


       Yah sedang memotong laksam. Kita orang sabar menunggu. hehehehehe

              Kak su rasmikan Quiche hasil tangan Yah. pertama kali aku makan....emmm sedap. Licin 1 bekas

        Sambil menunggu laksam siap di potong kita orang rasa Quiche... hasil tangan Yah. Sedap.


                Posing sebelum makan. Tu nampak tu bekas mee siput.1 balang besar tau.

                                     Nasi Arab masak dalam Noxxa dengan sambal hijau dan salad timun.



        Bas pelancung keluar masuk yang ramai hari ini maklumle hari minggu. Dari tempat kita orang piknik.


                                         Menu utama dah sampai apa lagi lah makan time.

     Bila dah duduk bersimpuh ni memang macam-macam gaya ada. Ni dari gambar dari Iphone kaksu. Cantik-cantik gambar yang kak su ambil.

                                                                         Makanan yang di bawa.

                        Nacha datang dengan anak bujangnya. Tapi lambat sikit lah. Kita orang dah puas makan sambil bergossip...dia baru sampai.

                                                 
                         Sambil makan sambil bersembang. Macam-macam cerita. Dari bab #Fattzura dengan #Lofattah. Lepas tu sambung cerita drama-drama adaptasi novel. Cerita pasal keluarga Diraja johor pun masuk juga. Syud kat JB banyakle cerita pasal JDT.

               Dah selesai makan,  kek birthday ambil alih. Dek kerana lama kut terbiar jadi kek jadi lembek sikit. Tapi memang sedap lah. Lain kali boleh beli lagi.

Bila buka kotak je semua kata cantik. Masa aku beli yang coklat tu tak ada, putih bersih je. Bila customer dah bayar baru dia letak coklat rice atasnya. Yummy.

Acara potong kek birthday Julai dan Jun


                                                        Semua enjoy makan kek.

                                                    Yummy memang tip top

Bahan-bahan Laksam.

Ni panggil apa ya. Kuewtiow laksam ke. Kata kaksu seketul ni Rm1 kat area Bangi.  

Sembang punya sembang sambil makan ngulang kali ke 2, sehinggalah Masjid berkumandang Azan Zohor. Kaksu yang sebelum ni kata ada jamuan dengan editor creative dan nak balik sebelum pukul 12, tapi  tak jadi . Dah cancel jadi acara santai kita lama le. Bila perut dah kenyang dengan angin sepoi-sepoi bertiup....huhuhu mata pun dah ngantuk. Ni kalau ada bantal ni emm boleh ngorok ni. best sangat lepak bawah pokok.

                                                        Acara tapau menapau.

           Dah kemas barang semua, kita orang gambar beramai-ramai. Syud balik JB malam ni juga. Datang khas kerana potluck. Terima kasih syud. Seronok sembang. Tunggu novel terbaru Syud keluar. Geng-geng Azril dah semua jadi cerita. Jadi kena cari cerita barulah.

Jom balik.... 


Opss selfie dulu berlatar belakangkan Masjid Putra.

Semua balik dengan rasa seronok dan puas hati dapat makan dengan tenang dan bersembang dengan lamanya. Semua geng yang tak dapat join semuanya jeles bila gambar up dlam group washap. Apa pun semuga ukhwah kami berpanjanganle hendaknya. Aamiin

Sunday, May 28, 2017

Selamat menyambut Ramadan 2017




Assalamualaikum,

Apa khabar sahabat sekelian baik yang di kenali ataupun  yang hanya sekadar menyinggah tanpa di sedari.... Apa pun saya sayang kamu semua. Kerana tanpa kalian semua sunyi dan sepi lah rumah ku tanpa kunjungan.

Lamanya blog aku sepi tanpa berita....maklumlah kadang mood tu kadang ado kadang tak. Kalau aku kata busy hangpa mesti kata PM lagi busy sempat je update status... aku ni kadang suam-suam kuku nak menaip tapi sebenarnya banyak juga benda nak cerita. Tapi apa pun di bulan baik dan mulia ini aku mohon maaf ya jika ada coretan ku yang menguris rasa dengan sedar atau tanpa sedar almaklumlah aku sekadar insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Dah 3 hari kita berpuasa dibulan Ramadan tahun ini. Aku bersyukur sangat sebab Allah masih memberi peluang aku berjumpa dengan Ramadan tahun ini. Syukur sangat-sangat diatas limpah kurnia yang tiada ternilai yang Allah kurniakan padaku. Kadang-kadang merenung dan bermuasabah diri apakah amal ibadah ku cukup buat bekalan di sana nanti. Ya Allah kau ampunkan lah dosa-dosaku serta kaum keluarga ku juga buat semua sahabat-sahabat ku serta semua Umat Islam di seluruh dunia. Semuga Ramadan tahun ini kurangkan lah kesulitan umat Islam di Palestin, Umat Islam di Syria dan juga buat semua Umat Islam di mana-mana jua di serata dunia yang dalam kesusahan dalam menyambut Ramadan . Semuga mereka kuat menghadapi segala dugaan dan cubaan di bulan yang mulia ini. Semuga Allah ampunkan semua umat Islam diseluruh dunia termasuk diriku, kaum keluarga ku, sahabat-sahabat ku. Aamiin ya rabal Alamin.