Thursday, April 20, 2017

Malam majlis Perkahwinan di Brunei


                                   Dewan persandingan di tingkat 8, Banquet Hall Hotel Parkview

    Upacara pernikahan boleh baca di  Acara nikah di masjid

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semalam dah selesai upacara pernikahan. Kak jal dah boleh tidur dengan lena. Semuanya berjalan lancar. Jadi Hari Sabtu seperti semalam, buat sarapan dulu sebelum jalan. Kali ini Cikgu Sani yang buat nasi goreng. Wah semangkuk besar tu.

Tuesday, April 18, 2017

Pelancaran MyHDW oleh Menteri Kesihatan Malaysia



 Assalamualaikum,

Alhamdulillah majlis Pelancaran MyHDW hasil kerjasama antara KKM dengan MIMOS telah  berjalan lancar. Majlis telah di rasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia Datuk S. Subramaniam.

Bersyukur sangat sebab dah selesai , selagi tidak selesai asyik meeting je untuk berbincang mencari cara yang sebaiknya bagaimana majlis itu dijalankan. Malahan sebanyak 2 kali rehearsal dijalankan.

Aku punya part cuma pendaftaran jadi bersiap sedia di meja pendaftaran lah. Semua listing nama dah siap tinggal menunggu para peserta yang hadir yang merangkumi pelbagai jenis. Ada yang dari Hospital Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital, Hospital Angkatan Tentera, Hospital Universiti juga para media. Bila melibatkan Menteri dan para media banyak protokol yang perlu di ketahui supaya acara berjalan lancar.


Sebelum masuk ke dalam dewan Menteri Kesihatan serta  Dif terhormat diberi penjelasan mengenai MyHDW.


DG of Health Newsflash

Pagi ini merupakan satu detik bersejarah buat KKM. YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia telah melancarkan Malaysian Health Data Warehouse atau MyHDW yang merupakan sistem pengumpulan data kesihatan secara elektronik, efisyen dan terkini.

Sistem pintar ini dibangunkan oleh kepakaran tempatan hasil kerjasama KKM dan MIMOS. Ianya merangkumi data kesihatan daripada hospital dan klinik awam dan swasta, termasuk Hospital Angkatan Tentera Malaysia dan Hospital Universiti, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perangkaan Malaysia, dan lain-lain agensi berkaitan kesihatan di Malaysia.

Pelancaran MyHDW membuka satu lagi lembaran baru dalam usaha Kerajaan ke arah perancangan sektor kesihatan yang berasaskan kepada evidence-based decision making. Usaha ini bagi mewujudkan sektor awam yang lebih responsif, berorientasikan prestasi, inovatif serta berupaya memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti melalui penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi yang terkini.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
KP Kesihatan

 Tulisan Ketua Pengarah KKM didalam facebooknya.



                                                                    Jom daftar.


                                                      Acara sedang berlangsung. Antara tetamu yang hadir

                                             
                                                                    Pelancaran di jalankan.


     Pengarah Bahagian Perancangan mengiringi Ketua Menteri ke Bilik Sidang media bersama para media.


                   Bersama rakan rakan seperjuangan bagi menghasilkan data kesihatan yang tip top.





         Rakan-rakan sepejabat yang bertungkus lumus sama-sama berusaha supaya majlis berjalan lancar.


    Bergambar kenang-kenangan bersama Dato S. Subramaniam Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian juga Pengarah Perancangan setelah selesai majlis pelancaran.



                           Dah habis jomlah kita  balik pejabat. Ni dalam lif

Wednesday, April 12, 2017

Pernikahan di Masjid




Assalamualaikum,

Pasal jalan-jalan sekitar Brunei nanti aku cerita lah. Kali ini nak cerita masa adat istiadat pernikahan.

Kalau ikut agenda hari ini, hari Jumaat merupakan majlis pernikahan. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al- Ameerah Al- Hajjah Maryam yang  tak jauh daripada Hotel lepas solat Asar. Jadi sementara menunggu petang tu pagi ini adalah bawa ahli rombongan berjalan. Tapi acara berjalan tu nanti aku cerita dalam entry lain ya.

Pagi tu lepas solat subuh je terus tolong Kak Jal dan Kak nong masak untuk sarapan pagi tu. Sebenarnya ada dapat kopon sarapan tapi ahli jemaah kan ramai jadi tak cukup. Julie bagi pada ahli jemaah yang berkeluarga atau yang datang suami isteri je. Manakala adik beradik Aruah Bang Mat dapat apartment juga tapi  belah hujung sanun walaupun 1 floor. Jadi sibuk lah buat nasi goreng, dengan rendang semalam yang tak habis dengan sikit ketupat semalam yang tak habis. Kiranya habiskan lauk yang di bawa semalam sambil masak lauk baru.

Friday, April 7, 2017

Majlis Perkahwinan di Brunei - rombongan pergi


Assalamualaikum,

Alahaiiii majlis di Tangkak dah selesai tapi aku masih tak sempat lagi nak cerita majlis di Brunei . Apa pun alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kena update juga lah majlis gilang gemilang di Brunei dan di Tangkak. Kiranya ni siaran tertunda ya. Sebab banyak juga adegan yang melucukan berlaku juga banyak pengalaman baru semasa majlis perkahwinan ini berlaku. Nanti aku cerita sikit demi sedikit ye. Tunggu....

Apa pun nak cerita juga lah perjalanan ke Brunei ni .  Bayangkan lah hampir 30 orang ahli rombongan cik Kiah... huh pening kepala anak buah aku si julie nak uruskan. Apa lagi dengan orang yang biasa kenal tapi tak pernah berjalan, travel bersama memang tak sama. Dah berjalan bersama baru tahu ragam manusia macamana. Poning poning bila banyak orang banyak ragam.... huwaaaa

Tuesday, April 4, 2017

Jom tonton Kimchi untuk Awak





 Assalamualaikum,,,,

Wah sesekali layan movie ko.... ni dek penangan novel Kimchi Untuk Awak lah ni.  Seronok sangat baca novelnya bila kata Filem dia nak di tayangkan apa lagi lah tanya geng siapa nak pergi. Sekali Sue NB kata nak join juga. Wah lama sungguh tak jumpa. Mula-mula hari Sabtu tapi ada member yang sibuk jemputan kahwinlah, agenda lain lah jadi kita orang sebulat suara pergi berjimba hari Ahad. Tanya punya tanya akhirnya ber5 kita akan berjumpa di GSC Alamanda pukul 12 tengahari.