Friday, January 29, 2010

Mat Bunga

  

   Minggu lepas kalau tak silap aku, tv 2 menyiarkan drama mat bunga. Dan pelakon yang berlakon jadi mat bunga tu nak tau sapa? hah si pelakon macho Remy ishak. kwang-kwang. Bior betik si remy jadi mat bunga? Tapi memang betullah si Remy jadi mat bunga. Aku tenguk citer tu dah separuh jalan tapi bila tenguk Remy ishak aku pun terus je lah layan.Yang kelako tu dia peminat hindustan dan  tenguk citer hindustan kat wayang sampai nangis-nangis.... kah kah kah. Lepas tu merajuk ngan mak we sampai muncung-muncung mulut. Lagi le aku gelak. Aku sms kat nacha n kaknoor suruh tenguk. Rupanya nacha pun memang tengah tenguk. Lepas tu aku gelak sorang-sorang tenguk citer tu. Nak tau kenapa? Si remy tidur berbantalkan kuntuman bunga yang ditaburkan kat atas katil.  Pagi-pagi kalut kutip bunga yang dah bertaburan tu. Yang aku tak tahan lagi le dia mandi bunga penuh satu kolah dalam kolah mandi. Fuyoooooooo patut sih awet muda.  hahahahahahahahahahaha rasa macam nak ikut petua dia je tu selalu bermandikan bunga. hahahahahaha nasib baik le kat rumah takde kolah mandi macam tu, kalau tak emmm siap le rumah berbaukan bunga-bungaan dan habis le bunga akak aku jadi mangsa nanti. kekekekekekeke

  Setelah penat berkursus kat shah alam selama 4 hari malamnya layan mat bunga rasa relaks kepala otak. Bayang kan 4 hari kursus case mix pagi sampai malam lepas tu ada exam pulak tu. huhuhuhu penat sih. Tapi apa-apa pun layan mat bunga ni memang syiok abis. Haiiii remy ilang macho ko jadi mat bunga. hehehehe

Layan jiwang

Lagu sekelip mata kau berubah nyanyian lestari ni  memang aku suka bila teringat kisah dolu-dolu dan sedap melayan rasa jiwang karat. hahahaha. Kenangan di tinggal kan si dia memanglah amat menyakitkan hati. Tapi kenapa aku masih belum dapat melupakan dia. Kenapa kenkadang aku boleh teringatkan dia walhal aku tau dia sedang bahgia di samping keluarganya. Tapi nak buat macam mana kadang perasaan tu timbul tanpa disedari. Apa pun andainya dia bahgia sekarang aku hanya mendoakan dia dari jauh. Cuma kadang aku masih tertanya-tanya apakah salah dan silap aku. Adakah aku memang salah dan apakah kerana perbuatan keluarga aku menyebabkan dia marah atau pun dia yang telah berubah hati sehingga tergamak meninggalkan aku setelah harapan dan impian diberikan. Sampainya hati dia. Tapi tak mengapalah, aku anggap itu semua dugaan yang membuatkan aku tabah mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Jadi layan je lah lagu jiwang karat tahap tak ingat ni. kekekeke



Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari




Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya



Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini



( korus )

Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan



Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana...
cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu



Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah

Ooo... begitulah lumrahnya percintaan

Kita cuba yang asli punya ya!

5 Pengawal flu di dapur.



BANYAK bahan makanan di dapur boleh mengurangkan kerengsaan simptom penyakit tersebut seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Antaranya:

Garam: Selain menjadi ubat kumur untuk meredakan tekak yang sakit, garam sangat berkesan untuk masalah hidung tersumbat. Larutan garam yang suam boleh disedut masuk melalui rongga hidung untuk memberi kelegaan pernafasan dan mencegah jangkitan resdung.

Halia: Teh halia berkesan membunuh kuman dan meredakan masalah perut. Halia yang digunakan dalam produk mandian juga merangsang sistem limfa dengan mempercepat proses penyingkirannya.

Bawang putih: Banyak kajian telah mengesahkan bahawa bawang putih mentah memiliki nilai antikulat, antibakteria dan antivirus. Penggalak daya ketahanan tubuh ini juga boleh meningkatkan pendarahan, maka mereka yang mengambil ubat berkaitan pendarahan perlu berhati-hati ketika menyertakan bawang putih ke dalam diet mereka.

Madu: Bahan yang memiliki nilai pemulihan tinggi ini meredakan batuk dan meningkatkan imunisasi. Campuran madu dan jus limau segar adalah ubat batuk semula jadi.

Buah oren: Vitamin C dalam jus oren yang diminum setiap hari mampu memendekkan durasi selesema. Setiap 1,000 miligram vitamin C yang diambil setiap enam jam boleh mengurangkan atau mencegah simptom flu dengan berkesan.


Hah apa lagi cuba jangan tak cuba. Sonang jo tu.

Friday, January 15, 2010

Kenangan lalu

   Setiap hari bila dalam kereta aku selalu di temani KLFM. Start engin je maka halwa tinge di asak dgn KLFM. Manakala sebelah petang pula aku suka KLFM sebab KLKL iaitu kenangan lalu Kuala Lumpur. Lagu-lagu yang di putarkan semasa KLKL selalunya merupakan lagu evergreen gitu. Apa lagi aku memang suka layan lagu-lagu lama yang nostalgik gitu. Tiba-tiba lagu Hajat berkumandang dendangan Haida. Aisey men syioknya.  Lagu ni sebenornya merupakan lagu nostalgik bagi aku sebab abang MI yang dedicated lagu ni untuk aku semasa kami kenal dulu. Dia hadiahkan lagu ni special untuk aku supaya aku tidak menaruh harapan pada dia. Memang le bila menghayati lagu ini apa lagi lah mendong kan datang secara tiba-tiba melingkari ruang mata ku. Kami dah lama terputus hubungan tapi kenangan di Batu Layar semasa kursus BTN akan sentiasa dalam kenangan aku.  Aku salute dia dan bangga dapat kenal abang seperti dia. Aku rasa dia masih lagi di tempat lama tapi macam mana ye nak contact balik. Sebenornya aku windu kat dia. Bukan sebagai sesiapa didalam hati tapi tempat dia khas sebagai abang yang aku sayang. Jadi layan je lah ye lagu hajat dendangan Haida ni ye.




Hajat - Haida


Bisakah kau tempuh ranjau ini
Yang pastinya jurang menghalang
Sanggupkah engkau
Susah payah bersamaku
Janganlah pula nanti
Kau menyesali... setelah melalui...


Ku sekadar mawar di dalaman
Tak bererti budi yang dipandang
Rupa adalah... diangankan setiap insan
Betapa jauh jarak
Kita berdua...
Janggal digandingkan


Pernahkah kau terfikir
Satu masa nanti sayangku
Apakan terjadi
Pasti gelora yang akan melanda
Kita berdua akan karam...


Oh kasih...
Sungguh ku mengerti
Tulus benar oh kasihmu
Tak ku sangsikan
Seputih hatiku
Itulah kasihmu
Dari dulu dan kini


Oh sayangku
Lupakanlah semua
Hajat untuk memiliki
Diriku ini
Tak sanggup rasanya dirimu dicerca
Maka retak kasih saudara


Kita saling kasihi
Jadikanlah itu memori
Sayangku moga engkau tahu
Tidak semua cinta bersatu

Saturday, January 2, 2010

Majlis kahwin Norsharida & Azam

   Majlis kahwin ida dibuat malam hari kat selayang. Mula-mula tu bila dia orang ajak pergi ramai-ramai aku macam malas nak pergi sebab malam hari. Kena pergi selayang pulak tu jauh sih malam-malam hari. Almaklumle aku ni memang le tak gemor jenjalan malam-malam kalau takde geng. Tapi bila jamie kata ala ida kahwin bukannya selalu jom le.... akhirnya aku pun teruja le nak pergi.

   Majlis bermula pukul 8.30 malam. Lepas magrib je aku pun keluar rumah. Dengan hujan gerimis mengiringi perjalanan. Dan nasib baik juga MRR2 tak jem sangat jadi dalam kul 8.30 aku pun sampai. Mula-mula lalu nak masuk Batu caves tu aku dah cuak sebab tak pernah lalu situ. Dengan keadaan jalan yang sedang di baiki lagi dengan gelap malam lagi teragak-agak lah juga bawa kete. Lepas tu bila belok ke arah kanan menghala sg tua aku tenguk papan tanda kata selayang.... laaaa aku dah sesat ke. Jadi bagi signal berhenti kat sederet kedai. Call june nak tanya mane tempatnya. Skali terpandang papan tanda kompleks sukan ...... oooo rupanya kat depan tu je. Dan kebetulan depan tu ada kosong aku pun terus park kat situ. Rupanya boleh masuk kat dalam dewan tu dan aku dengar pukulan kompang berkumandang. Kiranya pengantin baru masuk lah.

  Kat depan pintu aku nampak che' wan dgn org umah nya. Rupanya dia tunggu Big boss yang di waktu itu dlm perjalanan. Tercangak-cangak juga le aku sebab kat dalam takde orang pun yang aku kenal. Sekali masa ambil nasi dan lauk nampak suhaya dgn suaminya. Apa lagi aku pun menebeng sebelahnya. Nampak juga matron dgn che abenya. Matron tak makan cuma datang jenguk je dan tak lama kemudian balik. Suhaya pun selepas tu balik dan aku tinggal sengsorang makan. Ada jiran ida duduk menemani aku.

   Masa dok tercangak-cangak tu rupanya jamie accident. suaminya terlanggar motor orang. Alahaiiiii jadi depa semua  terlambatle.  Tak lama kemudian muncul june,mali, nor, kak nor. Fiza pun rupanya dah ada dlm dewan. Aku juga jumpa Aida dgn askar-askarnya. Aku pun terus pergi ke meja depa semua. Havoc le sekejap. Sambil depa makan dan tunggu pengantin makan terus ambil gambar. Lepas tu aku pun terus chaw balik. Ye lah nak tunggu sampai habis majlis nanti sampai rumah pukul berapa cik bedah oiiiii ko tu dah le gegel... nak balik malam-malam pulak da....

  Dengan hujan yang turun sekejap lebat sekejap gerimis aku sampai rumah dlm pukul 10 malam. Layan citer last mohican kat NTV7 emmm syiok juga.

Dewan yang cantik gemilang.



Posing yang havoc gitu... hehehe



SELAMAT PENGANTIN BARU IDA & AZAM.
dah selamat ko jadi bini orang ida oiiii semuga kekal bahagia ada nya..... Amin

Friday, January 1, 2010

Tahun baru 2010




Dah 2 hari tahun baru di lalui. Apa azam tahun baru? emmm rasanya azam yang sama tapi masih tidak kecapaian. Adakah ianya telah di takdirkan atau aku tak cukup usaha ke arah tersebut hanya Allah sahaja yang mengetahui. Apa pun azam aku biarlah rahsia. hehehehe malu sih kalau di bagitau. Tapi nak buat camne kalau aku dah memang berazam ke arah itu tapi tuhan masih belum nak makbulkan. Sabar je lah dan terus berazam dan berdoa muga ianya tertunai satu hari nanti. Insyallah .

Kalau di ingat tahun 2009 yang telah di lalui berbagai rasa yang aku rasa. Ada yang manis, masam, tawar, masin dan macam-macam lah. Pahit dan manis kehidupan itulah rencam warna kehidupan. Apa pun aku bersyukur dengan apa jua yang aku terima dan hadapi. Kawan-kawan yang semakin lama semakin aku memahami. Mana sahabat, mana hanya kawan dan mana sahabat susah senang. Apa pun itu semua merupakan pengajaran bagi aku dalam menangani rencah dalam berkawan. Tempat kerja yang semakin lama semakin menyesakkan jiwa. Keluarga yang semakin berkembang dan membiak. Dan paling akhir baru je walimatulurus yeye. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun penat menolong kak ijah tapi syukurlah akhirnya majlis berjalan dengan lancarnya.

Dan bermula tahun baru maka bermula lah bagi kerja pejabat yang perlu di bereskan. Setelah mengambil alih program baru dengan mempunyai 2 orang staff aku tak tahu lah samada aku mampu menangani kerja-kerja tersebut. Apa pun aku akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah kerja tersebut bagi menghasilkan data yang lengkap sebelum bulan 3 berakhir.

Dan pada tahun 2010 ini aku dah merancang beberapa tempat untuk di lawati, tapi itulah kena tenguk dompetnya adakah fulus bisa menunaikan hasrat hati ini. Kalau lah aku orang kaya aku teringin nak pergi umrah bersama mak dan adik-beradik aku semuanya. Mesti seronok kan! Semuga allah memperkenankan doa aku ini sementara hayat mak masih ada. Amin.

Apa pun semuga tahun 2010 sentiasa menambahkan keceriaan hidupku dan juga di murahkan rezeki allah swt. Amin