Showing posts with label Travel - korea. Show all posts
Showing posts with label Travel - korea. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Korea 2011 Day 5 Bhg 3



Asalamualaikum semua,

Lokasi 21( Parlimen Korea)

Setelah selesai kat lokasi KBS, kami singgah sebentar di  Parlimen Korea. Walaupun hanya jenguk kat depan pintu pagar je tapi sempat lah juga bergambar dengan polis korea yang sedang berkawal di pintu pagar tu. Mana boleh sembarangan nak masuk ke dalam. Polis tu pun macam suka je posing dengan pelancong luar. Tak pasal-pasal glemer jap depa. hahaha.


                                                       Terblur lah pulak gambarnya.


                                       Ni dah menyeberang jalan berlatarbelakangkan parlimen korea.


Lokasi 22 ( Yeouido park)

  Lepas tu baru terus ke taman Yeouido... Sambil menikmati pemandangan taman yang cantik dengan daun-daun berguguran berbagai warna memang indah. Taman ni luas sebenarnya tapi kita orang cuma menyelusuri sebahagian je. Apa lagi dengan cuaca yang beransur nak malam dan tiupan angin sesekali membelai menambahkan kesejukan pula. Kat korea ni persekitarannya memang best cuma tak tahan bila angin bertiup huhuhu daging yang berlemak berketul-ketul pun boleh rasa dingin. Hahaha


                Berjalan santai menikmati pemandangan. Daun-daun dah banyak berguguran.




                Bunga masih ada lagi yang berbunga tapi taklah sebanyak musim  bunga kan

                                                     Suasana malam semakin menghampiri

 
                              Di tengah padang terpacak bendera begitu megah berkibar.


 Ni nacha dan anak daranya berposing. Orang pun ada posing juga ala-ala meniarap atas tanah tapi malu sih mahu di pamerkan. Ala gaya golek-golek bollywood gitu sebab daun yang gugur tu dah macam permaidani. Mana tak syioknya nak bergolek. hehehe
               
                                           Pokok ni memang comei tu yang tak menahan tu.

  Hamparan daunan nan berguguran. Best golek-golek bollywood ni. oo meree bubaaa. Huh tersampuk bollywood lah pulak.

Lokasi 23 ( 63 Building)

 Selesai berjalan santai di Yeouido park kami pun di bawa ke Bangunan tertinggi ataupun 63 Square. Bangunan ni femes sebab ada lokasi cerita dalam My girl. Oppa Gong Chan menunggu heroin datang.


 Kat bawah ada macam-macam tempat nak pergi juga tapi kita orang terus je naik lif untuk ke atas melihat pemandangan bandar korea.

               Ni dalam lif berasak-asak dengan nazmi, kita orang punya ketua agent jenjalan.

Kat atas selain daripada dapat melihat pemandangan seoul terdapat juga pameran.


                                               Sky tunnel ni bertukar-tukar warna tau.



 Dah puas melayan pemandangan kat atas, terus turun untuk pi dinner. Sambil berjalan keluar pintu sempat lagi tu skodeng kedai roti, tenguk roti macam-macam jenis. Hahahaha dah penat, dinner belum makan lagi tu yang dah rasa  lapor le tu. Terus ke Itaewon untuk mangan.


Ni dinner kitaorang. Dah kesejukan berjalan,  layan lauk berkuah panas-panas macam ni memang sedap. Nama opss minta maaf targeliat nak cakap. hahahaha. dah kebulur hentam saje labuuu.

Ok sambung hari esoknya ke Everland 1 hari dari pagi sampai petang. Oooo yeee  

Korea 2011 Day 5 bhg 2

Day 5 Lokasi 20 (Studio KBS)

 Assalamualaikum,

Aduhaiii dah masuk 2 tahun N3 Autumn seoul tak habis2 lagi, apasal lah liat bebenor nak habiskan cerita pi jenjalan laaa ni.. Tenguk orang lain berdesup-desap buat N3 copek jo siap. Aku ni huh memang naik beca roda 3 sungguh, terkemut-kemut dok nak mengarang cerita. Sampaikan dah banyak lupa. Ok lah jom asyik melalut je entah bila nak siap. Jom kita pi seoul lagi..... jom jom jom 

Lokasi sebelum ni iaitu setelah melawat Pulau Nami dan seterusnya dah siap makan serta solat semua kat Itaewon, ialah KBS studio. Pencinta Kdrama memang teruja, apalagi semua geng peminat fanatik Kdrama, sampaikan akak aku yang tak minat cerita korea, balik je terus tersampuk minat nak tenguk cerita korea pulak da.... hahahaha adiknya dah perayat akaknya, sampaikan pi bawak ke lokasi drama lagi. Adik Yana satu-satunya member lelaki dalam group selain dari agent travel iaitu Nazmi, kitaorang tenguk dia pun dah macam lelaki korea lah pulaknya. Fesyen baju serta rambut pun dah stylo macam kpop.   


 Ni lah studio KBS, yang mengeluarkan berbagai-bagai drama korea. Winter sonata adalah salah satu dramanya. Masa kali pertama kami pi korea tahun 2008 dulu, kita orang pi tempat drama terbitan MBC iaitu Jangeum atau Jewel of the palace. Best tempatnya sebab ia adalah cerita drama zaman dahulu jadi penempatan lokasi itu merupakan perkampungan korea zaman dahulu. Cerita dia pun best walaupun lama tapi seronok menonton dan tak jemu. Bagusnya cerita tu sebab daripada situ kita boleh tenguk bagaimana penyediaan makanan zaman dahulu yang penuh dengan tradisi korea. Malahan bumbunya yang disimpan beberapa tahun didalam tempayan nampak begitu enak bila ianya digunakan mengikut jangkamasa yang sepatutnya ia digunakan.Tapi betullah cara penyediaan makan tradisi korea begitu berseni. Cewah dah melalut lah pulak aku ni. Ok kita jalan dulu



 Ni ada disediakan set untuk posing dan terus masuk dalam tv.... yeahhh kunun- kunun artis kanak-kanak ribena gitu, tak nampak ke backgroundnya cerita kanak-kanak. tu posing ala-ala manja dengan kak uda gitu


Lepas tu kita orang di bawa ke sebuah bilik melihat drama 3D ke 4D aku dah lupa tapi kena pakai spek khas untuk menontonnya... penuh bilik yang comel ni dengan geng kitaorang... dengan riuh tak cukup mulut bercakap lagi, menonton tapi riuh rendah mulut masing-masing bercakap, nasib lah depa tak sound marah-marah... yang penting riuh rendah enjoy the show

Lepas tu kami di bawa ke sebuah studio rakaman bagaimana suasana pembaca berita bertugas.. hehehe kononnya nak jadi pengacara tapi hualaaaa kaku mak aiiii.... almaklumle masuk tv uuuu hehehehe
                     Kaku kooooo emmm memang tak ado gaya jadi pemberita la weii keras kejung


   Winter Sonata yang menyebabkan Kdrama meledak-ledak kat Malaysia dolu. Kiranya pencetus Kdrama kat malaysia. Dia yang best tu sebab iringan muzik dia memang sedap di dengar. Tenguk cerita dia walaupun kita tak faham kecuali ada sarikata dibawahnya tetapi hanya dengan ayat-ayat sedih serta iringan muzik yang mendayu-dayu sedih membuatkan kita sebagai penonton merembes-rembes ayaq mata gugur. Tak payah lah pelakonnya melalak-lalak mennagis hanya dengan ayat-ayat sedih je penonton pun turut sama menangis. huhuhu. Drama queen sungguh. Lepas tu lokasi pengambarannya yang cantik serta indah. Korea pandai memperdagangkan lokasi drama mereka yang terkenal menjadi ikon pelancongan.

Dulu-dulu mana lah ramai rakyat malaysia yang suka melancong ke sana tetapi bila meledak drama serta Kpop menjadi kegilaan remaja Malaysia, maka berduyun-duyun rakyat malaysia melancong termasuklah aku. Lepas tu kalau nak rasa musim sejuk dengan salji dan berski, korealah yang rasanya murah dibandingkan kita nak pergi eropah ke, Banjaran Alps ke,London ke. Semua tempat  tu mahal walaupun memang mengoda bila time musim Winter. Jepun pun ok juga tapi dengan perbezaan duit yang tinggi memang mahal dibandingkan dengan korea walaupun duit won korea masih mahal tapi masih mampu lagi lah kalau nak layan winter di korea. Kalau backpackers lagi jimat kut.  


                       Autumn in my heart juga best selain dari drama zaman dahulu kala korea


 Ni drama masa kini dengan pelakon utama heroinnya merupakan pelakon kanak-kanak semasa drama Autumn in my heart yang kat atas tu.


Merata juga lah dalam KBS ni kita dibawa berkunjung. Ada macam studio dan kebetulan masa tu ada rakaman sebab terdengar bunyi lagu berkumandang. Tak boleh masuk tapi nampak melalui cermin je.


 Selesai melawat dalam bangunan KBS akhirnya kitaorang sampai kat lobby. Best lobby dia sebab banyak tv dan tempat berehat. Ada yang berposing sakan dan ada yang hanya lepak-lepak je kat loby tu. Hah tenguk lah tu kat wall berderet-deret tv dengan canel yang berlainan. Lepak kat sofa dia pun best. Cantik kan sofa dia.




 Akhir sekali kita orang posing dekat logo KBS. Walaupun tak dapat berjumpa artis, dapat singgah KBS pun dah rasa macam jumpa artis gitu. MBC pun ada juga di tempat yang berhampiran tapi sebab sebelum datang kita orang request kat Nazmi nak pergi KBS jadi nazmi kena buat oppoitment dengan KBS dahulu kalau nak datang. Bukan leh main terjah je ya tempatnya banyak yang privasi gitu dong. Oleh kerana tak buat appoitment dengan MBC takdelah kita orang pi MBC.  Sambung bahagian ke 3

Thursday, October 24, 2013

Korea 2011 Day 5 Bhg 1



Day 5 Lokasi 19 Nami Island

Assalamualaikum semua,

Aduhaiii lagi 3 hari ni nak habis sessi autumn in my heart aku ni  tapi tulah banyak bebenor aku nak mengarang ayat. Pi Nami Island lepas tu esoknya ke Everland dan akhirnya hari last ke DMZ. Lepas tu yehaaa balik mesia. Opss terlebeh sudah la pulak. Ok kita sambung ye. Dah akhir tahun ni kerja pun dah menambun hahahaha alasan dah klise sungguh aku ni. Samada malas tahap gaban ataupun kojo banyak. Sori berlori lah ye. Ikut sweet time aku je lah.      


Ok sambung lagi cerita ceritit aku ya. hahaha. Bila part ke Nami Island memang semua geng aku dah teruja. Bagi aku, wan dan nacha pun suka juga walaupun kami dah pernah sampai tapi pada masa tu musim sejuk. Tapi kali ni berbeza sebab musim Autumn walaupun dah hampir nak masuk musim winter juga tapi still masih cantik lagi dedaun yang ada di Nami Island. Dulu musim sejuk masa aku dan wan pergi tahun 2008 huh semuanya togel pokoknya... memang lah datang ikut tema winter sonata tapi pada masa tu salji belum turun kat seoul. Jadi masa tu tak boleh lah posing ala-ala winter sonata sebab salji elek hehehehe.Tapi cuaca memang ler tersangat lah sejuk walaupun salji elek. adeh



Nami Island ni kalau kita tenguk pada rupa bentuk pulau tu macam rupa daun separuh kan? Kalau nak tahu lebeh lanjut bolehlah pergi ke lamanwebnya Nami Island. Ada banyak info kita boleh tahu dan juga apa yang terdapat di pulau itu. Pulau ni walaupun kecil siap ada pintu imigration tau. hahaha Hah atas tu semuanya nak lalu pintu imigration dimana di depannya ada terdapat fery untuk membawa kami atau sesiapa sahaja yang nak melawat ke Pulau Nami. Bayaran aku tak tahu sebab agen dah beli kan. hahahaha sonang jo tu.


Deretan bendera tu ada terdapat bendera Malaysia tau. Masa pergi ni tak perasan tapi semasa balik dapatlah bergambar dengan bendera malaysia di bumi korea ya.
 Turun dari ferry berduyun-duyun orang teruja nak menerokai Nami Island. Ferry setiap 30 minit dia datang. Masa ni walaupun dah pagi tapi orang yang menunggu dah ramai tau. Jadi kalau berposing termasuk orang ramai ataupun tak dapat posisi yang kita mahu redho ajelah ya. Apa pun oklah kalau nak tunggu sampai takde orang hah ko dok kat hotel kat Nami Island tu. Nak posing atau menerokainya sampai puas hati pun boleh.
  Model-model sedang dok melaram. Aku suka betul tenguk bunga-bunga yang berderet-deret tu.


Ni kita orang dapat posing beramai-ramai depan pintu gerbang Nami Island setelah orang yang turun dari ferry tu dah habis kami halau suruh pi jenguk Nami Island tu hah. hahahaha haru sungguh aku. Idokle lagu tu.  
  Deretan pepohon menyambut kedatangan kami. Sebenarnya jalan tu ada nama tapi aku tak pasti laluan tu nama apa. Ada lagi deretan pohon yang cantik yang menjadi lokasi pengambaran Winter Sonata. 

                                          Geng Ulat buku posing kat patung first kiss.

 Sebelum kitaorang pergi jauh merayap, aku ajak iejay naik basikal. Jadi terus je ke Bike center. Kena letak Id kad sebagai cagaran. Basikal ada 3 jenis. Satu untuk seorang, Ada basikal couple naik berdua dan satu lagi basikal family dimana untuk 2 dewasa dan 2 budak. Yang kami naik ni harganya 3,000 won untuk setengah jam. Anak nacha dan anak kak zah share berdua. Aku dan iejay dah siap bayar semua terus je merempit. hehehe Lama dah tak naik basikal ni. Agak-agak boleh bawak lagi ke idok ni.

                                     Pergi kat tempat member semuanya nak berposing bagai.

 Tenguklah hamparan dedaun kekuningan keemasan. Daun-daun dah gugur dan pokok dah togel. Ops kena pakaikan baju ni. 18sx hahaha.

   Amacam ada feeling-feeling Autumn in My heart tak? Aku suka tenguk gambar yang iejay ambil ni. Sebab gabungan warna dan alam sekitarnya bagaikan senada dan seirama gitu. Kalau aku pakai warna kuning huh nampak bisekal je lah kut. Ala-ala halimunan.

Ni lah lokasi pokok yang femes dalam Winter Sonata tu. Tak nampak ke kita orang di balik setiap pokok.

                                                Peling peling ala-ala Charlie's Angel la pulak

 Di balik pokok tadaaaa

Deretan daun berwarna keperangan tu lah tempat kita orang posing kat atas tu.

                   Aduhaiii kak uda posing bukan main. Tapi daun-daun berguguran tu cantik.
                                   
       Peringatan buat 2nd hero yang telah mati bunuh diri. Lupa nama dia. Aku cuma ingat Jun Sang je.

                                                   Ala kuci- kuci Jun Sang sarangheo

                                          Susunan pasu-pasu macam bentuk pulau.

Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku ambil semasa menjelajahi Pulau nami tu. Ni hanya sebahagian je apa pun memang bestlah. Agaknya kalau pergi musim bunga lagi bestkan. huhuhu boleh meroyan aku kalau tenguk semuanya berbunga. huhuhuhu kena pegi lagi ni musim bunga la pulak. Jeles aku tenguk orang lain dok pi time musim bunga apa lagi kalau musim cherry blossom huhuhu aku tenguk pun dah juling biji mata.
Dah habis keliling pulau, aku dan iejay berpusing ligat mencari jalan pulang bila tenguk masa dah nak habis. Selesai pulangkan basikal, ambil idkad yang ditinggalkan. Kalau idak huhuhu adalah orang yang kena tinggal kat Nami Island.
                                                    Deretan basikal untuk di sewa.

                                  Menunggu ferry datang untuk seberang balik semula ke tanah besar.

                                                              yehhhh ferry dah sampai

                                         Bangganya dibawah lambaian bendera Jalur Gemilang

            Cantiklah bentuk dahan pokok ini. Begitulah ciptaan Tuhan yang begitu indah pada mata aku.

                                      Cantik kan! Ni sebenarnya poster berhampiran bilik air dia.

 Selesai menjelajahi Nami Island balik semula ke Seoul makan tengahari kat Itaewon seperti biasa dan lepas tu petangnya ke KBS lah pulak tempat yang femes. Ok kita sambung bahagian ke 2.