Tuesday, June 24, 2014

Floria 2014


Assalamualaikum,
Beri laluan beri laluan. hehehehe. Acara selingan ya sebelum sessi jenjalan Bromo aku siapkan. Ni kita orang pergi hari last iaitu 22hb Jun 2014.  Floria kalau tak pergi huh memang rasa macam tak best je kalau tak dapat jejak. Sebenarnya kita orang balik kampung hari Jumaatnya. Balik sebab nak membersihkan kawasan rumah kat kampung. Cuaca panas sangat jadi sekejap menyabit rumput, sekejap lagi lepak minum air. Al maklumle kudratnya dah tak daya. Kali ni aku dan 4 akak aku je yang berkesempatan manakala adik aku Faizan sempat meracun rumput dan tengahari tu kelam-kabut balik melaka nak ambil anaknya tuisyen. Jadi bila dah menyembang tu apa lagi le terhighlight pasal Floria kat Putrajaya. Kak Jal tergoda juga. Jadi besoknya iaitu hari Ahad tu pagi-pagi lagi kami pun balik KL dan Kak Jal ikut kami. Sebab nak singgah ke Floria le tu. Apa lagi agenda membeli orkid. Sampai kat Putrajaya anak dia Julie yang tolong hantarkan. Fuh nasib baik sampai dalam kul 10.30 pagi tu, belum ramai lagi orang tapi cuaca dah mula panas le. Aku pun berkelilinglah dengan Kak Jal dan Julie, sambil ambil gambar sambil membelek. Dah pindah tempat baru dan dikenakan bayaran sebanyak Rm3 bagi dewasa dan Rm 1 bagi kanak-kanak. Landskap macam kureng, ke aku yang tak habis meronda. Selalunya landskap dia ada pertandingan samada pihak swasta, kerajaan, universiti atau sekolah. Suka tenguk landskap taman yang dipertandingkan. Ok kita layan gambar.      


Payung bergantungan ni di pintu masuk menjadi trendmark dan paling disukai ramai. Kalau malam mesti cantik sebab pada setiap payung tersebut terdapat lampu didalamnya.


Kat sini banyak frame boleh di posing
Macam-macam frame ada




Macam kupu-kupu kan?


Suka tenguk wall paper dia yang berlatarkan kebiruan langit. Agak-agak ada tak yang besar yang aku boleh tepek kat wall rumah? Seluas-luas dinding... hehehehe


Ni sungguh kreatif pakai botol-botol comel. 

Bestkan kalau ada taman macam ni?


Tapi paling suka melihat Taman Pinwheel sebanyak saujana mata memandang. Masa ni angin bertiup jadi berpusing-pusing pinwheel tersebut




Ini hasil barang terbuang


Ala-ala macam cerita dalam Kartun Gila-Gila Vespa A.Mahmud From Taiping with Love je.


Bestnya kalau dapat tanam limau sunkist ni. Tak payah susah-susah beli jus sunkist dah boleh petik dan perah buahnya, tapi mahal wooo

Rupanya macam ni pokok Sundal Malam. Bagus ni pokok wangi

Oh rupanya ni pokok Dani. Rasanya masa kat muor hari tu aku ada ambil gambar pokok tersebut sedang berbunga banyak. 

Orkid kata akak aku tak banyak tidak seperti Floria pada tahun 2010 yang memang pelbagai jenis. 


Suka melihat payung-payung berayun-ayun

Ni pokok pelik sikit, aku tak penah jumpa lagi macam ekor kucing je


Orkid kuning ni kalau berbunga memang banyak dan cantik buat hiasan atas meja  

  Akak-akak aku selepas habis membelek taman apa lagi yang di tuju kedai orkid le. Hah ko sampai penuh tangan dengan pokok orkid. Lepas tu entah macamana , salah satu pokok orkidnya pucuknya terpatah. Huh bengang sungguh dia. Apa pun puas hati dapat membeli. Balik rumah je dok belek-belek pokok orkid yang dibeli, sebelum masuk rumah. Alahaiiii akak-akak aku. Tu nasib baik akak yang kat Parit Sulong tak ikut, kalau tak huh lagi lama le menebeng kat kedai orkid tu.   


Monday, June 23, 2014

Surabaya - Day 2 - Pasir Berbisik/Savana


Assalamualaikum,

Amacam dah tenguk pemandangan Bromo dari Bukit Cinta? Cantik tak? Syukur pada Allah yang menjadi kan muka bumi ni dengan pelbagai keindahannya. Dan bersyukur pada Allah kerana aku berpeluang melihat keindahan muka bumi tersebut. Alhamdulillah diatas kurniaan rezeki ini Ya Allah. Amin.

  Ok kita teruskan perjalanan menuju ke Pasir Berbisik lah pula. Pemandangan diatas tu semasa nak ke Pasir Berbisik. Masa lalu kenderaan banyak tu terdetik juga hati eh tu banyak2 jeep tu pergi kemana ya. Kenapa tak berhenti kat situ. Ni aku ambil dari belakang Jeep. Masa tu terfikir Oh agaknya inilah yang depa katakan kalau nak ke Bromo jeep akan berhenti di situ. Lepas tu boleh naik kuda untuk ke bawah kaki gunung Bromo. Wah dalam hati emmm bestnya. Tak sabar ni nak menunggang kuda ke kaki bukit Bromo. Masa tu aku tak tahu kalau program dah bertukar. Dalam hati kalau Kak Nam tak boleh ikut takpelah kita orang je pergi ke kaki Bukit Bromo tu. Nak naik ke atas melalui tangga tu emm rasanya takde le malahan aku siap cakap dengan Kaknoor bila kami berbincang apa yang kami nak buat kat situ. Tenguk tangga je dah melangut kepala apa lagi le kami nak menapak satu demi satu. Jadi aku syorkan pada Kaknoor... takpelah tak dapat naik ke atas tenguk kawah dapat posing kat kaki tangga tu jadilah  yang penting kita dah sampai. Jadi itulah  kami berangan-angan bila sampai situ nak buat apa. Lagilah bila aku cakap aku teringin nak naik kuda tu posing ala-ala cowgurl takpun ala-ala bollywod gitu. Sekali rupanya angan ku musnah weiii. huhuhuhu Macam nak kena repeat lagi je ni.

Bila sampai di Pasir Berbisik apalagi posing time. Masa pagi tadi tenguk kawasan ni berkabus sekali bila sampai terang benderang ko. Walaupun cuaca panas tapi masih rasa sejuk sebab tu semua masih lagi berbaju sejuk walaupun nampak macam matahari dah nun segalah terangnya.

Sampai je misi posing memosing le semuanya. 

Gunung Batok di depan mata

Disebabkan cuaca dah terang apa lagi kuarkan le spek biru bercahaya ni. Cheh posing tak hengat diri.

Tiba-tiba kabus datang menjelma bagaikan ribut taufan tapi takde le angin menderu gitu.

Kita orang dah cuit tapak tangan di Pasir Berbisik.

Sarangheyo Bromo

 Sedang masing-masing dok posing sana posing sini datangle motor menjual sovenir. Tapi dia cuma jual Tshirt je. Apa lagi bongkar lah cari yang cantik Nasib baik aku teragak nak beli kalau tak huh hampeh tangan kosong. Key chain dan FM takde pulak dia menjualnya. Tshirt yang dia jual tu 4  helai harganya100,000RP. Murah tak? Kain tshirt dia oklah juga. Jadi aku rembat 8 helai untuk adik-adik lelaki aku. Kita orang bising juga napa lah takde sovenir lain. Mas Eko kata nanti boleh singgah di tepi-tepi jalan yang ada gerai menjual sovenir. Bila dengar Mas Eko cakap macam tu, jadi dalam hati hah bagus juga. Kut dia singgah kat gerai yang John beli sovenir murah-murah best juga walaupun aku tak tau nama kedai itu.
Hah ni cantik Buk?

Ni salah satu tshirt siap ada map lagi. kalau sesat boleh tenguk pada tshirt ni. 

Kabus semakin tebal melanda ke tempat kita orang. Dah puas semua dan disebabkan kabus menebal kita orang pun cepat naik Jeep ke Savanah lah pula.

Di Savanah pun banyak jeep tapi tak perasan lah pula orangnya kemana.


Kunun-kunun nak posing balik-balik pokok sekali opss mak kau ada tahi kuda lah pulak. Huh buat hilang mood je jadi berhati-hatilah kalau nak berlasak-lasak dalam rumput tu ya. Sebab aku hampir terpijak huhuhu 

Tarik Kak noor posing ala-ala Bollywood gitu. Kuch kuch hota hei... peletum peletum tum tum tum  

Cantik tak? Entah kenapa nampak langit biru Ya Allah cantiknya walaupun hanya bunga lalang je

Kat sini ada yang kata Teletubies tapi aku tak pasti yang macam mana bentuk dia. 
Entah apa-apa gaya je. Emmm hentam saje lah labu hehehe

Oleh kerana cuaca kering jadi rumput kekuningan. Kalau kehijauan mesti cantik kan. Hah ni kut Bukit Teletubies tu sebab nampak keluk alunannya tu macam comel je. emmm boleh ke aku kata begitu? Ayaik

Masa ni Kak Nam cuba menjejak kan kaki di Savanah. Oleh kerana dah kurus sampaikan seluar pun dah longgar. Tapi dek terlupa nak pakai tali pinggang hampir saje terburai. Nasib baik Kak uda menolong.

Kak uda tolong pegang supaya dapat dia posing.

Akhirnya dapatlah kita orang bergambar beramai-ramai.

Dari sudut tepi

Chewah ada tak gaya tuan punya Jeep. hehehe kan sama warna dengan baju tu. Alamak Mas Eko kat belakang tu dah jeling-jeling takut aku copet Jeep Biru dia.
  Tolong-tolong Jeep tak leh jalan. Jom tolong tolak. hahaha acah je tu.  hah kat belakang tu kut teletubies sebab jeep banyak kat situ. Si Mas Eko ni bukannya nak cakap, sombong sungguh. Kak noor dan aku cukup bengang dengan Mas Eko tu. Bila di tanya nak jawab pun macam hendak tak hendak je. Kang aku war-war kan kat seluruh dunia kang supaya jangan pergi ke villa Mas Eko kang baru tau. Sebab kak noor cerita, dia rasa lain macam masa tidur kat villa tu. Aku huh terus tidur tak sedar diri. hehehehe   

  Selesai kat savanah kitaorang pun naik Jeep. Sekali lalu hah nun nampak tak jeep lagi tu. Bila lepas je eh eh eh dalam hati aku tertanya-tanya, kenapa tak berhenti. Nak tanya Mas Eko kita orang dah boikot dia jadi tak tanya le. Pandang je lah lokasi nak naik kawah Bromo tu. Dalam hati huhuhu tak merasa le aku nak naik kuda ala-ala cowgurl. Hanya dapat pandang dari kejauhan saja.  

Dah masuk kawasan penginapan pelancong

Ni lalu kawasan penginapan dan ada kedai tapi jeep laju je. Sekali sedar-sedar, jeep dah berhenti depan villa. Hah dah sampai? Habis tu mana janji dia nak berhenti kat kedai tepi jalan supaya kami dapat beli sovenir? huhuhu sampai je dia terus masuk rumah dia. Kita orang pun suka tak suka terpaksa lah masuk villa. Masa ni dalam pukul 9 gitu. Dengan rasa lapar sebab belum sarapan lagi. Kata Kak uda pukul 11 kita akan check out ke Malang pula. Si Davit ayooo belum bangun lagi. Tapi sebab kita orang dah sampai dan nak buat macam-macam dalam tu dia terpaksale bangun. Kita orang terpaksalah meminta air panas lagi sebab nak bancuh air. Keluarkan lah roti, biskut serta makanan lain buat sarapan. Kesian kat Davit dan member dia sebab tak di bagi sarapan pun. Jadi kita orang bagilah biskut dan miuman 3 in 1 supaya dia dapat sarapan. Melampau sungguhlah Aatian ni buat anak buah dia camtu je. pandai-pandai le cari kalau lapar. Masa ni habis juga lah satu paket roti. Rupanya masa berhenti makan malam kak uda ada juga beli roti, takut tak cukup. Bila dia tanya rupanya ada pada Kak Nam, dia kata takde orang pun tanya kat dia nak ke tak jadi dia asume kita tak nak. Lah ada pulak macam tu. Sambil sarapan merungut-rungut juga le aku dengan kak Noor, kak uda dan nana sebab tak dapat beli sovenir. Setelah dah kenyang perut, masuk bilik nak tidur sekejap sebab mlm tidur tak puas. Dapat lelap sekejap cukuple. Masa ni lah baru tau dari Kaknoor rupanya, Aatian dah bagitau Mas Eko supaya di bawa ke Bukit Cinta, Pasir berbisik dan Savanah je. Bukit Cinta sebab mudah nak naik, manakala Bromo dia tak bagi sebab akan menyusahkan Kak Nam. huhuhuhu rupanya lagu tu. Adey aku dah rasa ralat. Aku cakap dengan kaknoor aku dah berangan tau nak naik kuda. Kak noor pun macam aku juga dah mula rasa ralat tapi nak buat macamana ikut jelah. Tu pun banyak juga kita orang ngumpat Mas Eko.... hahahahaha sebab banyak benda tak puas hati, Mas Eko tu memang tak mesra alam sungguh. At least cakap lah camni camtu apa yang perlu kami buat ataupun hah tempat ni apa tempat tu apa. Takde lah kami tertanya sesama kami je. Bila kita orang tanya pun macam tak hendak cakap je. Huh sombong sungguh.

 Oleh kerana bilik air hanya 1 je jadi sambil mengemas beg nak check out sambil menunggu turn nak mandi. Walau pun dah nak tengahari air kolah tu masih juga sejuk ketung tapi takan tak mandi lah pulak kan. Dah le pagi main cecah air kat mata ala-ala mandi gaya P. Ramlee lah, ni kang ada yang kata aku kata kambing lah pulak sebab takut air. hahahaha. Jadi 45 minit sebelum pukul 11 kita orang pun dah siap.    
  
Bersiap nak check out

Dari atas Vila Mas Eko nak turun jalan depan tu ke bawah ke Malang pula.



Seronok melihat tanaman di lereng gunung. Cuaca sejuk kan tentulah sayur-sayuran menjadi.


Lalu Hotel Yoishi teringat blog sapa tah aku baca dah lupa, yang menginap kat sini

Dah keluar dari kawasan 

  Sebelum ni kita semasa datang dah malam jadi tak nampaklah keadaan sekeliling. Sekali bila dah siang bila tenguk kat sekeliling jalan rupanya erkkkk camno le Drebar bawa memecut di jalan yang begitu hampir dengan lereng bukit tu bayangkan kalau terbabas ke apa... huhuhu dijauhkan le. Alhamdulillah takde apa-apa. Bila dah siang melihat keadaan sekliling kawasan pergunungan memang cantik, bila jenguk ke bawah... gayat.

Tenguk tu tepi gaung beb. 

Cantik kan? Rumah di lereng bukit.

Tiba-tiba awan menyapa menutupi alam sekeliling kawasan pergunungan tersebut.


  Kami sampai di setesyen bas katanya tapi aku tak pasti nama tempat ni. Oleh kerana kat atas kan kita orang dah bising tak dapat FM jadi drebar iaitu Pak Herman kata mungkin kat sini ada. Tapi memang menyedihkan. hanya ada 1 kedai yang menjual dan hanya ada 5 keping je. Kaknoor nak pun jadi terpaksa mengalah sebab masing-masing nak banyak. Jadi hanya Kak uda je yang dapat. Kita orang senyap je lah nak kata apa. Senyap-senyap pun Nana  tercakap juga sepanjang berjalan kali ni lah cuti-cuti berjalan, dia tak dapat beli FM dan keychain. huhuhu kami pun sama le.
   
Kedai -kedai yang terdapat di stesyen bas

Ni lah stesyen basnya.



Dah tak ada benda yang nak di beli kami pun teruskan perjalanan menuju ke Malang. Tu sign board jalan menuju ke Surabaya. Yeh ladang Epal menunggu kami.