Showing posts with label JS Adiwarna. Show all posts
Showing posts with label JS Adiwarna. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Bicara Pagi bersama JS Adiwarna

Assalamualaikum,

Seperti biasa ini adalah siaran dah terlajak laris. hahahaha memang le aku ni kalau buat majlis huhu memang ketinggalan sungguh. Orang lepas majlis je terus je upload dalam blog ke FB ke tapi aku makan tahun beb.Adeh  Dah 2 minggu berlalu baru nak bercerita. Tapi apa pun seronok lah dapat piknik di Taman Putra Perdana seperti tahun sebelumnya. Dapat jumpa kawan, dapat makan sedap, dapat ilmu lagi. Yang sebenornya pada aku dapat jumpa kengkawan lah paling seronok. Sambil makan sambil sembang. Maklumlah bukannya selalu dapat berkumpul beramai-ramai macam ni. Selalu gebang dalam whasap je mana lah puas kan. Kat sini hah sembang le selagi boleh.   

Agenda Bicara buku kali ini adalah menelaah 4 novel terbitan JS Adiwarna. Lepas tu Dapur Makcik Raja pun bukak dapur juga ya. Buat Kerabu jantung Pisang. 



Sebelum majlis bermula, kita sarapan dulu. Bestnya sebab macam gerai jual nasi lemak. Dengan beralas daun pisang yang baru di lap, makan nasi lemak dengan sambal dan rendang. Sodap. Ada yang bertambah-tambah. Lepas tu kuih-kuih raya yang belum habis lagi tu letak le depan kita orang. Jadi dah habis makan nasi lemak sambil sembang sambil ngap. hahahahaha cam tu sekali. 

Ni lah geng-geng Ulat Buku. Yang baju warna hitam tu geng Kicap. Geng kicap yang lain tidak dapat hadir hanya Rin dan kaknor je wakil depa. 

Acara bermula dengan pengetua JS Adiwarna memulai ucapan. hahahaha tu sebenornya Kak Su aka penulis Noor Suraya memulai acara. Selepas tu sebenornya ada 4 orang bercerita tentang 4 buku yang depa dah baca. Ulas dan komen isi-isi didalamnya. Orang lupa nak ambil gambar sebab seronok pok pek pok pek dengan geng sambil melunjur kaki sebab kesemutan duduk atas tikor. hehehehe. Bila melunjur mengadap Parcel D huh dengan di sapa angin bertiup huh memang terasa aman dan damai je. 

Lepas tu Dapur Mak Cik Raja pun di buka. Nampak tak lesung tu. Siap ada bedung dibawahnya. 

Tu kiranya demo membuat kerabu Jantung Pisang. Cara macamana jantung dibuat supaya sedap. Macamana jantung di potong. Kak Su di bantu oleh wan dengan penulis Naurah kalau tak salah.

tada.... siap kerabu jantung pisang. Bila di cicip sedikit walahhhhh sodap.

Oleh kerana backgroundnya cantik ala-ala bunga berguguran gitu jadi bila selesai acara apa lagi agenda posing time. Semua posing ala gedik je kan. hahahahaha 


Lepas tu semua pun tak lepas peluang nak juga masuk frame. Ni sebonornya minta tolong seseorang ambilkan gambar. Siap manjat atas kerusi tau sebab nak ambil gambar ni. Bukannya pakai galah panjang apa tu mypod aipod... huh hentam saje. Lupa nama. hehehehe 

Ni sebenornya orang-orang yang selalu mewarnai dangau Makcik Raja aka blog Kak su semasa awal pembabitannya di dunia penulisan. Selalu berkunjung membaca tulisan kaksu akhirnya telah menjalinkan ikatan ukhwah antara kak Su dengan peminatnya yang selalu berkunjung ke Blog dia. Ajaib sungguh ukhwah yang telah terjalin bermula dari tahun 2005 sehingga sekarang ia masih tetap utuh. Semuga ukhwah ini berterusan hendaknya. Rindunya masa-masa dulu semasa zaman blog penulisan meriah. Sekarang meriahnya lain tidak seperti dahulu. Nyanyian Tanjung Sepi adalah hasil tulisan Kak su di blog yang pada mulanya hanya suka-suka tapi akhirnya jadi Novel. Tebal tau. Jadi novel terlaris di Creative Enterprise.. emmm tahun bila aku dah lupa. Kita orang kenal bila buat acara Launch novel baru. hah masa tu lah baru kenal muka masing-masing. Dulu Kakinovel selalu launch buku baru dia kat Avenue K. Sebab masa tu Penerbitan Kakinovel adalah satu syarikat baru nak naik kan jadi itu adalah satu cara promosi. Dulu Creative dan Alaf yang femes. Sayang Creative dah merudum prestasinya padahal dulu memang tip top Creative Enterprise. 


Tuan tanah pun tak lepas peluang main bah bah cak juga. Amacam  ada ala-ala kat Nami Island tak? hahahaha Ooo mere buba...Oh Kwon Sang Woo where are u. hahahaha

Thursday, May 28, 2015

Sepetang di NU Central bersama Makcik Raja


Assalamualaikum,
Hari Ahad yang lepas Kak su buat promosi buku dia kat MPH di NU Central. wah aku baru ni lah jenguk NU Central selepas dah lama tak jejak KL Central. Memang meriah sungguh sekarang kat KL Central. NU Central pun aku tenguk wah bertingkat-tingkat dan macam-macam ado. Semasa menunggu ERL dari Bandar Tasik Selatan sempat lah beramah mesra dengan seorang cina yang baru balik dari JB dan nak balik PJ. Sembang punya sembang rupanya dia pernah sekolah rendah di muar. Kiranya dia senior aku sebab sebaya my sister. Apa lagi lah sempat bertukar-tukar no phone dan email serta FB. Katanya nak menyambung persahabatan dengan kawan semasa kecil dolu2. Teringat kat Mee siput katanya. Kami berpisah bila sampai di KL Central. Aku pun melilau mencari MPH yang berada di level 2.   

Acara bermula pukul 2 tapi aku sampai lambat dah pukul 3. 

Tenguk kak su dah sediakan adunan untuk mengelim karipap. Tu Art sedang menunjuk ajar bagaimana nak mengelim tepi karipap. Ada sesiapa yang pandai mengelim tepi karipap?

Bersungguh sungguh peminat kaksu berbangsa cina dan india ni belajar mengelim karipap.  

Hasilnya tada..... aku pun cuba test power skill masih boleh mengelim ke tak tepi karipap tu. Hah yang tengah tu hasil tangan aku mengelim. Sebab dah lama tak buat karipap dan mengelim sendiri. Selalunya pakai acuan je main tekap. Tapi sesekali mengelim bagus juga kan satu kesenian dalam masakan kuih lama.   

Kaksu sibuk menyign buku

Ni merupakan bahan untuk menyediakan Teh Kahwa yang juga ada dalam buku Masakan Makcik Raja 

Sebelum tutup majlis bergambar beramai-ramai.

NU Central yang begitu besar

Sebelum balik kita orang singgah makan petang di Warong Penyet.


Ni Daging empal

Ikan Panggang

Ni order aku... Ayam panggang dengan air Anti stress aka air timun. Tapi sedap lagi air anti Stress di Malang sampai 2 gelas aku minum hehehehe

Ni geng UB dengan Azura staff JS Adiwarna. 

Sedang bersembang setelah licin makan petang kami ...wabbit berbisik.... "kak notie, bukan sebelah tu penyanyi ke?". Sekali aku toleh rupanya Dina. Apa lagi terus je aku tegur dan minta izin nak ambil gambar. Dengan sopan dan baik Dina setuju. Lepas dah dapat ambil gambar aku tak kacau lagi lah. hahahahaha Biarlah dia dan kawannya makan dengan nyaman. Sopan dan santun dia melayan aku. Org johorle katakan.

Selesai makan kita orang pun berpisah. Di level bawah sekali macam ada event. Tak jenguk pun ada apa cuma jengah dari atas je. Promosi kaksu selepas ni katanya nak buat kat MPH di kompleks mall baru di cyberjaya. 


Monday, May 25, 2015

Buku Resepi Dapur Makcik Raja- JS Adiwarna


Assalamualaikum,

   Wah seronoknya dapat memeluk buku resepi hasil tangan kak su aka Penulis Noor Suraya. Yang membezakan buku Dapur Mak Cik Raja ni ialah ianya ada sedutan 8 novel tulisan kaksu selama ini dan juga resepi autentik daripada 8 novel tersebut. Kiranya didalamnya ada 3 bahagian. 1 ialah resepi  masakan yang disebut didalam novel dan di keluarkan serta di visualkan masakan tersebut. Yang ke 2 ada sedutan novel yang berkaitan. Yang ke3 ada cerita yang tidak diceritakan didalam novel samada memori daun pisang zaman dolu-dolu semasa pembikinan novel tersebut atau tempat lokasi didalam novel yang telah di jelajahi.  Pada aku memang best dan lain daripada buku resepi yang biasa kita tenguk.     

  Ini deretan 4 bekas yang mewakili memori nenek, atok,mak saudara, dan mak  kaksu. Kiranya memori tinggal bersama aruah nenek serta mak saudara yang ramai yang telah memahirkan kak su didalam bidang masakan. Apa lagi kak su mempunyai asal keturunan Gujerat dari belah mak, keturunan acheh belah bapa ini telah menambahkan resepi yang pelbagai jenis  yang diperolehi daripada aruah kedua ibu bapanya serta Aruah atok dan mak saudaranya. 


Tenguk gambar gulai rempah giling ikan puyu wah kecur je. Kata kaksu Kat belah Utara femes dengan rempa kari cap tarbus. Erkkk aku belah selatan tak penah pulak jumpa. Katanya memang sedap. Ada sesiapa org utara yang pernah nampak rempah kari cap tarbus boleh lah habak kat aku. Tak pun kena tanya kaksu lah kut dia boleh belikan. Mesti lepas tu amsak kari memang kaw kaw le .


Gulai kurma telur Itik pun nampak sedap je. Telur itik yang aku pernah masak ialah masak lemak cili api. 

Ayam golek pengantin Tok Chik Nah ni dalam novel Yang Jauh di Pulau. Tenguk gambar je wah mengecurkan. Telur burung puyuh tu di sumbat dalam dada ayam semasa dimasak. Emmm tak penah pulak aku rasa macamana. Selalu buat ayam golek biasa je.

Tapi ini yang lagi marbeles rasanya. Walaupun simple sedap tau. Apa lagi dapat gulai lebehan semalam tak kiralah gulai ikan ke ayam ke memang cecah bertalu-talu. Selalunya kita orang tak campur kelapa cuma lempeng biasa je atau pun lempeng batak sebab hanya tepung dan air.. sikit garam... buat cair-cair terus melempeng nipis-nipis. Kalau musim hujan huh melempeng entah berapa banyak pun tak tak tau sebab asyik habis je. hahahahaha. Layan dengan kopi o panas-panas atau teh o... fuh kenyang perut suka hati.

Ni sedutan dalam Novel Panggil aku Dahlia. Dahlia kirim tart sebanyak 10 biji bertulis I am Sorry tapi Wadi ingat I love you . Kalau nak tau kena dapatkan novel Panggil Aku Dahlia, best ceritanya. Perebutan ladang Teh di Cameroon Highland menyebabkan permusuhan keluarga diantara keluarga Dahlia dan keluarga Wadi.

Udang galah ni selambak betul dalam gulai masak belimbing buluh. Fuh kecur -kecur .

Lepat liat ni dari cerita Tanah Andriyana. Kesukaan Aliya rasanya. Tanah Andriyana mengimbau cerita berlatar belakang kan cerita di Indonesia dan Langkawi. Percintaan antara generasi dahulu menular kepada generasi sekarang. Namun generasi sekarang terlalu banyak onak dan duri untuk mengapai bahagia akhirnya. Best cerita Tanah Andriyana tulisan Kak su terbitan Creative Enterprise. Sebab ada cerita sejarah zaman dulu-dulu sewaktu penjajahan belanda di Indonesia emm kalau tak silap aku lah. Keluarga Andriyana melarikan diri dari buruan Belanda dan tinggal di Langkawi. Kisah cinta Andriyana kemudiannya  terjalin dengan Ku Fitri. Lepas tu apa terjadi antara kisah cinta Andriyana dengan Ku Fitri memang menyayat hati. Itu kisah cinta generasi dahulu. Pertemuan Hadi dengan Aliya telah membuatkan cerita lama terbongkar semula. Hingga timbullah kisah mengapa keluarga Hadi bermusuhan dengan keluarga Aliya berkurun lamanya. Best tau cerita Tanah Andriyana ni.   


Tapi memori lane kaksu semasa kecil-kecil di rumah bernombor 376 itu memang bestlah. Aku jadi seronok membacanya. Teringat pula aku zaman kecil-kecil dengan Aruah nenek dan Aruah mak saudara yang ramai di rumah pusaka Aruah Nenek. Malangnya rumah pusaka yang menempatkan begitu ramai orang dan juga tempat permainan aku masa kecil-kecil dahulu telah pun di robohkan. Tapi memori zaman dulu masih segar dalam ingatan. Depan rumah aruah nenek aku  luas. Ada pangkin di tangga depan sebelum ada tangga lain untu turun. pangkin tu boleh jadi tempat orang tua duduk berjuntai kaki sambil menyembang. bawah rumah yang tinggi tempat bermain pun boleh. Tapi takut sebab dah di momokkan ada hantu bawah rumah nanti kena sorokkan. Kat depan kita orang pernah bermain tiang galah. Sampai 10 barisan gitu tapi seronoknya sebab belum sempat habis game dah faul. Bila start kumpulan lain pun macam tu. Memang sepetang tu riuh gegar main tiang galah. Budak sekarang entah tau atau tidak main tiang galah. nama lain aku tak pasti pulak. 

Ok bagi yang berminat dengan Buku resepi Dapur Mak cik Raja boleh lah jenguk website Jemari Seni Adwarna ya. Boleh pesan disana. 



#Dapur Makcik Raja