Tuesday, August 31, 2021

Hari ke 9 challenge photo - Brisbane

   

Today is Day 9 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 1 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Ahmad Afza to take up this travel photo challenge without any explanation.in Brisbane City.

Assalamualaikum,
Hah terobek lagi ya....kali ni masa aku pi kursus ICD 10 di Brisbane Australia tahun 2008.  Alhamdulillah dapat juga pi Ostrolia. Kan aku masuk pertandingan yang hadiah pertama dapat pi Australia. Tak menang tapi akhirnya dapat juga pi Ostrolia. Ni kiranya pertama kali kursus di Luar negeri selama 2 minggu.  eh kali ke dua sebab kali pertama pi Hanoi .. 

Sunday, August 29, 2021

Hari ke 8 photo callenge - Kashmir

  


 Today is Day 8 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 2 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Erna Bunga to take up this travel photo challenge without any explanation.


Assalamualaikum,

Hai apa kabar semua. Semuga semuanya sihat-sihat sahaja di rumah. Jaga diri sebab kuman Covid 19 versi Delta sedang bermaharaja lela. Semuga kalian semua di lindungi Allah SWT hendakNya. Aamiin

Ok terobek hari ke 8. Kali ni wish list aku nak pi kashmir tercapai. Masa dulu-dulu tenguk citer hindustan Shashi kapoor berlakon dimana dia merupakan tuan punya  rumah bot.  Jatuh cinta dengan heroin yang menyewa rumah bot dia. Aku dah lupa tajuk Filem tu tapi memang buat aku teringin nak duduk dalam rumah Bot di Kashmir. Lepas tu bila tahu dapat tenguk bunga tulip lagi le aku seronok. Pergi musim bunga tapi dapat pergi naik kereta kabel dan bermain salji.  


Melihat bunga tulip saujana mata memandang memang seronok. Kalau kat Amsterdam emm memang lagi meroyan aku, sebab banyaknya dan lagi saujana mata memandang bunganya. Mudahan allah rezekikan aku ke sana. Aamiin.


Naik pergunungan Gulmarg naik kereta kabel ke atas dan lepas tu disorong atas sledge lagi emmm seronok. Cuma nak guling-guling atas salji aku malu....kalau ada geng memang aku buat je. hahahaha  
Terbaring terlentang hahahahaha buat malu orang kampung je nanti



Pengalaman naik shikari memang mengasyikkan sambil di terjah dengan penjual dalam boat... depa ni tak bagi can lah kita nak feeling-feeling naik shikara ni. hehehehe Rasa macam puteri gunung datang bercanda didalam shikari yang cantik menawan. hehehehe berangan memang le tak hengat aku ni. hehehe


Seronok feeling feeling naik kuda.  pertama kali ni menunggang kuda. Boleh lah nyanyi nyanyi..... Kuda hitam aduh kuda hitam 


        Keindahan sebelum sampai ke Pahalgam. Gunung-ganang bersalut salji namun di bawah kaki gunung air mengalir deras....amboiiiii nak berpuisi bagai lah pulak aku ni. 


             Keindahan yang mendamaikan di Tasik Dhal. Walaupun pendapatan datangnya dari pelancong tapi mereka rajin berusaha menambahkan pendapatan keluarga. 



Keindahan taman yang mengamit memori


Kemerahan bunga tulip bagaikan  mengoda para pelancong untuk mengulit keindahan warnanya. 


Keindahan warna kekuningan ladang mustard bagaikan dalam cerita Dilwale Dulhanis Le Jayenge...konon-kononnya beraksi ala Kajol dengan Shah rukh Khan....hehehehe


Kashmir indah terletak pada keindahan muka buminya dengan kebaikan penduduk Kashmir. Dalam hiruk pikuk perebutan kuasa  antara India dengan  pemerintah kashmir, rakyatnya menjalani kehidupan dengan penuh ketenangan walaupun nampak dalam kesusahan..

Hah apa lagi tak nak terobek macam aku ke. hehehehe

Friday, August 27, 2021

Hari ke 7 photo challenge - Madinah

 


 Today is Day 7 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 3 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Lia Mohd Sahiri to take up this travel photo challenge without any explanation.



Assalamualaikum,

Alhamdulillah Allah rezekikan aku mendapat jemputan ke rumah NYA. Sebelum ke Mekah kami masuk Madinah dahulu. Gembiranya aku dapat menziarahi Rasulullah SAW. Madinah kawasan yang tenang dan indah. Perasaan nyaman semasa seminggu kami di Madinah.   

Wednesday, August 25, 2021

Hari ke 6 photo challenge - Jeju

 

 Today is Day 6 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 4 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Sabrina Sabri to take up this travel photo challenge without any explanation.
— in Jeju Island, South Korea


Assalamualaikum,

Tak habis lagi sessi terobek. Kali ni pi Jeju Island. Jeju ni memang dalam wish list aku sejak tenguk cerita korea My girl di mana heroin ni jumpa ladang limau yang sedang masak. Dia pergi petik dan jual tepi jalan, sekali yang beli adalah hero dia yang merupakan pemilik ladang tersebut. Bila tenguk ladang limau yang banyak dengan limau masak atas pokok emmm memang jadi kesukaan aku. Entah kenapa aku suka bila tenguk kebun buah-buahan apa lagi kalau ladang buah yang sedang masak ranum. Emmm memang boleh meroyan dibuatnya. hehehehe

Monday, August 23, 2021

Hari ke 5 photo challenge - Mekah Mukaramah

 

Today is Day 5 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 5 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Bit Cwazywabbit to take up this travel photo challenge without any explanation.

Assalamualaikum,

Pengalaman yang ini memang akan sentiasa aku rindui. Alhamdulillah Allah rezekikan aku dapat mengunjungi rumahNya pada tahun 2017. Mudahan ada rezeki Allah jemput lagi aku menunaikan ibadah haji sebelum aku pencen. Aamiin. 

Bila tenguk kat tv hijrah setiap hari siaran langsung di Mekah.  Ya Allah seronoknya kalau dapat tawaf keliling Kaabah waktu sekarang sebab tak ramai orang cuma tak dapat lah nak kucup Hajarul Aswad sebab laluan di tutup. Tapi memang seronok buat tawaf banyak kali.

Sunday, August 22, 2021

Hari ke 4 photo challenge - London

 

Today is Day 4 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 6 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Zaizatul Ashikin Zuelkiflee to take up this travel photo challenge without any explanation.

Friday, August 20, 2021

Hari ke 3 photo challenge - Seoul

 


Today is Day 3 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 7 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Wae Lila to take up this travel photo challenge without any explanation.
— in Seoul, Korea.


Assalamualaikum,

hah hari ni kita  terobek lagi lah ya. Kali ni gambar aku masa pi seoul time winter tahun 2008 .  Rezeki pi seoul ni sebenarnya tumpang company wan trip travel. Company wan sesekali buat trip company keluar negeri. Tahun tu company dia nak buat trip ke seoul. Jadi wan takde kawan dia ajak aku. Aku apa lagi lah nak aje sebab masa tu kdrama punya pasal. walaupun tak cukup duit aku on je. Alhamdulillah dapat pi seoul. Company cina jadi dia ambil pakage under Apple travel company. 

Wednesday, August 18, 2021

Hari ke 2 photo challenge - Glossop UK

 

                                                Dalam stesyen keretapi Glossop....cool kan deko dia

Today is Day 2 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 8 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Ratu Izyans to take up this travel photo challenge without any explanation.


Assalamualaikum,

Ok sessi terobek lagi...hehehehe buat pengubat hati yang sedang gundah gulana dok terkurung di dalam rumah kan jadi kita buat le sessi terobek kembali sambil mengenang kenangan silam...hehehehe

Kali ni gambar masa aku kursus sambil belajar 2 minggu di United Kingdom pada tahun 2020. Masa ni kami pergi Glossop tempat nun jauh di manchester dan pendalaman macam citer orang putih tu kita pi kat  kampung dia.  Meeting kat Leeds lepas tu naik train ke Manchester lepas tu tukar train ke Glossop. Train dia memang olskoll betul. Tapi lupa nak ambil gambar train dia.  Sampai kat pekan Glossop tu dah petang. 

Tuesday, August 17, 2021

Hari 1 photo challenge - Bangkok

 


Today is Day 1 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 10 photos.
Today I would like to nominate my dearest friend Udaidza Yacob to take up this travel photo challenge without any explanation.


Assalamualaikum,

Ni sebenornya challenge kat facebook saje je aku letak kat blog. Konon-kononnya trobek le katakan. Ya lah kan dah 2 tahun tak ke sana ke sini...jadi bila buat terobek ni emmm terubatle sikit hati yang meronta nak chop pasport. Patutnya planning 2020 kami nak pi Belitong Indonesia tempat Penulis Laskar Pelangi dan lokasi filem Laskar Pelangi di buat. Belitong cantik pulaunya tau tapi apakan daya virus kuman melanda.....emmm mudahan Allah bagi rezeki dapat ke situ InsyaAllah.

Monday, August 16, 2021

Hadiah buat pengomen terpantas sempena Harijadi

 

    1.  Hadiah pertama pengomen terpantas   Laura Series - Ruby Large Half Lining Jute Bag


     2. 2 orang pengomen terpantas dapat  hadiah ni Luxurious Flower Wreath Jute Bag with front Pocket










      3. 2 pengomen terpantas dapat    Le Fleur Series Raffinรฉe Navy Jute Bag with Front Pocket


Assalamualaikum,

Bulan Julai yang lalu adalah birthday aku yang xx dimana pusing depan sama pusing belakang pun sama nombornya. hehehehe Jadi tiba-tiba nak bagi hadiah lah pulak pada sapa-sapa yang rajin bertandang ke rumah aku ni. Walau pun kadang sepi tapi aku rasa nak bagi sesuatu buat pengunjung rumah aku ini. Tapi tu lah tak sempat nak buat N3...tuan rumah pulak kena kurantine emm memang blog pun sama kurantine lah dengan tuan rumah.

Friday, August 13, 2021

Terus terkedu bila kata positif Covid 19

 


Assalamualaikum,

Lama kan senyap dan sunyi teratak suke-suke ni. Mana taknya tuan rumah disahkan positif Covid 19 huhuhu memang terduduklah bila dikatakan positif. huhuhu. Dugaan sungguh.

Dalam kita berjaga-jaga dari dijangkiti akhirnya terkena juga. Jangan sangka dah vaksin lengkap dos ke2 kita ambil, kita tidak dijangkiti ya dan jangan fikir vaksin kita jadi kebal dengan kuman tersebut. Tidak ya. Tapi sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan jangkitan tersebut daripada menjadi teruk  dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil vaksin.