Monday, July 17, 2017

Coret-coret Hariraya 2017-Raya 1

Assalamualaikum dan selamat Hari raya semua....eh ada raya lagi ke...alahaiiii dah minggu akhir dah...baru nak cerita raya pertama...hehehehehe takpelah janji rock kan eh rayakan. Asyik ulang alik ke mimos buat UAT mood nak bercerita pun berulang alik....hehehehe ayat klise sungguh. Tapi memang le sejak dapat jadual UAT cycle 1 dan 2 emm memang ke laut lah semuanya. Apa lagi cycle 1 dibuat masa bulan puasa, memang puasa terus blog aku. Jadi ni kiranya sapu lah sikit sawang yang dah nak jadi gua kelam je ni. hehehe


Apa pun buat kawan-kawan semua masih sempatlah kan aku ucapkan Selamat hari Raya....maaf zahir dan batin. Kosong-kosong ok.


                                                         Beraya ke rumah Mak Itam

Ok aku nak cerita raya pertama keluarga anak-anak Wak Dolah dan Wak Saipah menyambut raya di Bakri. Walaupun aruah mak aku meninggal tahun 2013 tapi atas arahan Kak Long aka Kak Ijah, kita orang tetap teruskan tradisi menyambut raya di Bakri. Jadi walaupun sedih raya pada tahun 2014 kerana pertama kali beraya sebagai anak yatim piatu... kehidupan haruslah di teruskan. Jadi seperti tahun sebelumnya raya pertama mesti kat Bakri. Tapi kedatangan masing-masing bergantung kepada keadaan. Kadang pukul 2 dah sampai, kadang dah nak magrib baru sampai. Kak Ijah awal-awal lagi dah tunjuk gambar dia terbaring kat sofa sebab mabuk...maklumlah selepas bulan puasa yang kadang tak ada selera nak makan jadi bila sebulan selera kurang tu yang kadang tiada tenaga bila raya menjelma.

Mana yang sampai awal tu jenguk lah rumah Mak Itam. Tu lah satu mak saudara belah bapa yang ada. Kalau sebelah mak tinggal Paman Yasir kat gersik. Busu wang pula masa bulan puasa baru ni meninggal.

Semasa sibuk-sibuk bentang sejadah nak solat magrib ramai-ramai tu  tiba-tiba ada kereta besar 2 biji menjalar masuk rumah mak....lah siapa pulak tu. Rupanya anak Busu wang datang beraya. Tapi kesian lah pulak sebab sampai dah magrib. Kat depan yang lelaki dah sibuk semuanya bersiap sedia nak  solat berjemaah. Jadi yang kat dapur siapkan lah hidangan.  Lepas solat bolehlah hidang untuk tetamu yang datang.  Tetamu yang datang tu kesian juga sebab tak dapat layanan sempurna dari kami. Tapi bagus juga anak Busu Wang datang berkunjung sebab semasa aruah mak ada, dia orang selalu datang berkunjung.

Selesai solat magrib kita orang buat juga tahlil. Jadi bila selesai je tahlil isyak pun masuk. Selesai solat berjemaah isyak, dah malam kan jadi semuanya serbu ke dapur. Makan juadah raya dari dapur yang berlainan almaklumle air tangan berbeza walaupun nama juadah sama. Akak-akak aku datang semuanya bawa mangkuk tingkat. Malahan Kak nong kadang buat tapai pulut lagi. Tapi tahun ni emm macam tak ada je.
Acara Tahlil

Akak aku nora dek kerana nak jumpa semua adik beradik,   hah ko berdezup juga selepas selesai berkunjung rumah adik beradik Bang Rusli kat KL terus tengahari balik Muo. Jadi sampai rumah nak magrib.

Selesai semuanya acara yang di tunggu-tunggu oleh semua. Acara cabutan bertuah, bagi duit raya beramai-ramai. Ada agenda baru pula kali ini. Bila ada yang edar mangkuk kupon. Rupanya Bantuan Rakyat 1 keluarga (BRIK) seorang akan dapat samada gula atau sepaket milo. Kalau 5 ahli keluarga hah banyak juga tu dapat.

Pembahagian BRIK....bantuan rakyat 1 keluarga.... Jaki aka Ninja Tua collect kopon manakala Hisham tukang bagi gula sepaket atau milo sepaket , bergantung kepada kopon yang di cabut dari dalam kotak. 




 Acara bagi duit raya beramai--ramai. Mula-mula barisan lelaki dan kemudian yang perempuan. 
 

Yang si kecil ni sukalah sampaikan ada tu yang sampai tak cukup tangan nak pegang sampul duit raya. Macam-macam keletah yang timbul. 


Anak saudara dan cucu saudara banyak lelaki daripada perempuan.


Lepas tu cabutan duit raya kategori anak dan cucu. kali ini Kategori anak dapat pada orang melaka iaitu Shida (isteri Ijan) dan Mar (isteri Azli) manakala cucu pula dapat kat Baby (anak pit) orang parit sulong dan lagi sorang aku lupa namanya. Mana yang dah dapat tahun depan nama gugur diganti dengan orang lain yang belum dapat. List nama kan ada jadi tunggu lah nasib kut ada rezeki tahun depan dapat duit raya keluarga. hehehe.. ala buat ni pun suka-suka. Tapi semua seronok dan takde bangkangan pun bila kali pertama di wujudkan cabutan duit raya ni.  Ni semua idea Kak nong dengan secretarynya julie. Tahun ni tambahan kategori BRIK pula iaitu Bantuan rakyat 1 keluarga. Tahun depan kata Kak nong nak buat kategori Anak saudara sulong dan anak saudara bungsu dengan cucu sulong dan cucu bungsu. 

Selesai acara didalam rumah semua pun keluar tenguk bunga api. Hah berdentum dentam juga le depan rumah dengan mercun yang Orang Parit Sulong bawa. Yang kecil-kecil main bunga api. 

Selesai acara, akak-akak aku pun balik ke rumah masing-masing. Kak Ijah balik Parit Sulong Batu Pahat. Kak Limah balik Parit Bunga. Kak Jal balik ke Tangkak. Manakala Kak nong balik ke melaka di Bukit China. Adek pun balik sebab Mak mertua dia sakit dan tinggal di rumah dia. Tapi kerana nak raya ni Akak Shiba yang jaga sementara Adek dan Shiba sekeluarga balik Bakri. 

Alhamdulillah syukur dapat berkumpul lagi semua adik beradik seperti tahun-tahun sebelumnya. Mudah-mudahan ikatan keluarga kami tetap utuh sampai bila-bila. Aamiin.  

   

Sunday, July 16, 2017

Geng UB piknik Raya di Putrajaya

Assalamualaikum,

Lama sungguh menyepikan diri. Mood nak menulis memang ke laut semedang. Tapi sebab semalam pi piknik kat putrajaya dari pukul 9 sampai masuk Zohor emmm memang seronok sungguhlah menyembang sambil makan. Macam-macam cerita kita orang gossipkan.  Walaupun ada beberapa member tak dapat join, yang ada pun dah best. Dengan persekitaran yang nyaman....kita orang bentang tikar tau dan cari port tersorok bawah pokok. Tapi nampaklah orang yang datang ke Masjid Putra sebab berhampiran dengan jalan masuk ke Masjid Putra.  

Geng Ub dah lama tak piknik jadi bila di syorkan 16hb Julai kat putrajaya...semua pun seronok.  Selalunya kita orang buat potluck. Jadi menu macam-macam. Sambil gossip sambil ngap...hehehehe  

Dalam group washap semua upkan kehadiran dengan menu. Yang bagusnya Syud dari JB datang khas ke putrajaya untuk piknik. Last jumpa masa pesta buku. Tapi sayangnya Lia, kak uda dan wabbit tak dapat hadir. Lia dah kata nak datang tapi sebab demam dah cancel. Kak uda pula baru dapat cucu ke 2 dan maknya datang dari Johor nak tenguk cicit baru. Jid pun macam tu mak dia datang dari Kedah. 

Acara start pukul 8.30pagi  tapi aku sampai dalam pukul 9. Sampai-sampai je iejay, wan dan Nawwir dah sampai. Terus kita orang cari port yang sesuai. Bentang tikar dan lepak dulu sebab Kak su dan Yah sampai lambat sikit. Sementara menunggu menu utama sampai kita orang sembang sambil makan buah mata kucing dan manggis. oh lupa ada mee siput. Satu bekas aku goreng.

         Hah ni lah port kita orang. Tu nun nampak tak jalan masuk ke masjid. Orang lalu-lalang kita orang buat derk je sambil piknik. Paling best gossip pasal #fattzura. hehehehe ni Kalau amie ada lagi havoc. Amie peminat fatah tu. Tak dapat join sebab pi Bangkok.


Akhirnya kak su sampai. Yeh menu laksam. Memang sedap. Iejay bawa nasi Arab daging kambing. Yah bawa Quiche. Nawwir bawa ketupat dan ketupat palas. Kaknoor sponsor kek birthday. Hari ini birthday Anim. Jadi celebrate sekali dengan bulan Jun iaitu wan. Kek SR Balck forest cheese. Sedap sangat. Aku tukang beli. Tu pun nyaris kek tak dapat sebab aku salah pergi Tesco. Ingatkan Tesco Extra kat cheras taman Midah tu rupanya yang tepi Highway MRR2. Lepas tu salah masuk jalan lagi...dah berkeliling area Pandan Indah. Nasib baik dapat jalan yang benar dan bila sampai SR kek carrot pulak dah habis. Akhirnya setelah tanya nawwir ambil lah Black forest Cheese. Sekali bila tanya adik SR tu kalau tak masuk petisejuk boleh ke. Ohhh tidak boleh ya. Nanti dia cair. Akhirnya cadangan aku nak bawa ayam ponggeng terpaksa cancel sebab kalau dah masukkan kek, ayam perapan nanti tak muat.

Last choice call akak kat Rawang tanya resepi rendang yang selalu dia buat. Dan tada akhirnya malam itu juga aku merendang ayam. Hah nampak tu aku dah rasmi tepen warna biru yang beli kat padang besar untuk isi rendang ayam. Anim bawa rendang Tok wan. Wan bawa air mineral dan perkakas pinggan mangkuk, sudu dan cawan. Syud oleh kerana datang jauh kita orang suruh dia beli air kotak je. Nacha pula bawa kuih raya. Di hantar oleh anak bujangnya.      


       Yah sedang memotong laksam. Kita orang sabar menunggu. hehehehehe

              Kak su rasmikan Quiche hasil tangan Yah. pertama kali aku makan....emmm sedap. Licin 1 bekas

        Sambil menunggu laksam siap di potong kita orang rasa Quiche... hasil tangan Yah. Sedap.


                Posing sebelum makan. Tu nampak tu bekas mee siput.1 balang besar tau.

                                     Nasi Arab masak dalam Noxxa dengan sambal hijau dan salad timun.



        Bas pelancung keluar masuk yang ramai hari ini maklumle hari minggu. Dari tempat kita orang piknik.


                                         Menu utama dah sampai apa lagi lah makan time.

     Bila dah duduk bersimpuh ni memang macam-macam gaya ada. Ni dari gambar dari Iphone kaksu. Cantik-cantik gambar yang kak su ambil.

                                                                         Makanan yang di bawa.

                        Nacha datang dengan anak bujangnya. Tapi lambat sikit lah. Kita orang dah puas makan sambil bergossip...dia baru sampai.

                                                 
                         Sambil makan sambil bersembang. Macam-macam cerita. Dari bab #Fattzura dengan #Lofattah. Lepas tu sambung cerita drama-drama adaptasi novel. Cerita pasal keluarga Diraja johor pun masuk juga. Syud kat JB banyakle cerita pasal JDT.

               Dah selesai makan,  kek birthday ambil alih. Dek kerana lama kut terbiar jadi kek jadi lembek sikit. Tapi memang sedap lah. Lain kali boleh beli lagi.

Bila buka kotak je semua kata cantik. Masa aku beli yang coklat tu tak ada, putih bersih je. Bila customer dah bayar baru dia letak coklat rice atasnya. Yummy.

Acara potong kek birthday Julai dan Jun


                                                        Semua enjoy makan kek.

                                                    Yummy memang tip top

Bahan-bahan Laksam.

Ni panggil apa ya. Kuewtiow laksam ke. Kata kaksu seketul ni Rm1 kat area Bangi.  

Sembang punya sembang sambil makan ngulang kali ke 2, sehinggalah Masjid berkumandang Azan Zohor. Kaksu yang sebelum ni kata ada jamuan dengan editor creative dan nak balik sebelum pukul 12, tapi  tak jadi . Dah cancel jadi acara santai kita lama le. Bila perut dah kenyang dengan angin sepoi-sepoi bertiup....huhuhu mata pun dah ngantuk. Ni kalau ada bantal ni emm boleh ngorok ni. best sangat lepak bawah pokok.

                                                        Acara tapau menapau.

           Dah kemas barang semua, kita orang gambar beramai-ramai. Syud balik JB malam ni juga. Datang khas kerana potluck. Terima kasih syud. Seronok sembang. Tunggu novel terbaru Syud keluar. Geng-geng Azril dah semua jadi cerita. Jadi kena cari cerita barulah.

Jom balik.... 


Opss selfie dulu berlatar belakangkan Masjid Putra.

Semua balik dengan rasa seronok dan puas hati dapat makan dengan tenang dan bersembang dengan lamanya. Semua geng yang tak dapat join semuanya jeles bila gambar up dlam group washap. Apa pun semuga ukhwah kami berpanjanganle hendaknya. Aamiin