Wednesday, July 29, 2015

Hari Raya Pertama 2015



Assalamualaikum,

Dah seminggu hari raya baru nak update cerita... hehehehe biasakle aku ni kan suka cerita hujung-hujung kadang sampai bertahun-tahun baru sambung cerita. hahahaa

Ok lah hari raya pertama pagi-pagi rasa sedih lah juga. Ya lah kan masuk ni dah 2 tahun sambut raya tanpa aruah mak. Apa pun kehidupan kena diteruskan. Masa tahun lepas aku sedih juga sebab pertama kali raya tanpa aruah mak.  Tapi akak aku yang sulong kata tak pa walaupun kami dah tiada orang tua Raya pertama tetap balik kampung Bakri berkumpul beramai-ramai dan malamnya buat tahlil adik beradik. Dan tahun ni pun macam tu juga cuma semuanya datang waktu petang. Jadi pagi aku pun jenguk Kak lela bawak mangkuk tepen. Keluarga Kak lela suka kalau selain dari ketupat ada ketupat pulut. Selalu aku jadi tukang ikat Ketupat Pulut jadi pandai lah pulak membuatnya. Jadi setiap kali raya selain dari masak ketupat buatlah juga Ketupat Pulut. Tapi sebelum nak buat aku dera adik aku Faizol suruh mesinkan kelapa sebab 2 tahun lepas mesin kelapa jari aku yang masuk mesin, nasib baik tak tanggal jari. hehehehe jadi fobia nak mesin kelapa so adik akulah jadi mangsa sebab keluarga mertua dia yang suka makan ketupat pulut tu.



Bila dah berkumpul ramai-ramai Kak nong dan Ajid bagi cadangan kutip duit raya seorang RM 10 dan juga kutip duit untuk projek aktiviti bersama. Tabung Jutawan raya ni kiranya dibuat macam cabutan no bertuah lah. kalau tahun ni dah dapat kena lah tunggu sampai semua dah dapat. Jumlahnya bergantung kepada siapa yang balik Raya pertama. Apa lagi semua pun setuju. Daripada nama untuk seorang tiba-tiba ada yang rasa lama sangat nak tunggu nama naik jadi di tambah lagi 1 nama. 

Hah tenguk tu Jutawan segera Hari raya tau.

Ada 3 tabung 1 tabung duit Jutawan, 1 tabung untuk aktiviti bersama yang akan diadakan akan datang manakala 1 tabung nama yang dah keluar duit untuk cabutan bertuah. 

Bila masuk waktu Magrib je kita orang solat berjemaah beramai-ramai. Selesai je terus buat tahlil untuk keluarga yang telah meninggal dunia. Selesai tahlil dan solat Isyak barulah aktiviti seterusnya ialah beri duit raya.


Semua anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara dibahagikan kepada 1 kumpulan iaitu barisan lelaki dan barisan perempuan.
Tenguk tu panjang barisannya.


Yang kat depan tu barisan mak bapa makcik pakcik yang nak beri duit raya. Semuanya berkumpul sebarisan di hadapan.

Sebelum tu Ajid anak buah aku yang mengetuai acara. Sebelum sessi bermula, menyuruh semuanya mengucapkan terima kasih, minta maaf diatas salah dan silap.


Lepas tu satu demi satu bersalam dan cium tangan sebelum dapat duit raya. 
Yang nak bagi duit raya pun ramai . Mudah juga kan buat macam ni jadi semuanya dapat. Yang penting ianya mengeratkan silaturahim kami sekeluarga daripada anak saudara, mak saudara, cucu saudara.

Lepas tu cabutan no bertuah tabung Jutawan hari raya. Ni abang ipar aku yang sulong tukang cabut no bertuah. Akhirnya yang dapat ialah anak saudara aku Hisham dan abang aku. Suka lah mereka dapat duit raya. Semua pun senang hati dan gembira. Sebelum masing-masing balik ke rumah acara main mercun dan bunga api lah pulak.


 
Alhamdulillah sambutan raya hari pertama begitu meriah sekali. Syukur Ya Allah atas limpah kurnia Mu. 
    



9 comments:

  1. wah seronoknya acara berhariraya bersama keluarga mengeratkan silaturahim...idea wujudkan tabung keluarga utj projek kekeluargaan mmg bernas sekali.

    ReplyDelete
  2. Meriahhhnyeeee laaa kan kalu berkumpul ramai2 macam ni... mesti havoc!

    ReplyDelete
  3. Sis Faridah... idea tu spontan hadir bila dah ramai-ramai tu banyakle idea yang muncul.

    SS... sebab tu suka je kalau acara berkumpul bermai-ramai... ada je tukang lawak dan tukang gelak. hehehehe

    Aniey alhamdulillah adik beradik ramai kan memang le sakan

    ReplyDelete
  4. Slmt hari raya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. meriah kan bila berkumpul ramai - ramai mcm tu . wpun org tua dah x de , hubungan silaturrahim tetap perlu dikekalkan ...

    ReplyDelete
  6. Nor Azman selamat hari raya. Terima kasih berkunjung.

    Qaseh itu jelah acara yang boleh mengeratkan silaturahim semua. Kalau tak buat macam tu jumpa setahun 2 kali je. Dahlah masing-masing jauh jadi kena buat sesuatu aktiviti supaya semua dapat hadir bersama. Kang tok saudara tak kenal cucu saudara. Jumpa-jumpa kecil sekali jumpa lagi wah dah besor

    ReplyDelete
  7. ramainya..seronok berkumpul mcm ni di hari raya..

    idea buat tabung tu memang bagus..

    ReplyDelete
  8. Nohas... bila dah ramai ada je idea masing-masing. Layan je lah

    ReplyDelete