Thursday, September 3, 2026

44 pesanan untuk kesihatan mental yang baik

Dr. Hideki Wada, seorang pakar psikiatri berusia 61 tahun yang pakar dalam kesihatan mental WARGA EMAS, baru-baru ini menerbitkan buku bertajuk *Tembok Berusia 80 Tahun* Sebaik sahaja buku ini dilancarkan, penjualannya terus melonjak—lebih 500,000 naskhah terjual dan diramalkan akan menembusi angka 1 juta kopi. Buku ini berkemungkinan besar akan menjadi buku paling laris di Jepun tahun ini.

Berikut adalah 44 pesanan bijak daripada Dr. Wada yang patut dibaca dan dikongsikan, terutamanya kepada ibu bapa tersayang:

1.  *Teruskan berjalan setiap hari*, walaupun perlahan-lahan.

2.  Saat berasa geram atau marah, tarik nafas panjang dan bertenanglah.

3.  Lakukan gerakan ringan supaya tubuh tidak menjadi kaku.

4.  Jika menggunakan penyaman udara (AC) pada musim panas, banyakkan minum air.

5.  *Jangan malu memakai lampin* jika perlu — ia sebenarnya membantu kita bergerak dengan lebih bebas.

6.  Banyak mengunyah menjadikan otak dan tubuh lebih aktif.

7.  Sifat pelupa bukan semata-mata kerana usia, tetapi kerana otak jarang digunakan.

8.  Tidak semua masalah kesihatan perlu diatasi dengan ubat yang banyak.

9.  Jangan terlalu memaksa untuk menurunkan tekanan darah dan paras gula secara mendadak.

10. Menyendiri tidak bermakna kesunyian, ia boleh menjadi waktu untuk bersantai.

11. Berasa malas itu perkara biasa, lebih-lebih lagi jika memang kepenatan.

12. Jika sudah tidak boleh memandu dengan selamat, lebih baik berhenti daripada ditimpa kemalangan.

13. Lakukan perkara yang anda suka dan jauhi perkara yang mencetuskan stres.

14. Umur mungkin tua, tetapi keinginan semula jadi masih boleh dirasai.

15. *Jangan hanya berkurung di rumah* — cari udara segar dan lihatlah dunia luar.

16. Makanlah apa yang anda suka, asalkan tidak berlebihan. Berisi sedikit tidak mengapa.

17. Lakukan segala perkara dengan perlahan dan berhati-hati.

18. Jauhi orang yang membuatkan anda berasa tidak selesa.

19. Kurangkan masa di hadapan TV dan telefon bimbit.

20. Kadangkala lebih baik berdamai dengan penyakit daripada terlalu memaksa untuk sembuh sepenuhnya.

21. *"Sentiasa ada jalan"* — ayat ini boleh menjadi kekuatan saat kita merasa buntu.

22. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar itu sangat penting.

23. Mandi tidak perlu lama, cukup sekadar 10 minit.

24. Jika tidak boleh tidur, jangan paksa diri.

25. Perkara yang menggembirakan hati dapat mengekalkan kecergasan otak.

26. Jangan terlalu memendam perasaan, katakan sahaja apa yang ingin disampaikan.

27. Cari doktor keluarga yang anda percayai sejak awal lagi.

28. Tidak perlu sentiasa beralah. Kadangkala menjadi *"warga emas yang nakal"* itu menyihatkan.

29. Tidak mengapa jika sesekali pendapat kita berubah.

30. Demensia (nyanyuk) di penghujung usia mungkin cara Tuhan untuk membuat kita berasa tenang.

31. Jika berhenti belajar, kita akan lebih cepat kelihatan tua.

32. Tidak perlu mengejar darjah atau kehormatan — apa yang ada sekarang sudah mencukupi.

33. Sifat polos atau lurus adalah keistimewaan orang tua.

34. Hidup kadangkala merumitkan, tetapi itulah yang menjadikannya menarik.

35. Berjemur di bawah cahaya matahari boleh menceriakan hati.

36. Berbuat baik kepada orang lain turut membawa kebaikan kepada diri sendiri.

37. Jalani hari ini dengan tenang dan santai.

38. Mempunyai keinginan adalah tanda kita masih hidup dan bersemangat.

39. Sentiasa berfikiran positif.

40. Tarik nafas dengan lega, hidup tidak perlu terburu-buru.

41. *Anda yang menentukan* bagaimana anda mahu menjalani kehidupan.

42. Terima segala yang berlaku dengan hati yang tenang.

43. Orang yang ceria biasanya disenangi ramai.

44. Senyuman boleh  membawa banyak keberkatan.

Sila kongsikan pesanan ini kepada semua *WARGA EMAS* yang anda kenal. Kerana mereka berhak untuk hidup bahagia, sihat, dan menikmati masa tua dengan aman. 🌿🙂

Assalamualaikum 
Aku dapat dari kawan sekolah. Bagus juga pesanan ini semuga ianya dapat memberi manfaat buat semua tidak kira berapa pun usia kita tapi kesihatan mental diri sendiri perlu di jaga. 
Semuga semua kawan bloggers di kurniakan kesihatan yang baik sambil menjalani kehidupan dengan tenang dan damai. Aamiin 

Tuesday, August 25, 2026

Trivia Merdeka Doktor Perubatan Moden Melayu Pertama

Assalamualaikum
Wow baru tahu ada Doktor Perubatan Melayu pertama Di negara kita. Bagaimana agaknya cabaran dalam perubatan kita waktu itu ya. Ialah masa tu peralatan perubatan bukannya canggih macam sekarang. Malahan bangunan hospital pun masih ada lagi bangunan zaman jepun yang sudah uzor Dan perlukan perubahan. 
Macam kat muar tu bangunan hospital semakin sesak Di belakang terutamanya dengan parking yang selalu merupakan masalah utama di mana juga hospital di malaysia ni. Macam nak syorkan je bangunan lama di hadapan tu Di runtuhkan untuk bangunan  parking bertingkat. Tapi mana ada budget nak buat. Bangunan lama tu pun menempatkan pelbagai fasiliti lain. 

Lepas tu bangga juga ada Doktor Wanita pertama. Mungkin cabaran lebih agaknya sebab zaman dulu mana ada anak perempuan melayu  menjadi Doktor seperti sekarang yang begitu ramai. Dulu banyak doktor China atau India atau bangsa asing. Malu bila nak check bila doktor lelaki yang kita jumpa. Sekarang boleh jumpa doktor perempuan melayu Dan mudah untuk rawatannya. Semuga perkhidmatan perubatan Di Malaysia semakin maju Dan semakin ramai doktor yang berkaliber dalam menangani cabaran perubatan global

Monday, August 24, 2026

Terapi minda - bunga mekar setaman

Assalamualaikum 

Kita orang adik beradik memang peminat bunga. Kak tijah dulu masa sihat dia penah tanam bunga orkid mana kala aruah suaminya pun rajin melayan membuat tempat bunga ya. Kita orang kalau ke parit sulong memang suka tenguk pokok orkid kak tijah berkembang. Tapi sejak abang ipar meninggal masa covid kak tijah terus tak sihat Dan tempat bunga ya pun terus malap. Tiada orang yang uruskan. 

Bunga kat atas tu kalau berbunga cantik tau. Pernah masa ianya menjalar ke bumbung bila ia berkembang dari jauh dah nampak warna birunya. Cantik. Tapi yang kat atas bumbung tu dah mati pokoknya. Yang ni baru nak hidup balik

Yang ni baru nak mula berkembang. 
ni masa cuaca tengah panas maka galak lah pokoknya berkembang. Ni rasanya bulan 7 hari tu. Sekarang dah layu
Pokok bunga kertas pula nak berbunga. Pokok nenas tu atasnya pun dah mula besar. 
Hari ni cuaca mendung Dan nak hujan jadi pokok bunga pukul 10 tak jadi berkembang. 
Yang ni pulak mula berkembang banyak. Bila banyak cantik pulak. 
Bunga jepun tak berkembang sangat pagi ni. Selalu kalau cuaca elok cantik bunganya berkembang. 
Bagitu le orang perempuan walaupun orang lelaki kata habis kan duit je tanam bunga tapi ini terapi minda orang perempuan. Memang lah kalau bagus tanam sayur sayuran tapi sesekali layan bunga apa salah nya kan. Melihat bunga berkembang hati pun rasa tenang jiwa rasa bahagia walau hanya memandang bunga berkembang. Kan kan kan

Sunday, August 23, 2026

Trivia Merdeka 4 bangunan tertinggi

Assalamualaikum
Antara 4 bangunan tertinggi ni baru 2 je yang dah sampai. Yang 2 terbaru belum lagi. Tapi anak saudara aku dan team kerja dia pernah sampai kat hujung titik tertinggi Merdeka 118 kibarkan bendera. Gayat je tenguk gambar dia posing dgn bendera Malaysia sempena hari Merdeka tapi lupa tahun bila dia buat tu. Semuga Allah lindungi Hisyam anak kak jal yang bungsu dari segala mala petaka semasa bekerja. Kerja dia memang mengerunkan sebab membersihkan bangunan di mana saja team kerja dia dapat kontrak. 

Masa twin tower jadi bangunan tertinggi dulu bangga lah juga. Malahan masa kawan dari indon iaitu Bunga datang Kl pernah le join geng ulat buku bawa Bunga round kl. Jadi masa naik twin tower tu jenuh datang awal dan beratur beli ticket nak naik. Masa bila dan harga ticket dah lupa. Maaf ye entah mana gambar dia mungkin masa tu guna kamera dan simpan dalam hard drive agaknya. 
Kita orang sampai di area tingkat penyambung antara ke dua bangunan. Berjalan lah dan ambil gambar semasa di situ. Ada masa tertentu dan tak serentak pengunjung boleh berada di kawasan tersebut. 

Lepas tu bawa Bunga ke kl tower pula. Berpusing le kat atas tu. Oleh kerana bawa Bunga berjalan kl kita orang yang hadir bersama dah macam tourist pulak. Masa tu belum ada bas hop in hop out tu kalau tak boleh naik keliling kl. 

Tapi kak su pernah naik bersama yah bila kawan indon nurul datang melancong ke malaysia. Mereka bawa Nurul dan famili dia berjalan. Malahan masa trip ke turkiye juga Nurul ada join trip kami kerana anaknya Fatin belajar di sana. 

Nanti nak kena jenguk juga lah 2 lagi bangunan tu. 


Monday, August 17, 2026

Trivia Merdeka - Kenali Jata Negara

Assalamualaikum
Bulan 8 ada lah bulan kemerdekaan kan. Jadi perpustakaan IKN ada buat aktiviti sempena bulan kemerdekaan ni. 

Yang pasti semuanya ini supaya tertanam semangat patriotik dalam jiwa kita. Kalau sejarah merdeka pun kita lupa tak tahu lah generasi akan datang. 

Tapi yang pasti akak aku pernah cerita zaman jepun dulu pernah makan ubi di bakar untuk jadi nasi buat alas perut. Tebang pokok sagu korek isinya buat lempeng. Sedap dan kenyal rasanya. Kat belakang rumah dulu ada pokok sagu yang besar. Bila di tebang aruah mak korek batang sagu tu buat tepung. Camne buat tak ingat sebab masih kecil tapi ingat kesedapan lempeng sagu yang aruah mak masak. 

Aruah bapak dulu pun rasanya pernah jadi polis ke askar tak ingat tapi ada dapat penghargaan lah sebab pernah berkhidmat sebelum merdeka. 

Kalau dengar citer orang lama memang kesian waktu itu. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita kena ingat tanah air kita dan berjuang demi kedaulatan negara kita. 

Betapa pengorbanan rakyat terdahulu jangan kita lupa hasilnya kita hidup aman dan damai pada masa sekarang.

Cabaran negara Malaysia sekarang kadang menakutkan kalau generasi sekarang tak menyayangi negara mereka sendiri apa yang terjadi di masa akan datang tak berani nak cakap. Semuga anak cucu kita dijauhkan dari pada musibah yang bukan2. Aamiin

Eh melalut pulak. Meh kita belajar apa maksud Jata negara kita. Jom masuk sekolah merdeka eh eh. 

Saturday, August 8, 2026

Cuba rasa nescafe ais kepal

Assalamualaikum
Hari tu pergi 7E tengah cari air buat bekal perjalanan ke muar nampak le air ni. Nescafe ais kepala limited edition. Warna cantik pink color u. 

Beli 2 tin. Satu aku minum masa dalam perjalanan dan kat highway. Rasa nescafe kuat tapi ais kepalnya tu camne ye rasa original dia. 

Lepas tu masa dengan kak jal nak pi rumah kak nong, kak jal yang minum 1 tin lagi. Dah kita orang terimbau kenangan masa kecik2 dulu. Masa tu tak kisah halal haram dalam makanan. Teringat kat kedai ais kepal tu tokeh kedai dok kepal ais tu bulat bulat, lepas tu jirus air gula. Dapat je kat kita orang dok hisap ais kepal tu. Bila teringat sekarang  Ya Allah macamana le kita orang dok melantak benda alah tu dulu. Kalau sekarang emm memang tak le nak melantak jika tahu sapa yang buat.
Bila terimbau citer ni aku dan kak jal gelak bersama. Jahil sungguh waktu dulu. 

Ya Allah ampun kan aku sebab jahil masa kecil dulu. Semuga rezeki yang aku makan sekarang semuanya halal toyiban. Aamiin

Tuesday, August 4, 2026

Tanya chatgpt kenapa blog kena remove oleh blogspot

 

Infografik: Kenapa Blog Boleh Dibuang (Remove) oleh Blogspot/Blogger
🚫 Sebab-Sebab Utama
❌ Melanggar Polisi Kandungan
Kandungan kebencian
Keganasan
Pornografi atau kandungan eksplisit
📄 Pelanggaran Hak Cipta
Menyalin artikel orang lain
Menggunakan gambar atau video tanpa kebenaran
🤖 Spam
Terlalu banyak iklan
Kata kunci berlebihan (keyword stuffing)
Kandungan dijana semata-mata untuk menarik trafik tanpa nilai kepada pembaca
🦠 Aktiviti Berbahaya
Menyebarkan malware
Phishing atau penipuan
⚠️ Penyalahgunaan Platform
Akaun palsu
Manipulasi trafik
Melanggar Terma Perkhidmatan Blogger
✅ Cara Elakkan Blog Diremove
Tulis kandungan asli.
Gunakan gambar yang mempunyai lesen atau milik sendiri.
Patuhi polisi Blogger.
Elakkan spam dan pautan yang mencurigakan.
Semak blog secara berkala untuk memastikan tiada kandungan yang melanggar polisi.
Ringkasnya: Blog biasanya diremove oleh Blogspot kerana melanggar polisi, melakukan spam, melanggar hak cipta, atau mengandungi kandungan yang membahayakan pengguna. Jika blog dibuang secara tidak sengaja, anda biasanya boleh membuat rayuan melalui akaun Blogger.

Assalamualaikum 
Masih tanjat gegerl ko pagi ni bila mim email blog dia kena remove. Cuba Tanya chatgpt secara infografik eh Di tulis satu demi satu. 

Apa pun kita doakan mim, cie dan sk dapat semula rumah mereka. Sayang oiii dah banyak file dalam depa cerita macam2 mahu tak nangis bucu katil. 

Ini 3 blogger yang aku sempat jenguk yang lain tak tahu lagi. 

Blog kena remove why why why

Assalamualaikum

Tib pagi ni dapat email dari pada mim blog dia kena remove. Lepas tu Cuba blog cie lepas tu SK eh napa ya. Apa yang terjadi. Aku dah le bengang update aku asyik tertinggal je update list tu yang malas nak masuk. BW tenguk mood. Aduhaiii

Why why why. Ada orang report abuse ke. 

Semuga cuma masalah teknikal je Dan kawan2 aku dapat balik rumah mereka. Doakan ye. Cuba check napa

Friday, July 31, 2026

Kenangan bersama Lida

Assalamualaikum 

Masa baru masuk hpj aku tak tahu pun ada staff yang oku. Bila aku ber cakap dengan dia... Eh dia buat derk ja. Segan juga dan termalu sendiri kenapa dia ni tak dengar aku cakap ke dan tanya. Rupanya bila dah lama baru tahu. Dia cacat pendengaran tapi boleh ber cakap tak bisu. 

Lida boleh paham kita cakap dengan memandang mulut kita. Dia orang cerita suami dia sama oku juga tapi anak2 normal. Kalau dia bawak kereta waduh main rempit je. Ini kawan yang cerita dan pernah tumpang kereta dia. Dia tak dengar kan agaknya camne dia bawak ye. Kadang dia orang bercerita sambil melawak terutamanya santha yang suka mengusik. 

Yang kelakor tu kadang keras kepala juga. Sanggup bergaduh kalau dia rasa dia betul. Sampai sanggup nak keluar Jabatan Rekod hanya kerana orang pertikaikan kerja dia. Kerja bagus tapi pn shu kadang bengang layan kerenah dia yang kadang macam berkira kerja Dan kadang tak paham apa kehendak boss. Selalu bergaduh dengan santha tapi nanti baik semula. Kadang kelakor tenguk depa berdua bergaduh dan kadang tindakan macam budak2. Dah le kerja bertiga dalam satu bilik. Kalau tak geng sorang ke sana sorang ke sini. Nasib baik tau Pn hanum baik. Kalau tempat lain tak tahu le camne nak layan kerenah dia. Tapi anak2 dia bagus aktif sukan. Selalu je nampak dia minta off sebab anak ada lawan game. 

 
 Ini hadiah share bersama santha. Terima kasih lida. Semuga berjaya naik pangkat ke EO. Hari tu tak berjaya semuga berjaya masa akan datang. 

Kenangan bersama Hanim

Assalamualaikum 
Hanim ni aku dah kenal lama sebab dulu sebelum dapat Amro dia kerja di Mnha bhg perancangan. Lepas tu suami dia Lan kerja sebagai my step di Pik sebelum dapat kerja tetap (lupa jabatan dia) 
 
Bila dapat Amro kerja kat hospital serdang. Lepas tu masa aku dah kat hpj dia mohon pindah masuk hpj. 

Jadi bila masuk hpj jumpa balik. Pandai It sebab ambil urusan tersebut jadi kalau bab canva lah ai lah serta video yang cantik dia lah yang buat. Create gambar 1 jab pun dia yang buat. Creative sangat dan cantik hasilnya. 

Terima kasih hanim buat video yang begitu bermakna buat aku. Masa tenguk hasilnya Ya Allah itu satu hadiah yang begitu bermakna.

Hadiah yang hanim beri. 

Terima kasih selautan laut Hindi Hanim. Semuga berjaya Dan Di permudahkan urusan kerja di Jabatan Rekod Hpj. 

Wednesday, July 29, 2026

Aktiviti gotong royong Di Jab Rekod Perubatan


 Assalamualaikum

Semalam rupanya ada gotong royong angkat fail ke stor Di Pbbr. Aku tolong tenguk dari jauh je. Tapi aku belanja lunch untuk satu opis. Penat kan. 

Video ni hanim yang buat. Creative je kan. Apa pun warga Rekod chaiyok chaiyok. Bersatu tetap bersatu sentiasa dalam apa juga aktiviti. 


Saturday, July 25, 2026

Cabaran langkah sihat itu saya antara Jabatan Kesihatan Negeri

Assalamualaikum
Alhamdulillah berakhir sudah warga KKM nak cukup kan 10 k untuk 1 bintang. 90 hari akhirnya berakhir. 

Walaupun nampak macam menekan-nekan tapi sebenarnya ianya bertujuan untuk warga KKM sihat. Mengalakkan mereka berjalan setiap hari. Kalau yang macam kami yang kerja duduk ni kena lah bergerak. Kalau kerja lain emm beribu langkah kaki. Apa lagi macam Doktor nurse Dan lain2 yang kerja Di hospital. 

Ini keputusan group kami. OK lah kan. Mula2 20 orang join lepas tu tinggal 18 orang tapi ada 1 orang tak bergerak mata dia. Kalau tak nak buat jangan le join. Join hanya buat tambah nama je. 

Macam boss aku mula2 join tapi bila jam dia tak boleh nak sync dengan book doc terus dia keluar takut effect pada team. Ini top 5 dalam group aku. Yang tukang push Pn mar lah. Aku dapat no 6 dengan 73 bintang. Emm jadi lah janji bergerak. Ada juga yang terlupa nak habis kan sebab tak larat nak jalan dan mata pun dah ngantuk. Tak jalan kat luar jalan dalam rumah lerrrr. 😂😂😂

Akan datang Di Destina Putrajaya

Assalamualaikum. 

Hari tu pn shu ada up iklan berkenaan Destina Putrajaya yang merupakan tempat parking Dan juga katanya akan ada Macam2 kat situ. Ianya bersebelahan je dengan Putrajaya Central. 

Lepas tu nampak le IKEA Di buka pada 23hb Julai 2026. Apa lagi lunch hour geng rekod pun pi jenguk sebab katanya ada hadiah sempena pembukaan dia. 

Wah makin meriah le port shopping orang Hpj apa lagi sebelah je. Nak jalan kaki pun ada flyover pejalan kaki kat situ. Senang le. Apasal le dia tak bukak awal kalau tak em tiap jumaat pi situ. Hehehe
sapa peminat kopi hipster boleh le pi bila semua kedai ni Di buka nanti. Aku pun tak jenguk lagi tempat tu. 

Apa pun ada port baru ni. 

Hah sapa sesat putrajaya boleh le pi. Naik pengangkutan awam pun dekat. Ada mrt, erl, lrt pun ada. 

Friday, July 24, 2026

Kenangan bersama mek za aka Liza

Assalamualaikum
Mek za aka liza ni kiranya Amro paling muda tapi anak dah 2 tau. Comel mek klate. Bila ber cakap laju automatic slang bahasa kelantan kuar. Dia punya laju tu jenuh nak paham kan tapi seronok sesekali dengar loghat kelantan. 

Masa aku baru masuk Hpj liza masa tu dalam pantang anak ke 2. Anak-anak dia comel macam maknya tapi bengkeng dengan anak bila banyak songeh. Yang kesian tu anak dia selalu sakit. Ada sekali tu sampai masuk wad. Bergilir lah dia dengan suami jaga anak. Yang tua anto kampung. Tu yang lebih kenal atok dia di kampung dari mak kat putrajaya. Tapi la ni dah besar dan ok  lah bertemu sekeluarga 4 beranak. 
 
Nanti aku rindu liza kecek klate. Terima kasih jadi adik yang baik dan pandai masak. Sedap rendang ayam liza masak. Lepas tu hari tu buat laksa serawak. Tak makan nasi lemak biasa sebab pakai santan kotak. Sekali dia masak kan untuk kami emm licin periuk sebab sedap. 

Ni pun dengar ura-ura dapat tukar balik kelantan. Semuga di permudahkan urusan. 
Hadiah kenangan dari liza

Tuesday, July 21, 2026

Bangga dengan kawan sekolah

 

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan pada 17 Julai 2026 bertempat di Canseleri UiTM  sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menggalas amanah. 
Kredit to Fb azah rahman


Assalamualaikum 
Dalam banyak2 kawan sekolah Azah Rahman yang paling top sebab berjawatan tinggi di UiTM shah alam. 

Ada seorang lagi Norlida Md Dom pelari handalan rumah coklat di sekolah dulu dan berpangkat juga jawatannya cuma kenal dan baik kat sekolah je manakala Azah Rahman ni kenal 5 tahun hidup bersama kat hostel. 

Ketua pengawas sekolah dan bila menjadi pensyarah di UiTM semakin berkembang maju kerjayanya. 

Sebulan sebelum bersara dapat naik pangkat lagi. Jusa A ko. Tahniah Azah Rahman

Aku, Azah dan Geeta hari jadi kami berderet iaitu 17,18 dan 19hb Julai. Oleh kerana kita orang pencen maksimum nampak le majlis masing2 dalam Fb. 

Geeta pensyarah UiTM juga tapi kampus pahang. Ada seorang lagi yang jadi pensyarah UiTM tapi Azilah dia pencen awal. 

 Alhamdulillah ni ada lah beberapa kawan sekolah yang berjaya. Aku tumpang bangga dengan kejayaan mereka. 

Teringat zaman sekolah dulu, bertungkus lumus belajar. Macam2 perangai budak hostel masa dulu. Kalau ingat sengeh sorang2. Memori semua tu. 

Bab birthday berderet ni masa kat opis lama iaitu di Pik dari 15hb hingga 19hb tau. Iaitu Rosli Amro, Dr shahidah, aku, Azmaliza Amro  dan Zaitun statistic. Jadi bila wish berderet le dalam group WA opis Pik dulu. Sekarang yang tinggal Dr Shahida Dan Azmaliza Amro. Rusli dah pindah keluar KKM manakala Zaitun kena pindah serawak. Lupa naik pangkat kut. 

Eh dah melalut pulaknya






Buku autograph Hpj

Assalamualaikum
Masa nak pi Bangkok Grill cc jue bagi 1 beg hadiah dari Pn Eva yang baru balik umrah. Kata cc ada kad ucapan dari pada kami staff Jabatan Rekod Perubatan Hpj untuk aku. 

Bila dah sampai rumah aku bukak waaaa. Teringat dulu masa form 5 sebelum nak start sibuk dengan exam masing2 buat buku untuk kawan isi tanda ingatan. Aku beli buku nota yang agak tebal juga supaya boleh ramai kawan tulis. 
Seronok baca tulisan kawan2 malahan ada yang penuh muka surat ber cerita. Kami ber tukar-tukar buku Autograph Di kalangan kawan hostel dengan kawan sekolah. Adik Dan senior yang aku baik pun aku bagi suruh sign autograph. Macam retis je kan. Sampai sekarang pun masih minta sign autograph kalau beli buku Dan penulisnya ada. 

Malangnya masa kat rumah sewa di Segamat buku autograph  kena makan anai2 serta banyak barang yang lain. Akhirnya terkubur buku autograph zaman sekolah. 

Jadi bila dapat ni terimbau zaman sekolah dapat buku autograph. Seronok bila dapat. Macam2 mereka tulis. Kalau aku pulak teringat dulu sign buku autograph kawan2 aku tulis panjang lebor memori bersama. Kawan2 jadi seronok baca tulisan aku. Yang ni ada pantun. 

Terima kasih ya staff Hpj. Lagi bagus kalau aku boleh print gambo mereka dan tampal kat dalam macam scrap book. Tenguk gambar terus teringat. 
Daripada Pn Hanum
Daripada Pn Hanim
Daripada Pn Kamaliana. Siap berpantun lagi. 

Cayang uolsss 

Lagu kenangan yang mengimbau kenangan lalu

 

Assalamualaikum 

Bila Cikgu mim dengar lagu westlife ingat crush dia aku ada beberapa lagu yang bila dengar teringat sewaktu dahulu. 

Masa tu gaduh dengan ex tunang dan akhirnya putus tiber lagu Mega keluar iaitu tajuknya Pasti. Masa tu penyanyi dia bukan rahmat tapi penyanyi asal kumpulan mega sebelum tukar kepada rahmat mega. Aku lebih suka penyanyi asal daripada penyanyi penganti selepas tu sebab suara dia lebih gemersik dan membuai rasa. 

Ada lagi satu lagu sheqal. Tajuk zapin rindu rinduan kut. Lupa nama tajuk lagu. Tapi bila terdengar flashback citer sedih tersebut. Memori Lane sungguh. Sebab tu suka tenguk drama Abang Bomba I love You sebab ex tunang kerja Bomba. Opssss melankolia sungguh aku. 



Lepas tu masa kursus Bina Negara crush pada abang MI pegawai kastam diraja dari Jb. Yang best sebab frekuensi yang sama. Maksud aku abang tu suka aku dan aku crush kat dia... Opss. Biasakle anak muda tapi akhirnya dia bagi lagu Hajat nyanyian Haida. Bila dengar ayat dalam lagu tersebut aku pun sedar diri jangan nak jadi penyondol dalam rumah tangga orang. Tapi memori berkursus satu kumpulan di Pantai Batu Layar Kota Tinggi sentiasa mengamit rasa. 

Masa ada fb aku skodeng Fb abang Mi sebab dalam list fren aku ada senior yang kerja kastam. Nampak komen dia kat situ. Sekali tenguk gambar dia ada anak kecik lagi walhal rasa macam dah pencen. Awet muda sungguh abang Mi. Isteri dia pun comel. Buat businesses kedai makan kat Perak. Lupa tempat dia. Mana tahu sesat ke Perak terjumpa abang Mi. Semuga business dia berjaya dan bahagia bersama famili. 




LAYANNNNNN


Friday, July 17, 2026

Lunch farewell Di Bangkok Grill

Assalamualaikum
Alhamdulillah semalam lunch date bersama staff Hpj serta farewell lunch untuk aku. Kiranya ianya  juga sambut birthday malahan aku dah nampak ada kek di bawa bersama. Tapi sebab dah kenyang sambung kat pejabat petangnya . 

Bangkok grill ni aku tak tahu pun wujud dia kat Dataran  Gemilang. Dah lama tak lalu sana. 
  Cc jue dah book tapi bila sampai macam confius sat. Takde meja tulis book jadi ambil 5 meja sederet. 

Pengurusan dia macam kelam kabut. Lepas tu tempat makan dia tertumpu kat satu Bahagian iaitu Di tengah area pintu masuk.  Bila ramai dan serentak penuh beratur le orangnya. 

Lepas tu nak sup apa dan bahan nak bakar pun sama. 
      Bila dah pernah makan kat 10 pots Di Ayer 8 rasanya lagi banyak choice makanan. Tapi opis dah belanja makan aje lah. Tapi jagung dia tak sedap. Jagung kat 10 pots sedap. Hehe cam nak repeat kat sana lagi. 

Makan macam ni kena perut kosong baru enjoy. Kalau tak rugi bayar mahal. 

      Kena book dulu kut

Desert dia warna warni. Rasa ok lah
Yang ni sedap katanya shabu2 tapi akhir sekali. Licin bila bakar . Sedap. Ni lah beza dengan 10 pots
Geng kita orang
 Semua tu sedap menjamu selera. 
Aiskrim sedap
Macam macam je si santha ni
 Posing kat luar

Macam macam gaya 

Bila masa le dia orang buat
Ni pintu depan. 
Lalu pintu belakang 
Bangunan berhampiran 
Ada air terjun bahagian dalam ni