17 April 2026 – Pengukuhan Kemudahan Mobiliti di Hospital Putrajaya
Hospital Putrajaya hari ini menerima sumbangan bermakna berupa 13 unit kerusi roda heavy-duty (bariatrik) model Movzy X2 bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselesaan pesakit. Majlis penyerahan ringkas telah disempurnakan oleh Dr. Siti Alia binti Eliza, mewakili pihak penyumbang yang memilih untuk kekal anonim, kepada Dr. Nur Zulaikha binti Nordin. Selaras dengan prinsip akauntabiliti, proses sumbangan ini telah diselaraskan sepenuhnya oleh Unit Perhubungan Awam dan Unit Pengurusan Aset mengikut Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan yang sedang berkuat kuasa bagi memastikan setiap unit direkod dan diselenggara dengan sempurna.
Daripada 13 unit yang diterima, sebanyak 5 unit telah diagihkan ke Jabatan Kecemasan (ED) untuk kegunaan segera, manakala unit selebihnya disalurkan ke wad-wad mengikut keperluan seperti Wad 4A, 3C, 2D, 9A, 10A, serta unit L&D dan Daycare. Terima kasih kepada pihak penyumbang atas keprihatinan yang sangat luar biasa ini. Semoga kemudahan tambahan ini dapat melancarkan lagi urusan rawatan dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga Putrajaya yang memerlukan.
Assalamualaikum,
Ni kejadian berlaku pada bulan April yang lalu. Terima kasih pada penyumbang dan dapat kerusi roda baru buat pesakit. Alhamdulillah pesakit dapat kerusi baru.







Alhamdulillah.. semoga dipermudah urusan si penderma
ReplyDeleteTerima kasih buat penderma.
Delete