Sejak 5 S dijalankan diseluruh warga KKM membuatkan kadang aku pening mana satu nak buat. Data asyik manjang tak tally lepas tu kena kemaskan tempat bekerja. Kena sisih, susun, sapu, selalu amal dan lagi satu apa ek 5 S ni. Aduhai pening kepala dengan fail dan surat-surat yang banyak. Manalah aku nak letak ni. Tempat dah la rumah setinggan manakala rumah orang lain rumah banglow. Jadi kenalah sesuaikan dengan tempat bekerja. Tapi kadang jealous juga tenguk tempat kerja orang lain besar malahan ada tempat fail lagi manakala aku huh tak muat nak letak tempat fail. Buku-buku dan nota banyak pulak tu. Huh poning kepala den memikiornya.
Pasangan yang bahagia sedondon seia dan sekata.
Ok kita nak ceciter sikit lah. Hari Jumaat minggu lepas pergilah mendengar tazkirah, dimana KKM dengan usahasama Pusat Pungutan Zakat WP telah mengundang Dato Ustazah Siti Nor Bahiyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah memberi ceramah mengenai semanis kurma keluarga bahagia. Walaupun hanya memakan masa 1 jam sahaja namun banyak ilmu yang dapat di perolehi supaya mendapat keluarga yang bahagia. Seperti biasa setiap ceramahnya mesti di mulakan dengan berpantun dan diselitkan juga jenaka yang menarik hati serta usik mengusik bersama para pendengar. Macam tenguk slot semanis kurma di Tv9.
Mereka memberi resepi bagaimana nak membina keluarga yang bahagia dimana terdapat 7 asas bagi membina keluarga bahagia. Ni adalah sikit nota yang aku dapat tulis dan nak aku war-warkan. Apa pun yang baik jadikan tauladan yang tak baik jadikan sempadan.
7 Asas bagi membina keluarga bahagia iaitu:-
1. Iman dan Taqwa kepada allah
Untuk membentuk keluarga yang bahagia sebenarnya ianya bermula di rumah. Hendaklah mengutamakan keluarga dalam apa jua yang di lakukan. Pastikan juga suami/isteri/anak boleh membaca AlQuran malahan kebahagiaan datangnya dari ketenangan hati yang beriman dan bertaqwa. Itu sebabnya banyak kejadian dimana anak-anak banyak yang lari dari rumah sebab tiada kebahagiaan di rumah. Kedua ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki sehingga anak-anak terabai.Perlu juga pergi kursus kekeluargaan semuga ilmu yang baik boleh dimanfaatkan didalam keluarga.
Manakala untuk memilih jodoh telah di tentukan terdapat 4 sebab yang di cadangkan iaitu, paras rupa, harta, keluarga dan beragama maka hendaklah memilih agamanya sebagai sebab utama kita memilih jodoh tersebut supaya dengan agama ianya dapat memveri ketenangan dan kebahagian dalam rumah tangga..
Dalam memberikan kasih sayang yang tiada terhingga kepada keluarga hendaklah dengan cara
a. membagi hadiah sebagai tanda ingatan
b. memberi kata-kata rangsangan ataupun memuji dengan perkataan yang baik.
c. sentuhan fizikal seperti bersalaman antara anak dan kedua ibu bapa.
d. masa yang berkualiti bersama-sama seperti makan bersama, tenguk tv bersama-sama ataupun pergi bercuti bersama-sama keluarga.
e. memberi khidmat contohnya sentiasa membantu dan saling tolong menolong.
Ustazah Siti Nor Bahyah juga mengaitkan dengan rahsia kebahagiaan hidup Rasullullah dimana memanggil isterinya dengan nama manja. Malahan bersama selalu membantu Saidatina Aishah menguruskan rumah tangganya. Begitu juga airtangan mak dimana setiap anak akan tetap mengatakan masakan mak atau isteri adalah terbagus walaupun hanya yang biasa-biasa sahaja kerana mak atau isteri memasak dengan penuh kasih sayang buat keluarga tercinta. Itu rahsianya kenapa sehingga bila-bila masakan mak tetap menjadi ingatan.
3. Pergaulan yang baik
Ianya bermaksud pergaulan yang baik didalam keluarga dimana sentiasa bercakap bahasa yang lembut begitu juga dari segi intonasi suara dan memek muka. Dengan bersalam, senyum, sapaan yang baik dan mengunakan bahasa yang sopan semuga kehidupan keluarga sentiasa aman bahagia.
4. Amanah dan tanggungjawab
Ingatlah kehidupan kita di dunia ini adalah memikul tanggungjawab sebagai hamba allah maka hendaklah kita menjaga amanah tersebut dengan bertanggungjawab. Semua yang kita ada sebenarnya milik allah dan pada bila-bila masa sahaja Dia boleh mengambilnya tanpa izin kita sebab kita dalah milik Dia yang abadi. Dari itu walau bagaimana sibuk pun bentuklah anak yang soleh semuga membawa keberkatan kepada keluarga.
5. Rezeki yang halal.
Rezeki yang halal lah yang membentuk darah daging kita dimana segala rezeki makanan yang kita makan perlulah datangnya dari sumber yang halal semuga mendatangkan keberkatan. Puncanya mestilah halal. Hendaklah menjaga supaya yang haram dari segi makanan, perbuatan dan sebagainya yang menimbulkan haram hendaklah dijauhkan. Begitu juga dengan zakat harta hendaklah diakelurkan zakat dari rezeki yang kita perolehi.
6. Banyakkan doa kepada Allah SWT.
Ada beberapa surah yang boleh kita amalkan yang boleh menjadi amalan selain daripada selalu berdoa semuga kehidupan kita di berkati dan di rahmati Allah SWT.
7. Berbuat baik kepada kedua ibu dan bapa
Setiap perbuatan kita jika mendapat restu dari kedua ibu bapa maka penuh berkat. Sentiasa berbaik-baik dan menjaga kedua ibu bapa dapat memberi kebahgiaan kepada keluarga.
Dewan penuh sampaikan ada yang tidak dapat tempat duduk. Bila selesai ja ceramah semua mengerumuni Ustazah Siti Bahyah untuk bergambar. Sambil tu sempat juga bergambar dengan Ustaz Wan Akashah yang cool ja bila melihat isterinya dikerumuni warga KKM. Setelah tak ramai orang dapat juga lah aku dan mek jay menyempil bergambar dengan ustazah. Minta tolong kak zah ambilkan gambar,. sampaikan dapat berpegang tangan semasa bergambar. Malahan dapat berpelukan lagi. Melihat dari dekat wah cantik sungguh Ustazah Siti Norbahyah walaupun katanya dah ada anak berusia 25 tahun dan cucu berusia 4 tahun, nampak muda ja. Agaknya amalan baik yang selalu di beri ceramah menjadi amalannya dan juga hati yang penuh kasih sayang terserlah di raut muka yang manis dan menawan.
Bersama Ustaz Wan Akashah
Sanggup berhimpit-himpit nak bergambar bersama Ustazah Siti Nor Bahyah. Akhirnya tercapai juga hasrat nak bergambar. Tahun sebelumnya tidak tercapai sebab ramai sangat dan tak bawa kamera. Ni dari awal lagi siap sedia kamera di tangan. Apa pun ilmu yang diberi sangatlah baik. Semuga yang baik jadikan amalan yang tidak baik dijauhkanlah.
Salam notie..
ReplyDeleteBegitu panjang lebar penceritaan, tentunya khusuk mendengar.
Tompang barakah je.
Salam,
ReplyDeleteAla mana yang elok kita war-warkan lah bukan hanya dengar lepas tu terus lupa. Selalu cam tu bila dengar tazkirah. Masa dengar tu wah bestnya macam nak ikut apa jua tazkirah yang baik tapi habis tazkirah terus lupa. hhuhuhu teruk sungguh aku.....hish hish