Wednesday, December 25, 2013

Pelamin bagaikan kat I-City


Assalamualaikum,

Amacam cantik tak pelamin atas tu. Huhuhu geram sungguh bagaikan dalam taman. Sebenarnya minggu lepas 21hb Disember 2013 kak lela kahwinkan anaknya si fahrul. Oleh kerana anak yang bungsu dan kiranya majlis perkahwinan akhir dalam keluarga kak lela, jadi semua adik beradik aku pakat nak datang dan sekali semuanya balik kampung. Jadi hari Jumaat selepas habis kerja aku pun terus zoom balik Muor. Dan hari sabtunya aku ikut Kak Ijah dan Abang win pergi ke majlis tersebut. Sempat lagi tu singgah kat Batu 5 beli Ubi. Sebab habis je majlis pengantin petang tu, adik beradik aku dah pakat nak gotong royong kerjakan buah rambutan yang kiranya gelombang kedua. hehehe Kali ni buah rambutan masak tak sama, gelombang pertama hari tu rambutan gading, pulasan dan rambutan budak sekolah. Kali ni rambutan gula batu ja yang tinggal dan sedikit pulasan. Ok sambung balik cerita majlis perkahwinan.

  Pelaminnya begitu cantik dengan warna-warni bersilih-ganti bagaikan berada di I-city lah pulak. Tak payah jauh-jauh hah kat muor je ni hah Icity buatan orang Muor. Sampaikan gambar adik aku Faizol posing dengan familynya, aku ambil sampai 4 kali tetapi dengan warna yang berbeza. Tak pastilah pula berapa kali warna bertukar, tapi aku paling suka yang diatas sekali. Ala-ala biru ke purple gitu.

                                                            Warna kemerahan lah pulak.

                                                           Warna kehijauan

Warna pink

                                                                   Warna kuning

                                                Bunga manggar pula daripada gula-gula

 Semasa duduk kat dalam sementara menunggu pengantin sampai, sambil bersembang dengan akak-akak aku, tiba-tiba muncul mak Masniah. Ya Allah sukanya aku sebab dah lama aku tak jumpa Makcik Ros. Rasanya dah 10 tahun juga lah sebab kali akhir masa aku nak pindah ke KL jumpa Makcik Ros dengan Adik Mas iaitu Bahari kat kedai Ah Ta belanja barang dapur. Lepas tu sejak dah jumpa Mas kat FB memang teringin nak jumpa mak Mas ni akhirnya jumpa kat rumah Kak Lela. Alahaiiiii keciknya dunia.


 Pengantin sedang di tepung tawarkan. Emmm mana ada pakai tepung, pakai bunga rampai je lah. Emm kena tukar ayat ni, pengantin di bunga rampaikan. hehehehe boleh gitu.

  Selesai acara menrenjis air mawar dan ditabur bunga rampai, acara baling-balingan. Emm itu saje suka-suka nak meriahkan majlis. Ikutkan tak baik kan duit siling dan gula-gula  di tabur-taburkan. Macam baling-baling rezeki je. Walaupun nilainya kecil masih lagi ada maruahnya kalau tak ada duit kecil masih boleh dipakai lagi. Gula-gula tu kan benda makanan ada pulak di campak-campak. Tenguk aje lah.

  Pengantin tersenyum bahagia. Org Johor(pengantin lelaki) bertemu Orang Perak (pengantin perempuan) di Pahang(tempat kerja).

 Akhir sekali sebelum kita orang balik setelah acara pengantin bersanding selesai, anak, cucu, cicit Wak Dollah, beramai-ramai bergambar bersama. Apa lagi tempatnya cantik walaupun tak semua tapi seronok dapat berkumpul beramai-ramai. Semuga pengantin kekal berbahagia sehingga Jannah. Amin

9 comments:

  1. wahh..cantiknya pelamin..kreatif dgn teknik pencahayaan yang pelbagai..semuanya menarik..saya pun suka yg warna purple..

    ReplyDelete
  2. Salam Nohas, sekarang ada duit semua boleh jadi. Siap je lah ribu riban duit. Sekarang lagi lah macam2 gaya pelamin zaman sekarang. Kreatif orang sekarang.

    ReplyDelete
  3. cantik sangat......ada duit semua bole jadi...sekarang nak buat apa2 pun bole petik jari je..tapi kena pastikan petik2 keluar duitnya...

    ReplyDelete
  4. salam ti... lama aku tak bukak blog.Terkojut aku tngok mak aku ngan ko kt pelamin yg sngat2lah indah n marvelles tu.. Best baca blog ko .. Aku je yg blum smpat nk update blog aku.. OK Ti... salam rindu & ingatan berpanjangan..

    ReplyDelete
  5. Aini.... hehehe yang haru tu,petik-petik tapi nan ado ler yang kuar. huhuhu

    Mas, tulah terkejut aku bila nampak mak ko ngan kawannya menjenguk masuk rumah. Terus je aku tarik bergambar kat pelamin. Kat Fb aku ada tepek tapi nak tag ko tulisan jawi tak tertag aku... Mak ko kata ko ada kat kampung tapi sebab aku tak free jadi tak de lah aku ke rumah.

    ReplyDelete
  6. Asyik pelamin ala-ala garden di Icity gitu katanya. hehehe Thanks singgah.

    ReplyDelete
  7. Jea kalau boleh buat video memang lagi cun tapi kita tak reti benda tu semua jadi ambil banyak2 kali le bila dia bertukar2 tu... gigih sungguh

    ReplyDelete