Friday, March 24, 2017

Piknik kat Anjung rumah




Assalamualaikum,

Wah piknik depan rumah ni emmmm memang seronok sungguh. Bentang tikar lepas tu hah lambakkan makanan..... makan ramai-ramai...syiok beb.

 Seperti biasa bila raya Cina memang agenda Keluarga Wak Dollah ni adalah  berkumpul beramai-ramai  sebab ramai yang dapat cuti panjang. Tapi tahun 2017 tak dapat buat sukaneka sebab plan lain pulak. Kali ini buat gotong royong nak tebang pokok Jambu Bhol lah pulak. Pokok tu dah tua sangat....Buah dia  dah le lama tak rasa... lepas tu dahan pun dah tua. Pokok tu depan rumah je. Hah nampak atas tu dah runtuh menyembah bumi.

 Jadi seperti biasa dalam wasap keluarga kita orang buat perbincangan aktiviti dan agenda. Kat situ lah update status.... siapa bawa makanan siapa bawa perut.... hehehehe. Yang bagusnya anak-anak saudara aku belah Kak Limah semuanya balik. Har dan Onney yang jarang dapat jumpa pun balik juga. Almaklumlah selalunya raya cina ni bersekali dengan cuti sekolah. Dapatlah peluang menjenguk mak bapa kat kampung.


 Jadi pagi Sabtu tu dari KL sampai Muo dalam pukul 11pagi,  kita orang sampai. Sampai je kat Bakri yang ada Zaki.... siap dengan mesin gergaji dan tali. Wah awal sungguh....sedangkan adik-adik lelaki  aku yang lain  dari Melaka dan Batu Pahat tak sampai lagi. Semangat sungguh tu nak tebang pokok. Tak lama kemudian Kak ijah dan Abang Win pun sampai.

 Bila akak yang sulong dah sampai barulah adik beradik yang lain tiba seorang demi seorang.  Mak Itam yang selang sebuah dari rumah kami pun datang menjenguk. Ya lah selalunya kosong je depan rumah mak aku ni...tiba-tiba banyak pulak kereta yang balik. Dah kenapa pulak adik beradik aku balik ramai-ramai ni.

Oleh kerana nak mudahkan sessi makan-makan kami, kita orang pun terus je bentang tikar depan anjung. Lepas tu masing-masing pun keluarkan makanan yang di bawa.

Kak ijah bawa rendang ayam, Roti canai dengan kuah kari. Kak Nong bawa asam pedas daging dengan ketupat. Ada lebihan daun kelapa kat belakang rumah apa lagi.... Kak nong menganyam ketupat lah. Dah macam raya pulak. Kak Jal bawa ubi rebus dengan sambal tumis. hah ..... amacam sedap tak.... sessi makan-makan kami.  


                    Hah dengan periuk sekali ko angkat terus.... tak payah pakai  mangkuk bagai....  Masa ni kak nong baru sampai. Tu bawa asam pedas.


      Kak limah bawa murtabak Singapore dengan roti jala... Adik pulak bawa air tebu. Makanan dah tersedia apa lagi..... walap le.... sambil bercerita sambil ngap. Seronok.

Yang lelaki pulak kerjakan dahan Pokok yang dah tumbang ni. Ni dah kurang....dah di potong. Gambar atas tu baru rebah merentang jalan. Sambil kerjakan pokok sambil makan. Best tak?



                 Dah penat tebang pokok..... dah tengahari..... apa lagi lunch time. Adik aku Ijan dah bersila.... makan ketupat dengan rendang ayam. Mak Itam dah menunduk je makan.  Seronok dia dapat makan sambil menyembang dengan adik beradik aku. Tu je Mak saudara yang tinggal. Anak-anak dia dan cucu-cucnya tak balik. Tu yang bila nampak adik beradik aku ramai balik dia pun datang menjenguk. Kak ijah kata tak pe..... lain kali kalau Mak itam nampak kereta banyak je depan rumah Aruah mak.... datang ajelah. Kesian pulak tenguk Mak Itam.


                   Ni sessi tayang makanan. Ketupat ado, kari lawan dengan roti jala ado.... kueh akok pun ado..


Lepas mak-mak dah makan..... anak dan cucu pulak ambil alih tempat. Ada yang sambung semula kerjakan pokok tumbang tadi.

             Wah har pulak cuba gergaji pokok. Ni tinggal bersihkan dahan dahan yang dah di potong.



      Ni sessi  petang pulak. Makanan yang sessi tengahari dah habis.... goreng karipap layan dengan teh o panas.
                         
                                                        Gotong royong beramai-ramai.


                                  Yang si Kecik cinonit semua ni apa lagi lah.... main pasir lah pulak.


         Tepi rumah aruah mak ada sepohon pokok sukun. Kebetulan pulak buah sukun dah tua banyak atas pokok. Ni Kak limah lah pulak menjolok buah sukun. Tapi buah nya tak elok sangat. Ada yang busuk separuh. Tapi kalau dapat yang betul-betul elok.... emmm puas makan kalau di goreng.


                                              Suka tenguk gelagat cucu-cucu saudara aku.


                                                   Bila dah ramai macam -macam gelagat.

                 
                                Mandur pun banyak...... takpe kuli pun banyak juga..... hehehehe


       Dahan-dahan terus di kumpulkan dan di bakar.  Yang tak tahan tu banyak sangat kerengga.  Tu yang sekejap tolong sekejap surender , kena attack kerengga. Habis le kerengga.... rumah dia yang bertahun tu kami robohkan.


                Alhamdulillah  dah bersih kawasan sekeliling.  Lepas tu sapu sampah pokok lain pula.

     Agenda dan aktiviti raya cina dah selesai. Aku ambil cuti 3 hari jadinya dapat seminggu. Sebab lepas tu pergi Kempas... berurut 3 kali berturut-turut..... angin dalam badan banyak sangat, badan dah sakit-sakit semuanya.

Sunday, March 12, 2017

Satu hari sampai 5 negara aku sampai




Assalamualaikum,

Wah 5 negara aku sampai dalam 1 hari.... ada jet ke atau zam zam ala kazam naik tikar Terobang Do Re mi...hehehe..... waduh buk kok kaya banget sih sampai 5 negara boleh sampai..... macamle duit kepuk-kepuk dalam poket tapi kalau Allah beri rezeki Alhamdulillah..... Aamin. Syiok weiiiii jalan-jalan carik pasal. hehehehehe.  Percaya lah sangat aku boleh singgah sampai 5 negara. Ok jom ikut aku..... jom jom

 Mula-mula aku pergi Myeondong dulu lah.... cari susu pisang...rindu susu pisang..... bila lah boleh dapat lagi......lepas tu cari pisang kaki ke cari Ramen emm apa lagi ya makanan korea...hah topokki.....rice cake yang femes tu...... mee hitam.... kalau tenguk cerita korea Let's Eat tu emmmmm seronok sungguh tenguk hero dan heroin dia yang suka makan dan cuka mencari port makanan yang sedap. Aku yang tenguk pun naik kecur je bila satu persatu makanan dia suap..... huhuhu ngences tau..... hehehehe Lepas tu kalau tenguk jalan jalan cari makan si Naz tv3 tu huh memang ngences bertalu-talu le..... hehehehe ada ke perumpamaan cam tu. Huh dasyat sungguh.


       Tu dia Myeodong Topokki.....ooo bahasa lain ialah  Tteokbokki atau spice rice cake  kalau peminat makanan korean emmm enteng je nak sebut.... aku yang tergeliat bibir nak sebut hehehe lidah jawa le katakan.


      Dah selesai kat Myeodong kita rempit ke Japan pulak..... pi jenguk kedai serbanika dia.... hehehe Kalau dapat Daiso lagi best..... tak balik-balik le gamaknya asyik membelek... seronok masuk kedai dia macam-macam ada.


      Dah habis shopping kat Japan....zam zam ala kazam.... eh dah sampai Siam aka thailand.... khap pun khap buka pintu tutup tingkap.... hehehehe pi thai pun makanan dia best kan. Kat putrajaya hari tu ada dia buka jualan segala macam dari Thai.... food ke barangan ke.... kata member aku penuh siang malam. Dia buat kat tempat bas di presint 14.  Aku tak jenguk pun sebab tak ingat nak terjah bila tanya member dah habis..... hehehehehe selamat duit aku. hehehe


 Selesai mengelilingi Siam..... Niat ngensun mata haji semar ngilum......brummmm terbuka pintu gua..... eh dah sampai jakarta..... waduh neng.... kok pinak sih udah sampai jakarta gitu.... hehehehe jom makan kat warong..... jom mangan buk.


     Ayo yo apek..... naik bukit turun bukit lu bawa gua sampai taiwan..... aiya.... manyak siok lorrrr...


Akhirnya singgah lagi kat korea..... saranghae .... rindu korea bila la aku nak pergi jeju island ni..... huhuhu geng jenjalan sekarang semuanya pi jalan tempat yang masing-masing punya suka.... dah tak ajak kita lagi.... huhuhu tinggal musim bunga je yang belum dapat di hayati.... sebab selalu awal tahun aku sibuk dengan Annual Report huhuhu bila lah ada rezeki ni.... tunggu pencen emmm lama lagi. Tukar tempat lain kut .....


Amacam seronok tak  ikut aku jenjalan sampai 5 tempat...... hehehehehe ni berangan je kunun-kunun dah sampai.... tapi sebenornya semua itu adalah kedai yang berada di Hotel Pearl Jalan Klang Lama. hehehehehe

Masa ni ada bengkel kat Hotel Pearl tu. Tarikh kejadian adalah pada tahun lepas. Jadi bila dah penat berbengkel petangnya raoun raoun le. Hotel ni best sebab di bahagian bawah ada macam-macam shopping kompleks. Lepas tu dia ada bersambung dengan shopping kompleks baru. Lalu jejantas je dah boleh menyeberang ke seberang sana. Tak payah melintas jalan. Tapi aku cuma ambil gambar je tak boleh ambil bau.... sebab ada kedai yang tak halal.... ala.... cuci-cuci mata je, sambil layan pemandangan. Kedai kat seberang tu macam baru buka sebab ada yang bersusun bunga customer bagi macam baru di rasmikan je. Apa pun enjoy ya.


Monday, March 6, 2017

Penangan Novel Isteri Tuan Ihsan di Astro


Assalamualaikum,

Ok ni sebenarnya cerita dah basi sebab kejadiannya adalah pada tahun lepas waktu aku pergi pesta buku 1 Malaysia sebab nak jumpa penulis Sara Kyoko. Sejak terjebak baca novel dia,  Isteri Tuan Ehsan terus terjebak cerita dia yang lain. Dan kebetulan pulak masa tu tengah hot drama Isteri Tuan Ehsan di Astro Ria maka pihak penerbit telah mengundang Hero dan Heroin Isteri Tuan Ehsan bersama penulis untuk sessi tandatangan serta swafoto. Aaron Aziz dengan Amyra Rosli memang menjadi apalagi dengan gaya Seroja Irdina yang gediks tu emmm memang kena lah.     
Siapa pernah tenguk cerita Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria? Aku ni cuma langgan Injoi je jadi takde le dapat Astro Ria 104 tu jadi dengar khabar je lah ya. Tak pun kalau ada kat Youtube layan kat situ je. 

Masa pagi kita orang sampai tu berkebetulan pula dengan 1 event lain di PWTC tu ala lupa namanya perhimpunan komik manga ke apa sebab ramai sangat orang yang pakai costume komik manga. Macam-macam gaya.... ada yang style ninja ada yang style kiut miut cerita kartun 


salah seorang peserta 


Oleh kerana kita orang sampai awal pi lah terjah dulu booth lain. Bila dah dekat pukul 10 baru lah pergi ke pentas utama.Fuh peminat Isteri Tuan Ehsan dah ramai yang menunggu. Kedua hero dan heroin lambat sampai sebab adalah benda yang sangkut. Bila sampai je emmm semua serbu.   


Di atas pentas utama ..... penulis.... isteri Tuan ehsan dan Tuan Ehsan aka Aaron Aziz. 

Tu berbaris panjang nak signature dengan nak ambil gambar..... aku emmm tak bawa buku jadi pandang je lah suasana hiruk pikuk di pentas utama tu. 

Macam-macam gaya ada....lepas sign swafoto pulak.

Tu liza.... aku kenal sebab dia ketua club Baim Wong. hehehehehe Sekarang dah jadi pengurus artis Astro lah pulak.  



Suka pulak tenguk bahagaian atas tu.....hah... 


                      Best pulak pengacara tu duduk santai sambil beramah mesra sambil event berjalan.Kalau dapat jawab soalan pasal cerita Isteri Tuan ehsan boleh dapat sign cepat.

Kita orang tak tunggu sampai habis terus meronda lain booth pulak. Sebab selepas habis sessi kat atas pentas penulis Sara Kyoto ada kat booth penerbitan lain. Jadi kita orang tunggu kat situ lah. Aku huh mula-mula konon tak nak beli sekali dah sampai huh kiri kanan tangan tak cukup. huhuhuhu teruknya habit aku... tak boleh tahan melihat novel.....huhuhuhu baca entah bila.....hish hish


       Ni lah penulis Sara Kyoko orang Sabah beb.... tulisan dia pada aku best...habis semua novel dia aku beli. Selain dari Sara Kyoko, cari juga buku sarnia yang terbaru....huhuhu tebal beb...entah bila nak habis..

Apa pun enjoy dapat berjumpa penulis yang dah kenal dan dah lama tak jumpa, tenguk orang ramai tenguk buku baru.... emmm best sangat dengan bau buku yang baru. Lepas tu lepak  makan-makan sambil bersembang. Sesekali berjumpa banyak cerita nak cerita. Apa pun kita enjoyyyyyy

Sunday, March 5, 2017

Isu kematian bukan satu jenaka






Assalamualaikum,

 Wah lama sudah tak jenguk blog rasa kaku nak menaip. Tapi sebelum tu kita doakan Alfatihah buat Bonda SS yang baru sahaja meninggal dunia. Al Fatihah.... semuga roh Aruah Bunda SS bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Aamin


 Bila membaca coretan kronologi di saat-saat akhir aruah bunda SS buat aku teringat aruah mak aku. Diam tak diam nak masuk 4 tahun pada bulan april nanti. Baca blog SS lagi lah mata aku masuk habuk. Ya lah kan siapa yang tak sayang ibu sendiri kan. Kedua ibu dan bapa tiada galang gantinya di dunia ini. Itu lah satu-satunya orang tua yang melahirkan dan membesarkan kita. Kalau tak tahu nak mengenang jasa mereka emmm tak tahulah apa lagi bila dikatakan syurga itu di bawah kaki ibu ya. Jadi pada sesiapa yang masih lagi mempunyai ibu dan ayah... hargailah mereka semasa hayat mereka masih ada.  Rindu yang paling terseksa sekali ialah rindu pada seseorang yang telah tiada di dunia ini.

 Tapi yang aku tak boleh tahan bila ada pula orang lain yang buat benda tu macam main-main eh bukan macam lagi memang buat jenaka lah. Boleh baca  di sini. Bila kita kehilangan orang yang kita sayang apa lagi berpisah dunia boleh pulak dibuat jenaka...  agak-agak apa yang kita rasa. Hishhh kalau nak jenaka pun patut-patutlah tapi kematian bukannya bahan jenaka ya. Cuba kita letakkan diri kita di tempat orang tersebut agaknya apa perasaan kita. Kalau tak rasa apa-apa sebab bukan diri sendiri yang kena tapi cubalah empati sedikit dengan perasaan orang lain. Kehilangan buat selama-lamanya ya...bukannya hilang nanti jumpa lagi.

 ok aku nak cerita sedikit kisah yang  telah aku lalui. Masa dulu-dulu... waktu mula-mula berkhidmat dalam kerajaan... aku bekerja di hospital.... hospital daerah nun di selatan tanahair. Dalam sebulan mesti ada kes kematian ke, kemalangan ke yang aku terima sebab pejabat aku menyimpan fail-fail pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di hospital. Selain daripada itu surat beranak dan surat kematian juga, pejabat aku yang keluarkan bukan seperti sekarang semuanya Jabatan Pendaftaran yang uruskan.

Bila ada kemalangan yang melibatkan kematian... rasa kesiannya pada ahli keluarga tapi ianya hanya dari segi luaran sahaja tidak menangkap ke hati. Tetapi bila aruah bapak aku kemalangan semasa balik daripada kerja pada tahun 1995,  barulah aku sedar bagaimana sedihnya bila kejadian itu kita sendiri yang alami dan tempuhi. Jadi bila sendiri dah rasa kehilangan tersebut, bila sesekali ada kemalangan yang berlaku... air mata aku akan masuk habuk tanpa aku sedari. Walaupun orang tu tidak kita kenali, entah siapa-siapa apa lagi kalau dalam kemalangan tersebut 1 famili meninggal dunia. Bagaimana lah perasaan keluarga terdekat. Pernah terjadi kemalangan berlaku di lebuhraya segamat muadzam , pertembungan kereta dengan van dimana  dalam 1 kereta semuanya meninggal dunia. Ibu dan bapa serta anak. Macam habis satu keturunan. Cuma tinggal seorang je anaknya yang tidak ikut yang terselamat. Agaknya bagaimanalah penerimaan orang tersebut bila semua familinya meninggal dunia.

Lepas tu ex opismate aku, kedua ibu dan bapa serta kedua adik perempuannya meninggal, terbakar semasa 1 hari lagi nak berhariraya. Ingat tak kemalangan di kedah dimana kereta myvi tersepit dan terbakar. Kawan aku dengan sekelip mata hilang mak bapa serta adik-adik, dan yang  tinggal dia serta akak dan 2 lagi adik perempuan. Bila dia naik kerja selepas kejadian tersebut.... aku yang tak sanggup nak melihat dia yang begitu tabah dan redho dengan ketentuan Allah. Walaupun aku tahu didalam hatinya menangis sedih. Aku pulak yang tak boleh tahan sedih bila berjumpa kawan aku. Selepas kejadian tersebut, dia terus memohon tukar balik kedah begitu juga akaknya yang bekerja di perak untuk menguruskan kedua adik perempuan yang tinggal.  Bayangkan lah bila melihat mayat yang rentong..... agaknya sanggup ke kita nak buat benda tu bahan jenaka.

 Kehilangan aruah mak aku walaupun dah hampir 4 tahun namun ianya masih terkenang-kenang saat-saat akhir dia sebelum meninggal dunia. Bila balik KL,  terbayang-bayang aruah duduk kat anjung menghantar anak-anaknya balik. Kalau musim buah sibuk menalipon tanya bila nak balik....mana anak yang tak dapat balik atau lambat balik disimpankannya. Apa pun semuga Aruah bapak dan Aruah Mak aman damai di sana. Al fatihah.